Series
1465
"Yana, terimalah. Walau kita bukan lagi suami isteri, saya janji akan jaga awak sehingga awak tamat belajar."
"Tapi, untuk apa? Awak akan cari Yani lepas Yani kembalikan?"
"Tak. Benda tu tak mungkin berlaku..." balas Fahim bersama gelengan kepala. Dato Farid, Datin Mona dan Pak Dollah bertukar pandangan.
"A...apa maksud awak, Fahim? Awakkan sukakan Yani?"
"Suka tak bermakna untuk memiliki. Mungkin sebelum ni saya tersilap sebab melepaskan gadis sebaik awak."
"Ya...na tak faham. Apa yang awak cuba katakan ni, Fahim? Pening kepala saya."
"Yana, saya tahu saya dah buat silap yang paling besar dalam hidup saya, iaitu melepaskan awak, Yana. Tapi, jika ada kemaafan di hati awak satu hari nanti, saya berdoa agar kita kembali menjadi suami isteri."
"Jangan mengarut, Fahim. Awak tahu perkara itu tak mungkin berlaku."
"Tiada siapa dapat menolak takdir Allahkan?"
"Yana..." Datin Mona mengusap belakang Yana.
"Mama, babah dan Fahim sayangkan Yana. Malah kami takkan tolak kalau ada jodoh Yana dengan Fahim..." Yana lepas keluhan.
"Kami takkan paksa Yana. Kita merancangkan, selebihnya serahkan pada tuhan. Lagipun, Fahim benar-benar menyesal melepaskan Yana..." luah Dato Farid.
"Terima kasih sebab faham situasi Yana. Yana tak terfikir hal kahwin ni lagi. Yana nak capai cita-cita Yana. Yana nak cari harta sendiri sebelum fikir hal jodoh. Jika ada jodoh untuk Yana, in shaa Allah, Yana takkan tolak."
"Tapi, Yana tak fikir semua itu akan berlaku dalam waktu terdekat ni..."
"Yana, apa yang saya maksudkan jika kita berjodoh. Saya takkan paksa awak terima saya. Jika satu hari nanti, awak bertemu dengan cinta hati awak, saya rela lepaskan awak seikhlasnya." ada keikhlasan dalam luahan Fahim.
"Terima kasih, Fahim, mama, babah, ayah. Dah tiba masanya Yana pergi dulu. Fahim, tolong jagakan ayah, mama dan babah untuk Yana..."
"In shaa Allah, Yana. Jaga diri Yana baik-baik. Call saya jika perlukan bantuan."
"In shaa Allah. Ayah, mama, babah, halalkan segalanya. Yana minta diri dan maafkan segala kesilapan Yana selama ni." Yana bersalaman dan berpelukan dengan ayah dan mama beserta babah sebelum menundukkan sedikit tubuh bagi menghormati Fahim di depannya.
"Jaga diri, Yana. Jangan lupakan mama..."
"Yana tak lupa, mama. Doakan Yana, ya. Assalammualaikum..."
"Waalaikumussalam..." sempat Yana melirik ke arah Fahim yang seolah-olah mahu mengatakan sesuatu.
"Yana, jangan lupa ayah..."
"Tak, ayah. Ayah segalanya untuk Yana. Yana sayang ayah..." dapat Yana lihat ayah mengusap tubir mata dengan belakang tangannya sebaik keretapi mula bergerak.
Perjalanan yang sepatutnya memakan masa selama empat jam menjadi enam jam lantaran masalah teknikal yang dihadapi keretapi tersebut. Namun, bagi Yana, ianya sebuah pengalaman yang akan diceritakan pada anak cucu satu hari nanti.
Walau hidup tidak semewah orang lain, namun Yana bersyukur ayah tidak pernah membiarkan keluarga mereka tidur dengan perut kosong atau tanpa baju berganti. Dah bermacam kerja yang ayah lakukan demi keluarga kecil mereka.
Sebab itu, Yana nekad nak ubah hidup mereka sekeluarga. Cuma, disebabkan ibu, Yana terperangkap antara cita-cita dan perkahwinan yang tidak pernah dia bayangkan semuda ini.
"Err, anak ni baru tiba di sini?" soal seorang lelaki tua yang muncul di depan Yana.
"Err, ya, pak cik. Saya baru tiba dari Kedah."
"Oh, orang utara..."
"Ya. Dapat sambung belajar kat sini ke?"
"Ya, pak cik. Saya dah dapat tempat. Nak tunggu hari pendaftaran je."
"Nak pak cik bantu?" Yana serba salah nak menolak. Padahal memang dia memerlukan seseorang membantunya ke lokasi yang dimaksudkan.
"Siapa nama anak? Nama pak cik, Pak Amran. Orang sini gelarkan pak cik, Pak Ran..."
"Pak Ran?"
"Ha'ah. Pak cik memang orang sini. Dah berpuluh tahun bawa teksi. Setiap tahun, musim pendaftaran pelajar baru kat UiTM, memang tugas kami pemandu teksi di sini menghantar anak-anak melayu kita ke sana."
"Sa...saya, Yana..."
"Oh, Yana. Kalau Yana percayakan pak cik, jom pak cik hantar Yana ke UiTM. Pak cik kenal dengan semua guard kat sana..."
"Emm..."
"Yana jangan takut. Ini, kad pak cik. ada sekali dengan nombor telefon pak cik dan alamat rumah dan nombor pendaftaran teksi pak cik. Pak cik bukan orang jahat. Jauh sekali nak buat onar pada bangsa kita sendiri."
"Maafkan Yana, pak cik. Bukan itu maksud Yana. Yana kali pertama jejakkan kaki ke sini sendirian."
"Mana orang tua, Yana?"
"Ayah tak berapa sihat. Lagipun, Yana tak nak susahkan ayah hantar Yana jauh-jauh ni."
"Bertuah ayah Yana ada anak sebaik Yana..." Yana tersenyum kelat.
"Err, pak cik. Sebenarnya, Yana dah booking bilik hotel murah kat Shah Alam ni. Memandangkan pendaftaran tu esok pagi, jadi Yana ingat nak minta pak cik bawa Yana pusing-pusing kat sekitar Shah Alam ni, boleh tak, pak cik?"
"Boleh, Yana..."
"Tapi, pak cik jangan risau. Yana memang ada duit. Cuma, sebelum sibuk dengan dunia pelajaran, Yana terfikir nak hiburkan diri sendiri." Pak Ran tersenyum.
"Macam nilah, Yana. Pak cik ada idea. Apa kata pak cik hantar Yana ke Setia Alam City Centre? SACC tu salah satu tempat membeli-belah atau lebih tepat digelar tempat beriadah."
"Lepas tu, kalau Yana dah selesai beriadah di sana, telefon pak cik. Nanti pak cik datang jemput. Macamana?" Yana berfikir seketika.
"Atau Yana nak check in dulu kat hotel yang Yana katakan tu?"
"Emm, nak check-in, awal lagi ni, pak cik. Check-in pukul tiga. Sekarang baru pukul dua belas lebih."
"Tapi, jauh ke SACC tu dari sini, pak cik?"
"Emm, kalau tak jem, lebih kurang lima belas ke dua puluh minit. Kalau jem pun, dalam setengah jem lebih kurang..."
"Oh tak jauh sangat..."
"Ya, Yana. Lagipun, tempat tu memang tempat muda mudi sekarang ni luangkan masa. Nak shopping boleh, nak beriadah pun boleh. Nak makan-makan pun boleh. Pendek kata semuanya ada kat SACC tu..."
"Rasanya Yana ada terbaca pasal SACC ni. Emm, kalau macam tu, bolehlah pak cik. Yana setuju dengan pak cik. Tapi, beg Yana ni macamana?"
"Banyak barang Yana ni..."
"Yana percayakan pak cik?"
"In shaa Allah, pak cik."
"Baik. Apa kata beg-beg Yana ni biarkan je dalam teksi pak cik ni. Dah selesai berjalan kat SACC, Yana call pak cik. Pak cik datang jemput Yana terus ke hotel penginapan Yana. Boleh?"
"Takdelah Yana susah nak berjalan nanti. Nak bawa beg-beg besar ni..." Yana pandang sekilas dua beg bersaiz sederhana besar dan satu beg sling dan beg dibelakang tubuhnya.
"Emm, Yana setuju pak cik. Asalkan Yana dapat luangkan sedikit masa sebelum Yana kena fokus pada pelajaran." Pak Ran tersenyum lebar.
"Yana dah bersedia nak berhibur?" soal Pak Ran.
"Dah, pak cik."
"Jom, pak cik bantu Yana masukkan beg dalam bonet kereta."
"Terima kasih, pak cik."
"Sama-sama. Yana masuklah dalam kereta. Rehatkan tubuh, air-cond terpasang tu."
"Terima kasih, pak cik."
"Alhamdulillah..." ucap Yana sebaik bersandar di dada kerusi teksi yang cukup selesa.
"Yana... Yana..."
"Emm, maaf pak cik. Yana terlena..."
"Takpe. Pak cik faham. Kita dah sampai ni..."
"SACC?"
"Ya, Yana. Kita dah sampai kat SACC."
"Alhamdulillah. Tercapai juga impian Yana nak jejakkan kaki ke sini. Terima kasih, pak cik."
"Sama-sama. Ingat, call pak cik kalau Yana dah selesai beriadah dalam SACC ni, ya?"
"Tapi, pak cik nak ke mana?"
"Err, pak cikan bawa teksi? Mana tahu ada pelanggan nanti nak gunakan khidmat pak cik?"
"Betul juga tukan? Kalau macam tu, Yana biarkan beg Yana dalam bonet teksi pak cik ya?"
"Baik, Yana. Err, Yana..."
"Ya, pak cik..."
"Bagitahu ayah Yana yang Yana dah sampai kat Shah Alam ni..."
"Ya, pak cik. Yana memang nak telefon ayah."
"Baiklah. Hati-hati, Yana. Jangan percayakan orang lain. Bahaya..."
"Terima kasih ingatkan Yana, pak cik. Yana pergi dulu, ya..."
"Hati-hati, Yana..." Yana mengangguk sebelum menutup pintu teksi. Pak Ran memandang sayu wajah teruja Yana.
'Moga kamu baik-baik aje, Yana...' gumam Pak Ran sebelum berlalu.
"Ya Allah, terujanya aku sampai kat sini. Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah. Dengan izinMu, aku mampu jejakkan kaki ke sini..."
"Ayah. Aku nak mesej ayah bagitahu aku dah sampai. Kesian ayah tunggu aku..." omel Yana sebelum mencapai telefon bimbit murah yang dihadiahkan ayah buat mereka dua beradik.
Walaupun murah, Yana tetap menghargai setiap pemberian ayah yang tidak pernah berkira dengan dirinya berbanding ibu. Sebelum Yani ke luar negara, Yani menunjukkan telefon baru yang mahal harganya hadiah dari ibu.
Bila ditanya berapa harga telefon bimbit itu, Yani dengan bangga memberitahu harga telefon bimbit itu mencecah ribuan ringgit hasil dari barang kemas ibu yang digadaikan demi memenuhi kehendak Yani.
Walaupun mereka kembar seiras dan hanya lesung pipit yang membezakan mereka berdua, namun sikap mereka tidak sama. Yana lebih banyak mengalah berbanding Yani yang sering memaksa ibu dan ayah penuhi kehendaknya.
"Macamana, seronok tak tadi?"
"Alhamdulillah. Seronok, pak cik."
"Yana beli apa?"
"Takde apa, pak cik. Yana risau nak beli. Tengok harga pun, telan air liur dibuatnya." ujar Yana dengan tawa kecilnya.
"Pak cik faham. Yelah, Yana nak guna banyak duitkan esok?"
"Ya, pak cik. Lagipun, Yana tak tahu apa yang perlu dibeli nanti bila kelas bermula. Sebab tu Yana kena berhati-hati berbelanja. Yana tak nak susahkan ayah lagi. Selagi Yana boleh berjimat, Yana akan berjimat."
"Tapi, Yana jangan sampai ikat perut teruk sangat. Nak belajar ni, perut tak boleh kosong."
"Yana faham, pak cik. In shaa Allah, Yana akan cuma berjimat dan makan ikut waktu. Pak cik doakan Yana, ya?"
"In shaa Allah, Yana."
"Pak cik, ada satu lagi yang Yana nak minta tolong."
"Pasal esok pagi? Yana perlukan pak cik ke untuk pengangkutan ke UiTM?"
"Pak cik macam ahli nujumlah. Boleh baca isi hati Yana, ya?" seloroh Yana.
"Ala, Yana. Benda ni pak cik boleh tangkap. Takpe. Yana berehat. Esok pagi, pendaftaran pukul lapankan? Pukul tujuh pak cik sambai kat lobi."
"Terima kasih, pak cik. Oh, ya. Tadi, Yana ada belikan pak cik makanan. Nah, pak cik makan ya nanti."
"Yana, tak perlu..."
"Pak cik, ambillah. Kecil hati Yana kalau pak cik tolak pemberian kecil Yana..." ujar Yana dengan riak wajah cemberut.
"Yelah, yelah. Pak cik ambil sekarang. Terima kasih, Yana." ujar Pak Ran sebelum tangan mencapai beg kertas berisi makanan yang diserahkan Yana padanya.
"Sama-sama, pak cik. Dan, ini duit tambang hari ni. Untuk esok, Yana bagi lepas kita sampai kat UiTM, ya pak cik? Terima kasih, pak cik. Selamat malam. Assalammualaikum..." laju Yana tutup pintu kereta seraya menolak beg troli ke bahagian lobi hotel.
"Allah, budak bertuah ni. Moga Allah pelihara dirimu, nak..." ujar Pak Ran sebelum berlalu.
"Yana macamana? Selesa tak?"
"Alhamdulillah, ayah. Semuanya selesa. Yana dah dapat bilik. Esok, dah mula minggu orientasi."
"Dah bayar semua yang patut?"
"Baru sebahagian, ayah."
"Kenapa tak selesaikan semua? Yana tak cukup duit ke?"
"Eh, tak ayah. Tadi pendaftaran, bayar yang penting dulu. Esok, lusa, dah masuk kelas, baru bayar yang lain."
"Oh... Ayah ingat Yana tak cukup duit."
"Alhamdulillah, ayah. Ayah jangan risau. Yana tahu macamana nak kawal perbelanjaan. Yang penting, ayah jaga diri baik-baik. Jaga pemakanan dan kesihatan ayah."
"Yana kat sini, in shaa Allah, semuanya baik-baik aje."
"Yana, janji dengan ayah. Apa-apa yang berlaku, jangan lupa ayah. Bagitahu ayah kalau Yana perlukan bantuan, ya?"
"In shaa Allah, ayah. Yana tak lupa pesan ayah."
"Err, satu lagi ayah. Ayah ada belikan Yana telefon baru mahal ni ke?"
"Itu hadiah dari babah, Yana. Fahim yang bagitahu ayah tadi."
"Maksudnya, laptop ngan telefon bimbitnya hadiah dari Fahim sekeluarga?"
"Ya, Yana. Ayah pun baru tahu lepas Yana naik keretapi."
"Allah. Patutlah, Yana rasa berat je dalam beg Yana ni."
"Fahim berniat baik, Yana. Dia nak yang terbaik buat Yana walaupun Yana dan dia tidak berjodoh."
"Yana tak tahu nak cakap apa, ayah. Sejujurnya, memang Yana tak sangka Fahim akan berbaik dengan Yana. Tapi, untuk kembali ke pangkuan Fahim, tidak ada dalam kamus hidup Yana."
"Ayah faham. Doa yang baik-baik. Fahim dah cakap dengan ayah, sekiranya ada jodoh kalian berdua, dia nak kembali pada Yana. Jika tidak, Fahim sendiri akan lepaskan Yana dengan cara baik. Fahim nak tengok Yana bahagia dengan pilihan Yana sendiri." Yana terdiam.
"Apa maksud Fahim sebenarnya, ayah? Kenapa tiba-tiba dia berubah hati?"
"Fahim rasa bersalah lepas terdengar perbualan kita hari tu..."
"Perbualan?"
"Yana ada luah rasa tidak puas hati dengan ibu lepas ibu melebihkan Yani dari Yana."
"Allahuakhbar. Fahim dengar? Tapi, macamana dan dari mana dia dengar semua tu?"
"Fahim datang nak jumpa Yana. Dia terdengar..."
here we are.. harap terhibut
Share this novel
lo, dh cerai pastu nak blik huhu