BAB 1 - J3X - ZURIAT

Romance Completed 62162

Ada masanya, kita terlupa segala yang berlaku bukan kehendak kita. Sebagai manusia yang percaya kepada qada dan qadar Allah, Shakira redha dengan ketentuannya.

Segala puji bagi Allah, tuhan semesta alam. Macam-macam sudah dilakukan atas arahan keluarga. Apa yang tidak dia lakukan... Mandi bunga, berjumpa pengamal perubatan, pasang badan, cantikkan wajah, semuanya sudah dia lakukan. Hanya susuk yang tidak termasuk dalam senarai Shakira. Jawapan Shahira mudah... Cukuplah dosa yang dia lakukan, tak mahu dia tambah lagi dengan dosa.

"Sha tak tahulah apa masalah dengan Sha ni. Dah dua tahun kahwin, masih belum ada rezeki nak timang cahaya mata lagi."

"Sha, sabar Sha. Tak baik cakap macam tu. Anak tu rezeki dari Allah, Sha."

"Ya, Sha tahu. Tapi masalahnya, suami Sha tu bukannya nak faham. Mertua Sha tu dah berapa kali asyik sebut pasal cucu. Padahal bukan Sha tak nak anak. Rezeki Sha je yang tak sampai lagi. Saja nak buat Sha sakit hati."

"Sha sabar ya... Mungkin mertua Sha saja je cakap macam tu..."

"Takde maknanya, ibu. Dah banyak kali mama perli Sha depan tetamu. Asyik cakap nak cari isteri lain untuk Abang Affiq. Macam Sha takde perasaan je..."

"Sha jangan ambil hatilah. Mama tu bergurau je agaknya..."

"Bergurau apa, bu... Bukan sekali dua, mama cakap macam tu, sindir-sindir Sha. Dah banyak kali. Dan setiap kali mama sindir Sha, Affiq buat selamba je. Macam Sha pulak yang salah. Padahal, Sha dah ajak pergi hospital nak buat pemeriksaan kesuburan. Tapi, Affiq yang tak nak. Jadi, salah Sha ke ibu?" Ibu melepaskan keluhan.

"Sha, sabar ya..."

"Memang tengah bersabar ni, bu... Tapi, sampai bila Sha dapat bertahan, bu. Sha pun ada hati dan perasaan. Sha bukannya tiang yang tak berperasaan. Setiap kali disindir, diperli, Sha masih mampu tersenyum. Sha tak nak jadi isteri dan menantu derhaka. Sha kuatkan hati Sha... Tapi, Sha tak tahu sampia bila Sha mampu bertahan, bu..."

"Sha, ibu minta maaf, ya?" Bahu Sha diusap pernuh kasih sayang. Melihat si anak yang sering berhadapan dengan masalah lantaran karenah suami dan ibu mertuanya.

"Untuk apa, bu? Ibu minta maaf untuk apa? Bukan ibu pun yang sindir Sha..."

"Ibu minta maaf sebab ibu yang nak Sha kahwin dengan Affiq."

"Ibu, sudahlah tu. Sha redha dengan ketentuan tuhan. Sha terima apa yang ibu buat sebab Sha tahu, ibu nak yang terbaik buat Sha."

"Tapi, kalau bukan sebab ibu, tentu Sha takkan terseksa macam ni..."

"Bukan macam tu, bu. Ini semua perangai orang kaya kolot tu. Macamlah Sha kahwin dengan Affiq tu Sha tak nak anak. Takde orang yang kahwin tak nak zuriat, bu... Sha sendiri sukakan budak-budak."

"Sha sabar, ya... Doa banyak-banyak..."

"Ibu... Andai tiba masanya Sha dibuang sebab zuriat, Sha diceraikan, Sha nak ibu redha, ya?"

"Kenapa, Sha? Affiq nak ceraikan Sha ke?"

"Entahlah, bu. Tapi, Sha banyak kali benda tu berlegar-legar kat rumah banglo tu. Mama Affiq sibuk nak suruh Affiq pulangkan Sha pada ibu. Kononnya Sha ni tak mampu nak bagi Affiq zuriat."

"Allahuakhbar... Takkanlah sampai nak bercerai-berai, Sha?"

"Entahlah, bu... Sha tak nak cakap apa-apa lagi... Sha dah letih kena sindir hari-hari. Kena perli. Bukan mama je yang cakap macam tu. Habis semua orang dalam rumah banglo yang tak berapa nak banglo tu kutuk Sha."

"Habis tu, Affiq takkan tak cakap apa-apa?"

"Nak cakap apa, bu? Affiq tu anak emak... Anak mama... Kononnya, syurga dia kat mama. Macamlah Sya ni, bawa dia ke neraka..." Ujar Sha sambil membuat rolling eyes.

"Sabar ya, Sha... Ibu tahu anak ibu kuat hatinya."

"Sebab Sha kuatlah, Sha masih bertahan, bu. Sha akan bertahan selagi boleh. Tapi, andai jodoh Sha tak kesampaian, Sha takkan melutut pada Affiq. Sha tak sanggup lagi sampai nak kena hina, kena kutuk."

"Jadi, Sha sanggup nak pegang gelaran janda dalam usia muda ni?"

"Kenapa tidak? Salah ke dengan gelaran janda, bu? Ibu diceraikan ayah ketika umur ibu baru mencecah dua puluh tahunkan?" Ibu melepaskan keluhan.

"Kisah ibu tak sama dengan kisah Sha..."

"Mungkin suatu hari nanti, kisah kita akan sama juga, ibu..."

"Sha dah putus semangat dengan perkahwinan Sha?"

"Entahlah, bu... Sha tak tahu nak cakap apa... Kekadang, Sha rasa macam Affiq tu takde fungsi sebagai seorang suami. Sha ni dah letih, bu. Letih nak menghadap perangai ego Affiq tu."

"Sha... Dalam rumah tangga ni, kena ada tolak ansur, komunikasi..."

"Ibu, ibu sendiri tahu perangai Sha. Sha ni dah banyak kali, berbuih mulut Sha ajak Affiq tu berbual. Nak ajak bercuti pun susah. Balik-balik jawapan dia, mama... Padahal, mama tu, ada je teman dia. Sha ni dah penat nak mengalah, bu."

"Apa sebab jadi macam tu, Sha?"

"Entahlah, bu. Sha ni, kalau salah, Sha dah cakap, tegur Sha. Tapi, Affiq... Macam orang bodoh je. Apa yang mama cakap, dia ikut. Apa yang Sha cakap, sikit pun takde reaction. Macam tunggul je. Bila dia nak Sha, barulah nak berlembut bagai."

"Nafkah macamana?" Shakira menundukkan kepala. Kaki menguis-nguis karpet.

"Shakira... Ibu tanya ni... Nafkah macamana? Affiq tak tunaikan nafkah untuk Sha ke?" Perlahan-lahan Sha menggelengkan kepalanya.

"Ya Allah, Sha... Habis tu selama ini, duit nafkah Sha?"

"Affiq tak pernah bagi Sha nafkah pun selama ni, ibu..."

"Jadi, duit Sha?"

"Sha, simpanlah. Tapi, Sha tak kejam. Sha keluarkan duit untuk beli barang dapur dan Sha bagi mama duit sesekali."

"Mama tak cakap apa-apa ke?"

"Nak cakap apa, bu... Selagi Affiq ada depan mata dia, selagi Affiq dengar cakap dia, selagi itu mama takkan bersuara. Mama tak kisah asalkan anak menantu ada depan mata. Kata mamalah... Tapi, Sha rasa macam tak bermakna pun duduk kat rumah tu. Bukannya dorang layan Sha sangat."

"Affiq takkan cakap apa-apa, Sha?"

"Nak cakap apa, bu? Jantan tu lagi seronok duduk serumah dengan mama dan adik-adik dia. Dia nak keluar dengan adik-adik dia, dia keluar je. Dia nak keluar dengan mama, dia keluar je. Sikit pun dia tak herankan Sha ni..."

"Takkan sampai macam tu, Sha?"

"Ibu tak percayakan Sha ke? Sha tak tipulah, bu."

"Sepatutnya, Sha dan Affiq dah boleh cari rumah sewa. Tak pun, Sha duduklah kat rumah sewa kita. Dah dekatkan dengan rumah mama dan tempat kerja Sha..."

"Huh! Affiq tak nak, bu. Sha dah ajak berkali-kali. Tapi, dia tak nak keluar dari rumah mama. Jawapan Affiq, sebab tak sampai hati nak tinggalkan mama sendirian. Sedangkan, ada dua lagi adik dia yang duduk dengan mama."

"Tak, maksud ibu, duit nafkah untuk Sha?" Sha melepaskan keluhan. Wajah diraup.

"Tak pernah bu. Dari selepas nikah, sampai ke saat ini. Sha tak pernah terima satu sen duit nafkah dari Affiq."

"Astaghfirullahalazim...."

"Kenapa Sha sembunyikan hal ini? Itu tanggungjawab Affiq, Sha..."

"Sudahlah, bu. Sha dah malas nak cakap lagi hal Affiq ni. Mama pun sama je asyik nak menangkan si Affiq tu. Dah tentulah itu anak diakan? Tapi, Sha berhak bersuara. Tapi, sayang... Suara Sha tak diperlukan dalam rumah banglo tu."

"Sha..." Kekura tangan Sha diusap ibu.

"Dah dua tahun, bu... Dua tahun Sha memendam rasa. Dua tahun Sha pertahankan perkahwinan ini. Sha tak tahu berapa lama lagi Sha dapat bertahan."

"Sha, kenapa Sha tak pernah pun bagitahu ibu selama ini?"

"Untuk apa, ibu? Sha tak nak susahkan ibu lagi... Ibu dah banyak berkorban untuk kami, adik-beradik. Sha dan Shamil dah banyak susahkan ibu. Sha tak nak lagi tambah masalah ibu. Sha mampu nak harungi semua ni..."

"Sha, ibu rayu sangat. Jangan sesekali minta bercerai, Sha... Bergegar tiang arasy, nak..."

"Kenapa tidak, bu? Kenapa tidak? Sha dah dua tahun memendam rasa. Sha bertahan sehingga hari ini sebab ibu. Sampai bila Sha harus tunggu, bu? Soal anak, rezeki dari Allah. Bukan Sha tak nak anak. Tapi, Sha belum diberikan rezeki mengandung."

"Sha berbincang baik-baik dengan Affiq. Jangan sampai bercerai, Sha..."

"Ibu, Sha tak pernah impikan kehidupan Sha sebegini, bu. Tapi, Sha percaya, ini ujian dari Yang Maha Esa. Sha tahu, ini ujian dari Allah untuk Sha. Cuma, Sha kekadang, tak larat nak tahan perasan Sha sendiri, bu. Sha dah letih sangat."

"Sha tahu, sikit masa lagi, apa yang dornag impikan tu akan jadi kenyataan. Sha tahu..."

"Apa maksud, Sha?"

"Macam yang Sha cakap tadi... Mama nak cari menantu baru."

"Menantu baru? Apa maksud Sha? Ibu tak faham, Sha."

"Mama nak cari isteri baru untuk Affiq. Mama dah tak sabar nak timang cucu. Macamlah hari ni bersama, esok dah beranak."

"Sha tak bantah?"

"Untuk apa, bu? Untuk apa? Sha dah cakap, suara Sha tak diperlukan dalam rumah tu. Segalanya, mama yang akan tentukan."

"Sha, ibu takkan izinkan Sha dianiaya mereka keluarga. Sha kena pertahanan perkahwinan Sha."

"Entahlah, bu. Sha tak tahu... Sha tak yakin lagi dengan Affiq. Sha rasa, perpisahan adalah jalan yang terbaik."

"Sha, jangan nak... Ibu rasa, Sha masih mampu nak pertahankan hubungan Sha dengan Affiq."

"Ibu, Sha tak nak jadi orang ketiga dalam hubungan Affiq, bu. Sha tak nak jadi penghalang buat mama dan Affiq nak dapat baby. Biarlah Sha mengalah asalkan Sha bahagia dengan cara Sha sendiri. Penceraian bukan bermaksud ternoktahnya hidup Sha, ibu. Sha mampu teruskan hidup Sha tanpa Affiq."

"Jadi, maksudnya... Affiq dah ada orang lain dalam hidup dia?" Shakira yang pada mulanya, hanya mendiamkan diri dengan menundukkan kepala, akhirnya mengangguk perlahan.

"Ya Allah, Sha... Betul ke, Sha? Sha tak tipu ibukan?"

"Untuk apa Sha tipu ibu? Sha dapat apa?"

"Tapi, hubungan Sha dengan Affiq?"

"Ibu, Sha dah dapat terima kenyataan, ibu. Sha tahu, Affiq dah takde perasaan pada Sha lagi. Sebab tu, Sha mahukan perpisahan."

"Sha tak sayangkan Affiq? Sha tak sayangkan hubungan kalian berdua?"

"Tak, bu. Semua tu dah hilang tatkala Sha dapat tahu mengenai perempuan lain dalam hidup Affiq."

"Sha... Bercerai ni satu-satunya perkara yang dibenci Allah, Sha..."

"Tapi, halal sekiranya tiada jalan terbaik antara dua pihak." Selamba jawapan Shakira.

"Ibu dan ayah pun bercerai sebab orang ketiga dan ibu sendiri diceraikan ketika ibu mengandungkan Shamilkan? Sha tak lupa semua tu, bu. Tapi, ibu masih mampu besarkan kami berdua dengan baik." Ibu menundukkan kepalanya tatkala kisah lama diungkit Shakira.

"Sha, Sha masih muda, Sha... Umur Sha baru dua puluh empat tahun. Sha tak sayangkan hubungan Sha dengan Affiq ke?"

"Sayang? Untuk apa, bu? Sayang Sha dah hilang bila mama cuba nak carikan isteri baru untuk Affiq dan ibu tahu apa yang Affiq cakap?" Ibu menggeleng.

"Affiq cakap, carilah mama... Biar Affiq dapat zuriat dengan isteri baru..." Ibu tergamam.

"Sha dah hilang rasa hormat pada Affiq bila dia naik tangan ke muka Sha buat kali pertama hanya kerana Sha persoalkan nafkah. Sha bertahan selama ini hanya kerana ibu..."

"Sha... Maafkan ibu, Sha... Ibu tak sangka, hidup Sha seseksa ini." Shakira simpan senyum. Nafas dihela.

"Ibu, in shaa Allah. Sha akan bertahan selagi boleh. Tapi, jika sudah sampai masanya untuk Sha tarik diri, Sha akan tarik diri."

"Sha... Sha sanggup ke bergelar janda dalam usia semuda ini?"

"Kenapa tidak, bu? Ibu sendiri bergelar janda ketika berumur dua puluh tahun. Salah ke kalau Sha juga bergelar janda?" Ibu mati kata.

"Sha tak lupa macamana seksanya ibu membesarkan kami dua beradik. Walaupun kita tak mewah, tapi kita bahagia, bu... Sha bukan nak sangat jadi janda, bu. Tak... Demi Allah, bu. Tapi, Sha ada hati dan perasaan. Sha tak tahu berapa lama Sha mampu bertahan, bu."

"Sha, ibu tak nak Sha jadi macam ibu..."

"Macam ibu? Apa maksud ibu? Sebab ibu juga bergelar janda dalam usia muda. Macam tu?" Ibu merenung ke dalam anak mata Shakira.

"Ibu, Sha tahu penceraian yang paling dibenci Allah. Tapi, ini lebih baik dari Affiq biarkan Sha gantung tak bertali." Ibu menelan air liurnya. Tahu apa yang bermain di dalam fikiran anak sulungnya.

"Ibu jangan risau, bu. Kalau jodoh Sha dengan Affiq setakat ini, Sha masih mampu nak jaga ibu dan Shamil. Shamil pun dah tak lama lagi nak habis belajar. In shaa Allah, kami mampu nak jaga ibu."

"Tapi, janji dengan ibu. Sha akan pertahankan rumah tangga Sha dan Affiq sebaik mungkin."

"In shaa Allah, bu... Ibu doakan kami, ya... Sha tak nak penceraian ini, bu. Tapi, bila suami Sha sendiri tak mampu nak bantah kata mama yang menjadi syurga buatnya, apa lagi yang mampu Sha nak katakan, bu? Tapi, Sha janji, Sha akan pertahankan perkahwinan kami sehingga Affiq sendiri lepaskan Sha..."

"Ibu bangga dengan Sha..." Ujar ibu sambil mengelus wajah Shakira.

"Terima kasih, bu. Ibu doakan Sha, ya... Sha nak jadi kuat macam ibu." Shakira melentukkan kepalanya di bahu ibu. Sisi kepala Shakira dikucup berkali-kali. Ibu termenung seketika memikirkan keadaan si anak. Kalaulah dia tidak ikut kata sahabat baiknya ituu, tentu Shakira takkan seseksa ini.

Perkahwinan Shakira bermula apabila, ibu a.k.a Suhana Sohail bertemu dengan rakan baiknya ketika di universiti dulu, Datin Marina Mashran iaitu mama kepada Shaffiq Shazwan a.k.a. Affiq selepas penceraian dengan bekas suaminya hampir tujuh belas tahun lalu.

Niat mereka kononnya, ingin merapatkan silaturrahim antara mereka. Cuma, Suhana tidak menyangka, akan begini nasib anak sulungnya.

Share this novel

DHIA AMIRA
2024-02-02 13:24:02 

mcm nm hindi suhana sohail

Ozeil Ruz'ziey
2024-01-15 23:39:55 

Asalamualaikom


NovelPlus Premium

The best ads free experience