PREH - BAB 1 - DENDAM

Romance Series 1465

Buk! Terkejut Aryana.

"Nah! Untuk kau..." berkerut dahi Aryana atau lebih dikenali dengan panggilan Yana bila sehelai sampul surat bersaiz agak besar yang mengandungi beberapa helai kertas yang dikepilkan bersama dicampak di depan mata sehingga terhinjut tubuh kecilnya.

"Untuk Yana?"

"Ya, untuk kau..."

"Apa ni, bang?"

"Kau takde tangan ke?" soal lelaki itu sinis.

"Kenapa tiba-tiba abang berkasar dengan Yana? Apa yang buat abang berubah macam ni?"

"Hei! Kau boleh tak jangan banyak soal! Keluarkan surat tu dan turunkan tandatangan!" berkerut seribu dahi licin Yana disergah begitu.

"Abang, kenapa ni?"

"Jangan banyak tanyalah! Tandatangan surat tu!"

"Buka surat tu cepat!" sergah Fahim. Kelam-kabut Yana mengeluarkan surat dari sampul bersaiz agak besar itu.

"Abang, apa semua ni? Kenapa abang..."

"Kenapa? Sebab aku takde hati kat kau!"

"Tapi, apa salah, Yana, bang? Kita baru je bernikah. Apa alasan abang sehingga sanggup nak ceraikan Yana?" esakan Yana mula kedengaran. Fahim tersungging.

"Hei, Yana! Kau ingat aku sukakan kau ke?"

"Kalau abang tak suka Yana, kenapa paksa Yana kahwin dengan abang? Kenapa suruh mama babah pinang Yana?" lawan Yana seraya mengusap air mata yang mengalir di wajah mulusnya.

"Kau nak tahu kenapa aku pinang kau? Sebab aku nak balas dendam pada keluarga kau!"

"A...apa maksud abang? Balas dendam apa?"

"Hei, Yana! Sepatutnya, aku kahwin dengan adik kau! Tapi, adik kau perlekehkan aku! Kononnya aku tak sepandai dia!"

"Jadi, itu niat abang nikahi Yana? Kalau Yani yang bersalah, kenapa perlu balas dendam pada Yana? Yana isteri abang..." teresak-esak Yana.

"Huh! Isteri sekadar atas kertas? Ops! Isteri seminggu Tuan Fahim..." meletus ketawa Fahim. Yana mengepal tangan kecilnya. Jiwa Yana benar-benar terseksa. Seminggu bergelar isteri dan hari ini, Fahim memberi hadiah berupa surat cerai.

Hancur luluh hati Yana. Walaupun dipaksa berkahwin dengan Fahim, Yana tetap optimis yang dirinya akan bahagia disamping lelaki yang menyayangi dan menerima dirinya seadanya.

Walaupun Yana tidak senasib kembarnya, Aryani, Yana tidak pernah pernah menyesal mengahwini Fahim. Yana terima takdir Allah yang jodohnya sudah tiba.

Yana sanggup menggantikan Aryani yang memilih untuk menyambung pelajaran di luar negara berbanding berkahwin dengan Fahim, anak penghulu kampung yang kaya-raya dan bapa Fahim merupakan seorang ahli perniagaan yang berjaya.

"Abang, sampai hati abang. Kita baru seminggu bergelar suami isteri, bang. Tergamak abang nak kecewakan keluarga kita berdua?"

"Kau tak payah nak risaulah, Yana. Aku tahu apa yang aku buat dan aku akan yakinkan pada keluarga aku yang aku dah lepaskan kau tanpa syarat!"

"Abang!"

"Berhenti menjerit! Tandatangan surat cerai tu atau aku guna cara kasar..."

"Abang ugut Yana?" Fahim tersungging.

"Aku tak peduli kau nak cakap apa. Tapi, aku memang takde hati langsung pada kau selama ini. Aku hanya sukakan Aryani."

"Tapi, Yani takde, bang. Ini, Yana. Aryana, isteri abang yang sah." Fahim tertawa sambil gelengkan kepala.

"Aku tak faham dengan kau, Yana. Kenapa kau sanggup terima aku sedangkan kau tak sukakan aku?"

"Yana bukan kejam macam abang! Abang berdendam dengan Yani, tapi Yana jadi mangsanya!"

"Dan, Yana tak sanggup melukakan hati ibu bapa Yana hanya disebabkan sifat pentingkan diri sendiri. Yana bukan abang! Abang kejam! Yana benci abang!"

"Yana! Aku tak nak dengar drama kaulah! Tandatangan cepat surat cerai tu!"

"Abang, Yana rayu. Jangan ceraikan Yana, bang. Yana..."

"Diam!" Terhinjut tubuh Yana.

"Aku tak nak cakap banyak, Yana! Tandatangan surat cerai tu atau aku akan guna cara aku!"

"Tidak! Yana takkan tandatangan surat cerai ni! Yana tetap dengan pendirian Yana!"

"Jangan cabar aku, Yana!"

"Yana tak peduli. Abang dayus! Abang jantan tak berguna! Abang lelaki yang paling hina pernah Yana jumpa!"

"Diam, Yana!"

"Yana takkan diam! Abang manusia yang tak reti bersyukur! Disebabkan dendam, abang sanggup perjudikan nasib orang lain!"

"Diam, Yana! Jangan cabar aku!"

"Yana tak peduli! Abang dah seksa Yana! Abang dah malukan keluarga Yana disebabkan dendam bodoh abang! Abang takkan selamat!"

"Aryana Aisyah Abdullah, aku ceraikan kau dengan talak satu!"

"Fahim!!!" tersentak Fahim dengan jeritan suara babahnya, Dato Farid.

"Kamu sedar tak apa yang kamu cakap ni, Fahim?"

"Babah..." terkejut Fahim dengan kemunculan babahnya.

"Ya Allah, Fahim. Apa yang berlaku ni, Fahim? Kenapa tergamak kamu ceraikan Yana? Apa salah Yana?" Ibu, Datin Mona, menghampiri Yana yang sudah terjelepuk di lantai dalam bilik tidur mereka bersama esakan.

"Maafkan Fahim, babah, mama. Fahim tak cintakan Yana."

Pang! Terteleng wajah Fahim.

"Abang, sudah tu!" jerit Datin Mona.

"Tak cintakan Yana? Jadi, kenapa kamu suruh babah dan mama pinangkan Yana untuk kamu? Sedangkan kamu tahu Yana nak sambung belajar!"

"Babah, Yana terima semuanya dengan redha. Fahim hanya cintakan Yani, bukan Yana..." luah Aryana tanpa air mata.

"Astaghfirullahalazim..." terduduk Dato Farid.

"Apa yang kamu dah buat ni, Fahim? Kenapa..." terhenti bicara Dato Farid.

"Ya Allah, apa dosa aku, Ya Allah..." rintih Dato Farid.

"Fahim cintakan Yani, bukannya Yana, babah."

"Kalau betul kamu cintakan Yani, kenapa tergamak kamu nikahi Yana?"

"Sebab Yani tolak cinta Fahim. Yani lebih pentingkan pelajaran dari cinta kami."

"Ya Allah, Fahim. Kamu tahu tak Yani dan Yana ni masih muda dan sepatutnya usia sebegini mereka sambung belajar. Tapi, disebabkan kamu, sebabkan kebodohan kamu dan ketidaksabaran kamu, kamu jadikan Yana sebagai mangsa dendam?"

"Fahim...Fahim terpaksa, babah. Fahim bencikan Yani..."

"Kalau bencikan Yani, kenapa tergamak kamu mainkan hati dan perasaan Yana? Apa dosa Yana pada kamu, Fahim?" celah mama sedari tadi mendiamkan diri.

"Mama kesal dengan sikap tidak matang kamu, Fahim. Mama kesal. Kalaulah mama tahu kamu hanya sekadar nak merosakkan anak dara orang, demi Allah, mama takkan ikut cakap kamu..."

"Mama, babah, Fahim..."

"Apa? Apa, Fahim?"

"Fahim...Fahim tak pernah sentuh Yana..."

"Astaghfirullahalazim..." air mata Yana mengalir semula membasahi wajahnya.

"Apa betul apa yang Fahim katakan, Yana?" laju Yana anggukkan kepala.

"Fahim tak pernah sentuh Yana dan selama seminggu ini, Yana tidur di atas lantai berlapikkan toto."

"Allahuakhbar. Apa yang kamu dah lakukan ni, Fahim? Kenapa sanggup buat begitu pada isteri kamu sendiri?"

"Fahim tak cintakan Yana. Fahim nak Yani..."

"Anak tak sedar dek untung! Kamu ingat kahwin ni, suka-suka ke?"

"Tapi, Fahim memang tak mampu nak tipu diri Fahim lagi, babah."

"Baik. Kamu nak sangat berceraikan? Bercerailah. Tapi, pastikan kamu bayar setiap sen duit babah yang kamu gunakan untuk majlis perkahwinan ni..."

"Babah..."

"Keputusan babah muktamad, Fahim! Mama, bawa Yana tidur di bilik. Jangan benarkan Fahim dekati Yana. Esok pagi, kita akan kembalikan Yana ke pangkuan keluarga dia dan saya sendiri akan jelaskan pada keluarga Yana."

"Baik, bang. Mari, Yana..."

"Babah, mama..."

"Jangan panggil babah dan mama lagi, Fahim. Kami takde anak macam kamu yang sanggup memalukan keluarga sendiri demi ego dan dendam kamu..." ujar mama.

"Ingat, Fahim! Sebaik selesai urusan penceraian kamu, keluar dari rumah babah!"

"Babah, jangan, bah! Babah, kasihankan Fahim, babah."

"Sepatutnya, kamu kasihankan babah dan mama! Kamu salahkan Yana disebabkan dendam kamu pada Yani. Kamu memang tak matang dan tak berhati perut!"

"Mari, Yana. Mama temankan Yana malam ni, ya?" Yana berlalu tanpa menoleh sedikit pun ke arah Fahim. Esakan kecil Yana masih kedengaran di ruang bilik tidur Fahim.

Fahim terduduk. Entah kenapa tangisan Yana menyeksa jiwa Fahim. Sepatutnya, Fahim bangga dengan keputusannya untuk menceraikan Yana sepertimana yang dirancangnya sebelum meminta babah dan mama meminang Yana selepas cintanya ditolak Yani.

Seribu penyesalan melanda jiwa akibat kelantangan bicaranya. Baru seminggu bergelar suami isteri, malah Yana masih belum disentuh Fahim. Tapi, penceraian dihadiahkan Fahim buat Yana.

Tidak ada cacat cela dalam layanan Yana pada Fahim walaupun pada hakikatnya Yana terpaksa menerima lamaran dari keluarga Fahim lantaran ibu bapanya terhutang budi dengan kebaikan dan bantuan dari Dato Farid.

Jika tidak disebabkan bantuan Dato Farid, keluarga Yana terpaksa merempat selepas campur tangan keluarga babah yang mahukan tanah dan rumah yang sudah menjadi milik ayah Yana selepas diwasiatkan arwah datuk Yana.

Dato Farid baik hati sanggup meminjamkan sejumlah wang untuk bapa Yana bagi menyelesaikan wang guaman akibat kekejaman keluarga sendiri.

Sebab itu juga, sebaik sahaja Fahim berhasrat mahu meminang Aryana, ibu dan ayah Yana terus bersetuju dengan niat mahu membalas jasa baik Dato Farid.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

"Yana, eh, dato, datin. Jemput masuk. Silakan, dato, datin..." ajak Encik Abdullah a.k.a. Pak Dollah.

"Eh, dato, datin. Maaf, saya kat dapur tadi."

"Ibu..." Yana menerpa ke arah ibunya bersama tangisan pilu.

"Yana, kenapa ni? Apa yang berlaku?" soal ibu bertubi-tubi.

"Mina, duduk dulu. Kita bincang, ya?" tegur Datin Mona.

"Apa yang berlaku, datin? Mana Fahim?" keluhan berat dilepaskan.

"Ibu, Yana dah diceraikan..." adu Yana dalam tangisan. Tergamam, terpempam ibu dan ayah Yana mendengar kata-kata anak bongsunya.

"Abang Fahim dah ceraikan Yana malam tadi, bu. Yana tak tahu apa salah dan dosa Yana sampai diceraikan seminggu bernikah." esakan Yana semakin kedengaran.

"Maafkan kami, Mina. Kami betul-betul tak tahu kenapa Fahim bertindak demikian." ujar Datin Mona.

"Ya, Mina, Dollah."

"Fahim kata dia tak sukakan Yana. Dia sukakan Yani. Tapi, Yani tak nak kahwin dengan Fahim..." jelas Yana dalam sedu-sedannya.

"Fahim cakap dia nak balas dendam sebab Yani tak nak kahwin dengan dia. Kenapa Yana jadi mangsa dendam orang, bu? Apa salah, Yana?" esakan Yana semakin kedengaran memenuhi ruang tamu rumah keluarga Yana.

"Yana, babah dan mama minta maaf. Kami tak tahu apa yang Fahim fikirkan sampai dia tergamak menceraikan Yana..." ujar Datin Mona, lembut.

"Mina, Dollah, maafkan kami. Fahim akan saya ajar. Saya akan bagi pengajaran yang sepatutnya pada budak tak berguna tu!" tegas Dato Farid.

"Babah, mama, takpe. Yana, redha. Mungkin ada hikmah disebalik segala yang berlaku." ujar Yana lagi. Air mata dikesat dengan belakang tangan.

"Yana..." ibu mengusap kekura tangan Yana. Air mata Mina mengalir lesu di wajahnya yang semakin menua. Pak Dollah mati diksi.

"Ibu, Yana redha. Yana terima semuanya dengan hati yang terbuka. Biar Yana hadap semua ujian ni. Asalkan Fahim bahagia. Yang penting, Yani takkan berdepan dengan jantan tu lagi."

"Yana, maafkan mama dan babah..."

"Tak, mama. Mama dan babah tak bersalah. Mungkin ini takdir yang telah ditentukan Allah buat Yana untuk teruskan kehidupan.

"Yana tak nak terus bersedih lagi. Yana nak sambung belajar dan teruskan pelajaran Yana sebaik selesai kes penceraian Yana nanti."

"Yana, janji dengan mama, dengan babah, yang Yana takkan buang kami dari hidup Yana..." kekura tangan Yana diusap Datin Mona.

"Mama..." tubuh tua Datin Mona dipeluk erat bersama esakan oleh kedua-duanya.

"Yana takkan buang mama dan babah yang dah banyak bantu Yana sekeluarga. Yana cuba nak teruskan kehidupan tanpa kenangan yang menyakitkan ini."

"Mama sayang Yana. Yana akan selalu jadi menantu mama, menantu dalam rumah kamikan, babah?"

"Ya, Yana. Hanya Yana menantu babah dan mama." ujar babah.

"Terima kasih, mama, babah. Jasa mama dan babah takkan Yana lupa sampai akhir hayat Yana... Yana janji..." teresak-esak Yana meluahkan rasa hati.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

"Yana dah solat?"

"Alhamdulillah. Dah, bu..." ujar Yana seraya melipat telekung dan sejadah sebelum diletakkan di tempat yang sepatutnya.

"Yana okey?"

"Alhamdulillah. Yana semakin tenang, bu. Yana rasa semakin bersemangat sekarang." jawab Yana dengan senyuman yang terukir di wajahnya sehingga menampakkan lesung pipit di kiri dan kanan pipi.

"Yana, maafkan ibu sebab dah paksa Yana ganti tempat Yani..."

"Takpe, bu. Yana redha, bu. Benda dah berlaku pun. Ibu jangan risau, ya..."

"Tapi..."

"Ibu, demi Allah, Yana betul-betul dah okey dan Yana dapat rasa ketenangan yang jauh lebih baik dari sebelum ni..." tangan ibu digenggam.

"Ibu, janganlah nangis. Yana dah okey ni. Tengok ni, Yana tak nangis pun. Sebab, Yana nak jadi kuat. Yana nak tunjuk pada Yani, yang Yana tak lemah." ujar Yana dengan senyuman melebar. Air mata ibu berjujuran.

"Ibu minta maaf, Yana. Kalaulah ibu tak paksa Yana, Yana takkan jadi janda semuda ini..." teresak-esak ibu. Yana mati diksi.

"Dah nasib Yana, bu. Yana tak menyesal pun. Sekurang-kurangnya, Yana beruntung tak disentuh Fahim."

"A...apa?"

"Yana belum disentuh, bu. Sepanjang seminggu bergelar suami isteri, kami tidur berasingan."

"Astaghfirullahalazim."

"Fahim cakap, dia belum bersedia, bu. Yana ikut je cakap dia. Tapi, Yana tetap jalankan tugas Yana menyediakan makan minum, pakaian Fahim."

"Mama dan babah Fahim, tahu?" laju Yana anggukkan kepala.

"Yana tak kesal pun, bu. Walau bergelar janda, Yana masih suci. Yana tak sanggup nak serahkan kesucian Yana pada lelaki tak berguna macam Fahim tu."

"Tapi, ibu tahu jauh di sudut hati Yana, Yana sukakan Fahimkan?"

"Tak, bu. Sebab Yana tahu, Fahim hanya sukakan Yani."

"Mana Yana tahu?"

"Fahim cakap, dia nak balas dendam pada Yani."

assalammualaikum... karya terbaru dari sis.. happy reading...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience