BAB 4 - J3X - PENYESALAN

Romance Completed 62162

"Sayang..." Affiq menggenggam erat tangan Shakira yang masih tidak sedarkan diri.

"Bangun, sayang. Maafkan abang. Abang berdosa, sayang. Abang bodoh termakan cakap mama. Tolong abang, sayang. Bangunlah. Abang janji abang takkan lukakan hati Sha. Abang sayang Sha... Bangunlah..." Affiq langsung tidak pedulikan doktor dan misi dalam wad VIP itu.

Ahir dan Anaz menahan sebak melihat keadaan Affiq yang langsung tidak pedulikan orang di sekeliling. Affiq dengan dunianya sendiri. Dalam ramai-ramai manusia di dalam wad VIP itu, mama duduk terceruk di sudut bilik sambil menahan tangisannya dan perasaan bersalahnya.

Mama berasa bersalah. Walau mama menangis darah sekalipun, kandungan Shakira takkan mungkin kembali.

"Along, sudahlah long. Biar Kak Sha rehat. Malu orang tengok, long..."

"Ya, long... Biar Kak Sha berehat."

"Ini semua sebab mama! Mama menjadi punca Sha jadi macam ni! Kalau bukan sebab mama, Sha takkan keguguran! Affiq takkan kehilangan anak Affiq, mama!" Mama tersentak. Sudah beberapa kali Affiq menengkingnya. Jelas Affiq terlalu kecewa dengan apa yang menimpa nasib Shakira.

"Along, istighfar, long... Istighfar..."

"Puas hati mama sekarang? Puas hati mama? Mama nak sangat pewariskan? Anak Affiq dah mati, mama... Anak kami dah takde. Semuanya sebab mama!" Jerit Affiq. Air mata mama sedari tadi mengalir hiba.

"Along, sudahlah... Malu orang tengok, long... Kau jerit macamana sekalipun, anak kau dah takde..."

"Sha... Bangun, sayang. Ampunkan abang, Sha. Ampun abang. Abang janji abang takkan lukakan hati Sha lagi. Abang takkan dengar cakap mama lagi..."

"Along, tolonglah, long. Bagi Kak Sha berehat..."

"Along bersalah, Anaz, Ahir... Along bersalah. Along bodoh sebab termakan hasutan mama. Along terlalu taksub dengan kata-kata mama sehingga melukakan hati Kak Sha kamu.. " Rintih Affiq tanpa menghiraukan pemandangan orang lain.

"Tak perlu menyalahkan mama, long... Kau yang empunya diri. Kak Sha isteri kau. Kau tergamak nak lukakan hati Kak Sha. Kalau mama hasut, kenapa kau tak tolak? Kenapa kau tak tepis? Kau buat maksiat dengan si Nisa montok tu... Kau tak tahu malu ke, long?" Affiq mati diksi. Tak mampu ditepis segala-gala kata si kembar.

"Sekarang, Kak Sha dah macam ni... Anak kau pun dah takde... Kau rasa, semudah itu Kak Sha akan maafkan kau?"

"Along tahu along salah. Along sedar kesilapan along. Along janji, along takkan buat kesilapan sebegitu lagi."

"Dah terlambat, long..."

"Anaz..." Tegur Ahir.

"Kau rasa, Kak Sha akan maafkan along ke selepas apa yang along dan mama dah buat pada Kak Sha?" Soal Anaz.

"Selama hari ni, kita berdua yang terima Kak Sha... Selama hari ni, along sendiri abaikan isteri dia sebab sibuk melayan si katik tu... Dah jadi macam ni, kau rasa, Kak Sha akan semudah itu memaafkan along?"

"Ahir, Anaz... Tolonglah... Tolonglah... Along rayu. Maafkan along... Along dah nekad nak bawa Kak Sha pindah dari banglo tu..."

"Affiq... Affiq nak tinggalkan mama..." Soalan mama mengundang kemarahan Affiq. Lantas tubuh diputarkan. Mata mencerlung tajam ke arah mama yang duduk tersorok di ceruk wad yang menempatkan Shakira.

"Affiq menyesal ikut cakap mama. Affiq betul-betul menyesal. Sebabkan idea bodoh mama tu, Affiq kehilangan anak Affiq. Sebabkan mama, Shakira jadi begini. Sebabkan mama juga! Kami kehilangan anak yang kami nantikan selama ini!"

"Affiq..."

"Stop it, mama! Affiq dah nekad! Affiq akan bawa Shakira pindah keluar dari rumah mama!"

"Affiq, jangan..."

"Mama, cukuplah mama... Cukuplah... Jangan ditambah lagi kelukaan Affiq, ma... Affiq dah tak tahan lagi. Kali ini, Affiq akan tetap dengan keputusan Affiq untuk keluar dari rumah mama..."

"Affiq, jangan Fiq... Affiq tak pernah berpisah dengan mama..."

"Sebab mama senang nak kontrol hidup Affiq. Affiq terlalu bodoh ikut segala kata-kata mama. Affiq jadi bodoh sebab abaikan Shakira sehingga..." Tangisan Afiq kedengaran. Terhinjut-hinjut tubuh Affiq menahan tangisan yang menyentak jiwa Shakira.

Shakira sudah terjaga sebenarnya. Tapi, hati Shakira terlalu rapuh ketika ini. Sepatutnya khabar gembira ini dikongsi pada hari ulang tahun perkahwinan mereka yang kedua tahun minggu hadapan. Tapi, bila melihat Affiq dan mama yang beria-ria mahu menyiapkan persiapan perkahwinan Affiq dengan Nisa, Shakira hanya memendam rasa.

Tak mampu Shakira bayangkan betapa dia terlalu kecewa dengan apa yang telah menimpa mereka. Apatah lagi, mertuanya a.k.a. Datin Marina menjadi punca Shakira kehilangan anak yang dinantikan selama ini. Perlahan-lahan perutnya yang sudah kempis, diusap di bawah selimut yang menutupi tubuhnya.

"Lepas ni, Affiq harap sangat, mama takkan campur tangan lagi dalam hal Affiq. Affiq takkan izinkan mama sibuk dalam perkahwinan Afiq lagi."

"Tapi, majlis Affiq akan bernikah dengan Nisa bulan depan..."

"Pergi mampus dengan Nisa! Mama takde hak nak paksa Affiq lagi!"

"Affiq nak malukan mama?"

"Datin Marina... Dalam keadaan darurat macam ni, masih sibuk dengan si katik tu lagi?" Sindir Ahir.

"Kamu diam, Ahir!"

"Kami takkan berdiam lagi, Datin Marina... Sebabkan niat jahat mama tu, Kak Shakira jadi begini. Sebab perangai busuk mama ni, kami kehilangan anak buah yang kami nanti-nantikan selama ini. Datin rasa, datin layak ke bergelar seorang mama?"

"Kurang ajar!"

"Kami kurang ajar disebabkan mama! Mamalah yang ajar kami berdua kurang ajar! Mama rosakkan kehidupan along. Nak pewaris konon. Mama ni belajar tinggi tapi hukum halal haram, mama tak khatam lagikan?"

"Jangan melampau Anaz!"

"Huh! Sibuk berpersatuan sana sini. Pergi majlis ilmu. Tapi perangai..."

"Sekarang ni, dunia nak akhir zaman, Anaz... Pemakaian tudung atau berhijab ni, dah dijadikan fesyen... Dah viral, keluar fesyen macam ni. Dah bosan nak berhijab, bukak... Telanjang terus lagi bagus..." Sindir Anaz membuatkan mama menggenggam erat penumbuknya.

"Kalau mama kahwinkan along dengan si katik tu, dapat anak pun katik-katik juga nanti. Nak ke?" Sengaja Ahir memanaskan keadaan. Anaz tertawa kecil.

"Affiq tetap denqan keputusan Affiq... Affiq takkan ikut cakap mama lagi. Affiq takkan nikah dengan Nisa. Fullstop!"

"Affiq! Jangan buat gila! Majlis akan diteruskan!"

"Go ahead... Kalau mama nak tengok Affiq malukan mama, teruskanlah. Affiq takkan kalah lagi dengan mama..."

"Mama akan tarik semua keistimewaan Affiq."

"Carry on, Datin Marina. Carilah pengganti Affiq kat company tu. Tapi, jangan lupa Datin Marina... Nama Shaffiq Shazwan pemegang saham terbesar dalam syarikat papa... Dan mama, hanya sebagai penasihat dan tidak memegang apa-apa jawatan pun. So..." Mama mencerlung tajam. Tak sangka, Affiq berani melawannya.

"Selama ini pun, mama bukannya tahu buat kerja pun. Yang mama tahu, duit, duit, duit... Kerja, semua Affiq yang buat..." Datin Marina termanggu.

"Affiq, Affiq kena teruskan pernikahan ni atau mama akan malu..."

"I don't care anymore! Affiq tahu, mama yang sibuk nak aturkan penyatuan Affiq dengan Nisa. Bukan disebabkan waris, tapi mama nak kembangkan syarikat arwah papakan?"

"Affiq... Mama..."

"Hurm... Patutlah... Kan aku dah cakap, Hir... Mesti ada sebab lain punya. Nah... Dah terbongkar segala rahsia..." Mama mencerlung tajam ke arah si kembar.

"Betullah, Naz... Kalau tidak, takkanlah suka-suka nak kahwinkan si katik dengan along. Beza gila taste Datin Marina... Along, dahlah hemsem... Tinggi, kacak, bergaya... Tiba-tiba nak digandingkan dengan si katik tak cukup kain... Tak je pelik namanya..."

"Tapi, long... Kenapa sekarang baru along nak menentang mama? Kenapa baru sekarang along nak berubah? Kenapa tidak dari dulu? Kenapa tidak dari awal lagi?"

"Along... Along..." Affiq mati kata. Sejujurnya, kalau disebabkan anak, Affiq berubah, nampak gayanya, Affiq sudah terlambat.

"Kau perasan tak Naz, hari tu Kak Sha beli nasi kerabu."

"Maksudnya, Kak Sha mengidam masa tu..." Affiq memasang telinga perbincangan si kembar. Affiq memang terasa dengan kata-kata si kembar.

"Hurm... Aku pun fikir macam tu... Kau tak rasa pelik ke dengan perubahan Kak Sha? Kak Sha mana makan nasi dagang, kerabu bagai. Tiba-tiba hari tu, Kak Sha sanggup keluar awal sebab nak cari nasi kerabu..."

"Yelah, Hir... Kesian Kak Sha... Agaknya, time tu dia teringin nak makan dengan suami tak guna dia tu. Tapi, si tak guna tu sibuk keluar dengan Datin Marina. Kononnya nak beli barang kahwin dengan si katik tu. Kesian Kak Sha..."

Affiq tergamam.... Kata-kata Ahir dan Anaz terus membuatkan dia teringat hal minggu lalu di mana dia menolak permintaan isterinya untuk menikmati nasi kerabu ketika bersarapan lantaran mengikut kehendak mama yang mahu Affiq, mama dan Nisa keluar membeli-belah barang perkahwinan.

'Ya Allah... Apa yang telah aku lakukan?' Gumam Affiq sebelum meraup wajahnya. Affiq benar-benar menyesal dengan tindakannya pada Shakira. Shakira, isterinya, haknya... Tapi, Affiq sia-siakan hanya kerana mahu mengikut telunjuk mama.

"Affiq, Affiq tolong mama, ya? Jangan batalkan pernikahan Affiq dengan Nisa..." Pujuk mama ketika menghampiri Affiq yang sedang berduka sambil memegang tangan isterinya.

"Affiq tetap dengan keputusan Affiq! Mama tak boleh paksa Affiq!"

"Affiq, mama rayu sangat... Mama tak boleh batalkan majlis ni..."

"Do I care, Datin Marina?"

"Affiq, tolong mama, Fiq... Mama tak boleh..."

"I don't care!" Cantas Affiq. Terhinjut tubuh Datin Marina dengan sergahan Affiq, anak yang selama ini tidak pernah sekalipun membantah kata-katanya.

"Stop pushing me, Datin Marina Mashran... Affiq takkan berganjak dari keputusan Affiq."

"Affiq lawan cakap mama? Affiq bentak mama?"

"Ya! Ya! Affiq benci mama."

"Affiq, sampai hati Affiq... Ini mama, Fiq... Mama Affiq... Mama yang mengandung dan melahirkan Affiq. Affiq nak lawan cakap mama?"

"Datin Marina Mashran... Read my lips... I don't care who you are... Kalau datin paksa saya juga... Baik... Saya akan turut arahan datin." Mama tersenyum lebar. Berkerut dahi Anaz dan Ahir.

"Tapi, dengan syarat..."

"Affiq?"

"Kembalikan anak saya yang telah datin bunuh! Kembalikan anak aku!" Bentak Affiq membuatkan Datin Marina mengundur ke belakang. Ternyata Affiq sudah berubah.

"Kembalikan anak aku! Aku nak anak aku! Anak aku!!!" Jeritan Affiq membuatkan suasana semakin tegang.

"Affiq! Kenapa Affiq jadi macam ni? Ini, mama Affiq!!!"

"Go to hell with you, Datin Marina! Berambus! Berambus sebelum aku buat sesuatu yang bakal membuatkan kau menyesal seumur hidup! Berambus!!!"

"Along, mengucap long. Mengucap... Istighfar long..." Ahir dan Anaz menahan tubuh Affiq dari menghampiri mama.

"Mama, mama baliklah dulu."

"Hei! Aku ni mama korang!"

"Datin Marina Mashran, tolong jangan kusutkan keadaan. Baliklah, mama..."

"Ingat sini, Shaffiq Shazwan! I'm not done with you..."

"Get lost!" Jerkah Affiq dengan renungan tajam.

"Huh!" Sempat mama mengerling ke arah Shakira yang membelakangi mereka di atas katil sebelum melangkah keluar dari wad. Shakira yang sudah lama tersedar hanya mampu mengalirkan air mata. Ini kali pertama, Affiq melawan cakap mama kerana dirinya.

"Selamat pagi, sayang..." Affiq muncul di awal pagi dengan membawa sejambak bunga dan bekal makanan lantas diletakkan di atas meja.

"Sayang rasa macamana hari ni?" Soal Affiq usai mengucup dahi isterinya.

"Kenapa ni, sayang?" Affiq sebak melihat wajah Shakira yang pucat dan lesu. Lantas diusap penuh kasih sayang.

"Tengok ni... Abang bawakan sayang bubur nasi. Abang masak sendiri. Tak tahulah apa rasa... Tapi, in shaa Allah, abang masak dengan penuh kasih khas untuk sayang." Shakira memandang dengan ekor mata, tanpa sebarang reaksi.

"Sayang... Abang suap, ya?" Selama dua tahun mereka hidup bersama, belum pernah Affiq masakkan untuk dirinya walaupun Shakira waktu itu sedang mengalami demam Masak air, jauh sekali. Inikan pula masakkan bubur untuk dirinya.

"Apa yang awak cuba buat ni, Affiq?" Soal Shakira tatkala Affiq mahu menyua sudu yang diisi dengan bubur ke mulutnya.

"Apa maksud sayang?"

"Apa yang awak buat ni?" Affiq melepaskan keluhan. Sudu di tangan diletakkan di dalam mangkuk bubur.

"Abang nak mohon maaf dari sayang."

"Please, jangan bersayang-sayang dengan saya. Saya jijiklah."

"Sayang, please... Abang minta maaf. Abang minta ampun. Tolong maafkan abang, sayang. Abang tahu abang dah banyak buat silap. Abang lukakan hati sayang. Abang kecewakan sayang. Abang buat sayang terseksa. Tapi, abang betul-betul dah menyesal."

"Ya! Memang apa yang awak cakap tu semuanya betul, Fiq! Awak abaikan saya. Abang nafikan saya sebagai isteri awak. Awak ketepikan saya dalam semua perkara! Siapa saya pada awak, Fiq?" Bentak Shakira.

"Awak buat saya tak ubah macam sampah! Macam kain buruk! Awak sikit pun tak jaga hati dan perasaan saya selama ini."

"Sayang."

"Jangan... Jangan bagi saya harapan yang tak pernah wujud..."

"Sayang, please... Abang mohon ampun. Abang berani sumpah, abang dah benar-benar berubah. Abang hanya nak sayang. Abang dah batalkan majlis pernikahan abang dengan Nisa. Tolong jangan buat abang macam ni, sayang... Abang dah menyesal abaikan sayang..." Rintih Affiq sambil menggenggam tangan Shakira.

"Buat macamana, Affiq? Saya buat apa kat awak? Saya tak buat apa-apa, Fiq. Tapi, awak... Awak yang buat saya sakit hati. Awak lukakan hati saya."

"Abang sedar semua tu... Abang sedar. Sebab tu abang nak kita kembali bersama. Abang nak perbetulkan semuanya. I'll fix everything..." Shakira menggeleng.

"Huh! Awak nak perbetulkan apa, Fiq? Perbetulkan apa?"

"Sayang, please... Abang dah menyesal, sayang. Bagi abang peluang. Sekali je... Abang janji, abang perbetulkan semuanya. Abang janji..."

"Sudahlah, Fiq... Sudahlah. Saya tak nak tertipu lagi dengan janji-janji awak. Dah banyak kali saya bagi awak peluang, Fiq. Tapi, awak sia-siakan semuanya hanya kerana mama. Awak tak pernah anggap saya ni isteri awak..."

"Sayang, jangan cakap macam tu... Abang sedar abang bersalah, abang khilaf... Abang minta maaf..." Tangan Shakira digenggam erat.
"Kenapa sayang sembunyikan kandungan sayang?"

"Saya tahu, awak takkan pernah lihat perubahan saya. Selama dua tahun ni, awak tak pernah kisah pun hari-hari penting kita. Bila hari lahir saya? Ulang tahun perkahwinan kita?" Affiq menggelengkan kepala.

"Huh! Memang awak tak pernah ambil tahu langsung pasal sayakan?" Air mata Shakira mengalir membasahi wajah mulusnya.

"Awak tahu tak, Fiq... Saya memang nak surprisekan awak dengan berita gembira ni pada ulang tahun perkahwinan kita yang kedua, minggu depan. Tapi, saya dikejutkan dengan berita pernikahan awak dengan Nisa... Saya salah ke Fiq? Saya salah ke?" Affiq terus mengelengkan kepalanya.

"Saya restu hubungan awak dengan Nisa..."

"Tak, sayang... Abang takkan bernikah dengan Nisa. Itu janji abang... Abang dah menyesal, sayang. Abang menyesal." Affiq mengucup kekura tangan Shakira.

"Saya nak minta satu je, Fiq... Tolong tunaikan permintaan saya, boleh?" Affiq merenung ke dalam anak mata Shakira.

"Permintaan?"

"Ya. Permintaan saya yang terakhir..." Berkerut dahi Affiq.

"Apa maksud sayang?"

"Tolong... Lepaskan saya, Fiq..." Hampir tercabut nyawa Affiq mendengar permintaan Shakira.

"Lepaskan saya dan awak bebas untuk bernikah dengan sesiapa pun..."

"Sayang!"

Another free chapter for janda 3x. Enjoy reading kesayangan.

Share this novel

fira234
2024-09-27 23:32:23 

tengah serius tetiba kene donate pulerr dhla tengh kempis duit nii

DHIA AMIRA
2024-02-02 13:43:02 

skli uc daa... tgu ya ...hihihi ...

DHIA AMIRA
2024-02-02 13:42:42 

bila hati dh tawar...


NovelPlus Premium

The best ads free experience