PREH - BAB 2 - IMPIAN

Romance Series 1465

"Mana Yana tahu?"

"Fahim yang cakap, dia nak balas dendam pada Yani." berkerut dahi ibu.

"Fahim sukakan Yani dan pernah nak melamar Yani. Tapi, Yani lebih pentingkan nak sambung belajar. Fahim kecewa bila Yani tolak lamaran Fahim sebab Yani nak sangat belajar kat luar negara."

"Kata Fahim, dia memang sukakan Yani dari sekolah." panjang lebar penjelasan Yana. Memang Yana berniat nak bagitahu segalanya pada ibu. Biar ibu tahu Yani ada hubungan dengan Fahim sebelum ke luar negara.

"Tapi, Yani tahu ke Fahim sukakan dia?"

"Entahlah, bu. Mungkin juga, yang Yani juga sukakan Fahim. Kalau tidak, masakan Fahim beria-ia nak balas dendam pada Yana?" ibu terdiam.

"Tapi, seingat Yana, Yani tak pernah ceritakan apa-apa pun pada Yana pasal Fahim. Sebab tu, Yana terkejut bila Fahim kata dia nak balas dendam pada Yani."

"Dan sekarang, Yana jadi tempat balas dendam Fahim. Mudah betul orang meletakkan hukuman pada orang yang salahkan?" tiada jawapan dari si ibu.

"Orang lain yang buat silap, orang lain yang terima hukuman." bebel Yana.

"Ibu betul-betul tak sangka Fahim sekejam itu..." Yana tersenyum kelat. Kalau bukan disebabkan paksaan ibu, Yana tentu takkan terjebak dalam perkahwinan penuh toksik ini.

Bergelar isteri dalam usia mentah yang sepatutnya dihabiskan dengan mencari ilmu terpaksa dikorbankan gara-gara sikap ibu dan ayah yang berat sebelah dan lebih menjaga hati Yani berbanding dirinya.

"Ibu, Yana harap ni jangan lagi paksa Yana untuk ikut semua arahan ibu." akhirnya Yana beranikan diri bersuara.

"A...apa maksud Yana?" soal ibu tergagap-gagap. Yana lepas keluhan. Tahu, ibu tentu akan buat-buat lupa.

"Yana pernah menolak sebelum ibu berterusan memaksa Yana terima lamaran keluarga Fahim."

"Kenapa Yana sanggup terima kalau Yana tak mahu?" celah ayah.

"Yana tak sampai hati nak kecewakan impian ayah dan ibu." ibu menundukkan wajah.

"Sejujurnya, Yana terluka, Yana kecewa bila ibu dan ayah lebih memihak Yani untuk sambung pelajaran sehingga ke luar negara tetapi Yana terpaksa berkahwin dalam usia muda." luah Yana lagi. Ibu dan ayah bertukar pandangan.

"Yana tak nak susahkan ibu dan ayah yang terpaksa meminjam duit dari babah semata-mata nak merealisasikan impian Yani. Sedangkan Yana?"

"Keputusan peperiksaan Yana jauh lebih baik dari Yani. Tapi, disebabkan sikap berat sebelah ibu, Yana terpaksa hadap perkahwinan penuh air mata."

"Yana, ibu bukan..."

"Sudahlah, bu. Yana dah penat nak dengar alasan ibu yang suka memihak pada Yani. Apa kurangnya Yana, bu? Yana ni pun anak ibu, ayahkan?"

"Dari kecil, Yana kena mengalah pada Yani. Kami ni kembar seiras, bu. Apa yang buatkan ibu dan ayah sanggup melebihkan Yani dari Yana?"

"Sepatutnya, Yana yang lebih layak untuk sambung belajar di luar negara, bukannya Yani. Semua orang tahu keputusan Yana jauh lebih cemerlang dari Yani dan Yana tahu, ibu ayah pun tahukan?"

"Tapi, Yana tak tahu kenapa ayah dan ibu lebihkan Yani sehingga sanggup bersusah- payah pinjam wang untuk pembelajaran Yani."

"Yana ni, sikit pun ibu tak tanya. Tapi dah dipaksa kahwin dengan lelaki yang Yana tak suka dan tak cinta. Adil ke semua tu untuk Yana?" ibu dan ayah mati diksi.

"Disebab dendam pada Yani, Yana jadi mangsa. Yana korbankan diri untuk keluarga yang tak pernah hargai Yana. Yana korbankan diri untuk keluarga Yana yang tak pernah peduli kewujudan Yana..." air mata yang ditahan sejak tadi akhirnya tumpah juga. Yana kesat air mata dengan belakang tangan.

"Yana, ayah..."

"Yana harap lepas ni ayah dan ibu tak ganggu hidup Yana lagi. Biar Yana teruskan hidup Yana sendiri..." cantas Yana.

"Ya...Yana nak ke mana, nak?" tersengeh Yana bila ibu menanggilnya dengan panggilan anak. Agak janggal bagi Yana.

"Yana dah terima surat tawaran sambung belajar untuk sesi panggilan kedua dan Yana nekad nak teruskan pelajaran Yana."

"Tapi..."

"Yana takkan ikut cakap ibu lagi!" tegas Yana.

"Berhenti kawal diri Yana, bu. Yana ada cita-cita dan impian sendiri. Yana takkan ganggu ibu lagi. Yana akan cari kerja sambil belajar. Yana janji takkan susahkan ibu dan ayah." lencun wajah Yana dengan air mata.

'Ya Allah, apa yang telah aku lakukan? Kenapa aku bertindak kejam pada Yana? Kenapa aku tergamak lukakan hati gadis semalang Yana?' gumam Fahim.

Sedari tadi Fahim sudah berada di luar rumah Yana dengan hajat mahu meminta maaf atas apa yang berlaku. Selesai sudah penceraian mereka berdua tanpa sebarang masalah.

"Dahlah, ibu, ayah. Izinkan Yana kemas barang-barang Yana." ujar Yana.

"Yana, bila Yana akan berangkat?"

"Lusa."

"Lusa dan baru hari ni Yana nak bagitahu ibu dan ayah?" soal ibu tidak puas hati.

"Untuk apa Yana nak bagitahu ibu dan ayah awal-awal?" Yana memandang ayah dan ibu tanpa sebarang reaksi dengan tangan dilipat ke dada.

"Yana bukannya nak keluar negara macam Yani. Lainlah macam Yani. Semuanya dah diaturkan. Kenduri doa selamat, pinjam duit untuk belanja, belum duit poket lagi." sindir Yana membuatkan ibu terkulat-kulat.

"Macam-macam ibu ayah buat sebab nak raikan Yanikan? Yana tak perlu semua tu. Cukuplah doakan Yana berjaya dan selamat mencari ilmu." sindir Yana lagi.

'Lusa?' gumam Fahim.

Ting!

'Idea!' terus Fahim pulang ke rumah tanpa meneruskan niatnya untuk bertemu dengan Yana.

"Yana..."

"Eh, ayah. Masuklah, yah..." ayah tercegat di muka pintu melihat anak bongsunya mengemas barangan kecil dan dimasukkan ke dalam beg sederhana besar.

"Ayah, masuklah. Yana tengah kemas baju ni."

"Ayah ganggu Yana?"

"Taklah, yah."

"Dah siap semua barang nak bawa esok?"

"Alhamdulillah. Dah, yah."

"Ambil ni." sampul surat bersaiz kecil diletakkan ditapak tangan Yana.

"Apa ni, yah?"

"Duit untuk belanja Yana. Nanti, ada duit lagi, ayah masukkan dalam akaun Yana, ya..."

"Ayah, tak perlu. Yana..."

"Ambillah, nak. Ayah ikhlas. Simpan sebelum ibu nampak." cantas ayah membuatkan Yana tertawa kecil lalu sampul surat kecil itu disorokkan dibawah bantal.

"Ayah takut ibu, eh?" bisik Yana separa mengusik.

"Bukan takut, Yana. Ayah cuma tak nak bergaduh dengan ibu kamu tu..." Yana tersengeh.

"Ayah minta maaf, Yana. Sepatutnya itu duit untuk Yana sambung belajar. Duit Yani dan Yana ayah dah asingkan awal-awal. Tapi, ibu Yana..." terhenti bicara ayah mengingatkan perihal isterinya yang memang melebihi Aryani lebih dari segalanya.

"Ayah tak nak Yana bekerja waktu belajar. Fokus pada pelajaran. Selebihnya, ayah akan usahakan."

"Ayah..." serba-salah Yana nak menerima duit dari ayah.

"Yana, tolong jangan tolak. Duit ni, memang ayah simpan untuk pembelajaran Yana. Cuma, ayah tak sangka, yang Yana terpaksa ikut kemahuan ibu untuk berkahwin dengan Fahim." Yana menundukkan wajah. Tangan sendiri diramas-ramas.

"Oh, ya... Duit hantaran dan mas kahwin Yana ayah dah masukkan dalam akaun Yana. Guna sebaiknya dan jangan bagitahu pada ibu. Jangan cakap apa-apa pasal duit ni pada ibu."

"Kenapa, yah? Ibu tahukan pasal duit tu?"

"Biarkan je, Yana. Jangan bagitahu selagi ibu tak tanya. Itu hak Yana. Hak mutlak Yana."

"Ayah yakin, ibu tentu akan tanyakan hal duit tu pada Yana."

"Tapi kenapa ayah tak nak ibu tahu pasal duit tu?"

"Ayah tahu, Yana berkecil hati sebab ibu ayah lebihkan Yani. Cuma, sejujurnya ayah tak nak ibu terlalu memanjakan Yani."

"Yana tak faham, yah. Apa yang berlaku sebenarnya kalau ibu tahu pasal duit tu?"

"Untuk Yani... Ayah tak nak ibu hubungi Yana nak pinjam duit Yana sebab nak kirim ke Yani... Yani dah dapat biasiswa penuh. Setiap bulan, ada duit belanja yang ayah selalu kirimkan. Jadi, ayah rasa itu dah cukup untuk Yani."

"Ayah bimbang Yani akan jadi berlemak sebab terlalu dimanjakan dek ibu kamu. Semua kehendak Yani, ibu kamu turutkan walau terpaksa meminjam..." ujar ayah dengan wajah kesal.

"Baik, ayah. Yana faham sekarang. Yana tahu nak buat apa kalau ibu tanya pasal duit tu. Yana ada hak nak pertahankan hak Yana."

"Itu yang sebaiknya, Yana. Bukan ayah nak ajar Yana kurang ajar dengan ibu. Tapi, ini demi kebaikan kita semua. Ayah terpaksa buat begini demi nak ajar ibu dan Yani." tergangguk-angguk kepala Yana tanda faham apa yang dimaksudkan ayah.

"Ayah, esok boleh hantarkan Yana ke stesen keretapi?"

"Boleh, sayang. Pukul berapa nak berangkat ke sana?"

"Pagi, yah. Yana nak cari penginapan sementara hari pendaftaran keesokan harinya."

"Biar ayah hantar Yana, ya?"

"Eh, takyah, ayah. Yana tumpang kawan sampai kat Shah Alam nanti." bohong Yana. Hakikatnya, Yana tak berniat nak menyusahkan ayahnya. Bukannya dekat perjalanan dari kampung ke Shah Alam. Lebih dari lima jam perjalanan. Tentu akan meletihkan ayah.

"Yana tak tipu ayah?" Yana tertawa kecil.

"Tak, ayah. Yana akan naik keretapi sampai Kuala Lumpur. Dari sana, Yana naik teksi sampai kat rumah kawan Yana. Lagipun, bagilah Yana peluang nak berehat sehari sebelum masuk belajar, ya?" pujuk Yana dengan tawa kecil.

"Yana nak berjalan-jalan sekitar Shah Alam ni... Boleh ya, ayah?" ayah terdiam seketika.

"Ayah jangan risau. Yana kena usaha hidup berdikari. Lepas ni, Yana tak boleh main-main lagi. Banyak perkara yang perlu Yana capai. Ayah tahukan Yana ada cita-cita dan impian?" kata- kata Yana menyesakkan jiwa dan hati tua ayah.

"Maafkan ayah sebab gagal jalankan tanggungjawab sebagai seorang ayah, Yana. Ayah terlalu ikut kemahuan ibu sampai terlupa ayah ada anak sebaik Yana..." luah hati ayah.

"Ayah, Yana tak pernah nak salahkan ayah. Cuma, bohonglah kalau Yana tak terasa hati bila Yani diberi kelebihan dan keutamaan, sedangkan Yana juga anak ayah ibu."

"Yana, Yani, kami adik-beradik kembar, yah. Tapi, Yani mendapat kelebihan yang Yana tak dapat miliki."

"Ayah minta maaf, Yana. Ayah gagal menjadi seorang suami dan ayah yang baik. Ayah gagal mendidik isteri ayah untuk menjadi ibu yang sempurna di mata anak-anak."

"Ayah..." Yana memegang tangan ayah dengan senyuman ikhlas.

"Yana sayang ayah, sayang ibu. Cuma, Yana terkilan dengan sikap ibu yang cuma memandang Yani. Yana terima qada dan qadar ketentuan Allah. Yana terima Yana sekarang bergelar janda dalam usia yang sangat muda."

"Yana tak salahkan ayah. Cuma, Yana minta ayah doakan Yana berjaya dunia akhirat. Yana tahu, apa pun yang Yana katakan, takkan ibu percaya. Bagi ibu, Yani segalanya. Yana ada ayah je sekarang ni. Doakan Yana, ya?"

"Yana nak ayah percayakan Yana sepenuh hati. Apa yang Yana lakukan demi mencari jati diri Yana sendiri."

"Walau apa pun yang berlaku, Yana tetap anak ayah." ujar ayah seraya mendakap erat tubuh anak daranya.

"Ayah doakan Yana, ya? Yana janji, akan pulang dengan membawa kejayaan walau tidak diraikan..."

"Maafkan ayah, Yana..." ujar ayah lagi usai pelukan terlerai.

"Ayah tak salah. Yana sayang ayah. Doakan Yana, ya?" pujuk Yana bila ayah hampir menitiskan air matanya.

"Jangan lupa ayah, Yana. Jangan lupa solat. Ingat Allah..."

"In shaa Allah, ayah."

"Telefon ayah kalau Yana perlukan apa-apa..."

"Baik, ayah. Ayah baliklah. Yana dah nak masuk ni..."

"Baik, Yana. Ingat, ayah sayang Yana."

"Yana sayang ayah." sekali lagi dua beranak itu berpelukan. Yana hanya ditemani ayah sementara ibu memberi alasan pening kepala dan tidak larat untuk menemani ayah menghantar Yana ke stesen keretapi.

"Ayah..." tertoleh Yana dan Pak Dollah.

"Fahim..." Fahim bersalaman dengan Pak Dollah.

"Yana..."

"Fahim? Awak buat apa kat sini?"

"Kami nak jumpa Yana sebelum Yana berangkat ke bandar untuk sambung belajar."

"Kami?" soal Yana bersama kerutan di dahi licinnya.

"Yana, sayang..."

"Mama, babah pun ada sekali?"

"Mama nak jumpa menantu mama ni..." pipi Yana dielus.

"Ya Allah, mama, babah. Terima kasih banyak-banyak..."

"Sama-sama, sayang. Err, mana Mina, Dollah?" Yana dan ayah bertukar pandangan sebelum menundukkan wajah.

"Mama, jangan tanya soalan begitu." tegur Fahim.

"Fahim dah cakapkan semalam?"' lambat Datin Mona anggukkan kepala.

"Takpelah. Mama dapat jumpa Yana pun dah syukur sangat..."

"Terima kasih, mama. Yana terharu sangat. Tak sangka ada juga orang yang prihatin dengan Yana..."

"Jangan cakap macam tu, Yana. Apa pun berlaku, babah, mama tetap menganggap Yana macam anak menantu kami sendiri." ujar babah.

"Terima kasih, babah."

"Err, sebelum babah terlupa. Ini untuk Yana." angpau kecil kelihatan sedikit tebal diletakkan di dalam genggaman tangan Yana.

"Babah, apa ni? Mama?"

"Ini duit belanja untuk Yana..."

"Babah, tak perlu semua ni..."

"Yana, ini duit pampasan untuk penceraian kita. Saya janji akan bantu awak kalau awak perlukan bantuan kewangan walaupun kita takde jodoh lagi." Yana memandang ke arah mama, babah dan ayah sebelum ayah menganggukkan kepala.

"Tapi, ayah dah masukkan wang hantaran dah mas kahwin dalam akaun saya..."

"Saya tahu. Tapi, ini wang pampasan atau sebagai saguhati, ikhlas dari saya untuk awak, Yana." Yana berat hati nak menerima pemberian Fahim.

"Yana, terimalah. Walau kita bukan lagi suami isteri, saya janji akan jaga awak sehingga awak tamat belajar."

happy reading

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience