"Abang..." Shakira menguak pintu bilik bekerja Affiq. Tak sangka ini yang didengarinya.
"Okey, sayang... Esok kita jumpa lagi, ya..."
"Okey, baby... Muah, muah, muah..." Kelakuan Affiq hanya mampu dipandang dengan hujung mata. Jujur, Shakira rasa ingin sahaja dia menumbuk wajah Affiq ketika ini jika dia tidak fikirkan ibunya. Sengaja Shakira membiarkan pintu bilik bekerja Affiq, terbuka.
'Allahuakhbar... Kuatkan hatiku Ya Allah...' Gumam Shakira sebelum melangkah meninggalkan bilik bekerja Affiq sambil memegang dadanya.
Dengan langkah longlai, Shakira melangkah masuk ke bilik kelamin mereka. Sejak dua menjak ini, memang hubungan mereka suami isteri semakin dingin. Dan dalam masa sebulan ini, Affiq hanya sekali menyentuhnya. Itupun ketika Affiq pulang dalam keadaan mabuk.
'Ya Allah, sakitnya aku rasakan Ya Allah... Berapa lama aku mampu bertahan Ya Allah... Apa kurangnya aku, Ya Allah... Apa yang tidak aku lakukan demi membahagiakan mereka, suamiku? Salah akukah kerana tidak mempunyai zuriat?' Gumam Shakira bersama juraian air mata.
"Mana Sha?"
"Entah..."
"Hai... Bini Fiqkan? Takkan tak tahu mana isteri sendiri?"
"Mana along nak tahu kat mana Kak Sha... Sibuk bergayut je." Ujar Shanaz, adik bongsu Affiq.
"Kau..."
"Betulkan? Along tengah mabuk bercinta dengan Kak Nisa. Macam orang tak tahu."
"Nisa?"
"Yelah. Mama yang pandai-pandai cakap nak jadikan Kak Nisa tu isteri alongkan? Dengan alasan nak bagi along zuriat. Macamlah kahwin baru tu boleh terus dapat anak..." Sindir Shanaz.
"Yelah, mama... Kesian Kak Sha. Bengkak mata dia sebab perbuatan mama dan along. Apa salah Kak Sha, mama? Takkan sebab baru kahwin dua tahun takde anak, along dah kena cari isteri baru? Mama yakin ke along kahwin dengan Kak Nisa, dorang boleh dapat zuriat?" Sindir Shahir, kembar Shanaz.
"Kau jangan sibuk. Boleh tak?"
"Along ni tak sedar, ke? Kak Nisa tak ikhlaslah nakkan along. Dia nakkan duit along je..."
"Anaz! Apa yang Anaz merepek ni?"
"Anaz tak merepeklah mama... Semua ni sebab mama. Mama sibuk canang satu kampung kononnya Kak Sha mandul. Mama malukan Kak Sha."
"Hei! Kenapa Shahir marah mama pulak? Salah ke apa yang mama buat?"
"Salah, mama! Anak tu rezeki dari Allah. Bukan kita yang tentukan. Kita sekadar merancang je mama..."
"Hei! Yang korang beria-ia nak back-up budak kampung tu, kenapa?"
"Sebab dia kakak ipar kami, mama! Apa yang kurangnya Kak Sha di mata mama dan along? Hanya sebab Kak Sha gagal mengandung dalam masa dua tahun ni, mama dan along nak cari pengganti Kak Sha?"
"Mama tak fikir ke semua tu ketentuan tuhan? Kenapa tidak along pergi bawa Kak Sha buat pemeriksaan kesihatan. Mana tahu... Kot-kot along yang tak mampu..."
"Hei! Kurang ajar! Aku tak mandullah!"
"Kami tak cakap along mandul. Kami hanya suruh along pergi buat pemeriksaan kesihatan je. Jangan eksyen sangat, long. Kak Sha tu, doktor cakap takde apa-apa... Dia sihat. Cuma belum rezeki je..."
"Mana kau tahu?"
"Sebab kami yang teman Kak Sha berjumpa dengan doktor waktu tu. Dan, kami tahu, Kak Sha dah ajak along, tapi along enggan. Along cakap, along takde masalah. Yang masalah, Kak Sha. Betulkan?" Affiq tertunduk.
"Sudahlah. Makan je."
"Senang hati mamakan? Menantu mama tengah kecewa, mama boleh nak makan je. Mama langsung tak hiraukan menantu mamakan?"
"Sebelum ni, beria-ia mama layan Kak Sha. Menantu mama cantiklah, hebatlah. Pandai masak. Graduan... Hari ni, sebab Kak Sha belum mengandung, mama layan acuh tak acuh je." Celah Ahir.
"Sampai sanggup bawa Kak Nisa masuk dalam rumah ni. Kenalkan dengan along semata-mata mahukan Kak Nisa jadi menantu mama untuk zuriat. Mama bukan tuhan, mama..." Tambah Anaz.
"Sebelum ni, mama yang beria-ia nak along kahwin dengan pilihan mama. Kononnya nanti dapat cucu yang cantik-cantik. Sekarang?" Celah Ahir lagi.
"Hei, yang korang ni beria-ia nak sangat back-up si Sha tu, kenapa?" Soal mama sambil mencekak pinggang.
"Sebab selama ni, Kak Sha tu dah banyak mengalah dengan along dan mama. Along tak bagi Kak Sha nafkah, mama diamkan je. Mama tak tahu ke halal haram semua tu?"
"Huh! Baru setahun jagung, nak ajar mama. Dah hebat sangat ke kamu berdua?"
"Kami tak hebat, mama. Tapi, mama jangan lupa, didikan mama ni akan bawa anak-anak mama ke syurga atau neraka."
Pang!
Satu tamparan hinggap di pipi Shanaz.
"Terima kasih, mama... Demi Allah, suatu hari nanti, mama akan menyesal setelah tahu kebenarnya. Mari Ahir... Kita keluar. Bukan sedap pun masakan mama tu." Si kembar, Anaz dan Ahir, melangkah pergi dengan perasaan sebal.
"Kurang ajar! Entah apalah perempuan tu dah ajar si kembar ni..."
"Dahlah, mama... Makan jelah." Ajak Affiq. Sejujurnya, memang dia turut merasakan apa yang Anaz dan Ahir katakan adalah benar belaka. Tapi, Affiq tak berani nak membantah kehendak mamanya.
Usai makan malam, Affiq menapak masuk ke dalam bilik. Affiq menghampiri Shakira yang terlena polos. Kelihatan sisa air mata berbekas di wajah si isteri. Affiq serba-salah. Bukan dia tak sayangkan Shakira. Jujur, dia sayangkan Shakira. Tapi, Affiq tak berani nak membantah arahan mama.
Perkahwinan yang berlangsung atas desakan mama, dipatuhi demi menjaga air muka mama. Mama sudah banyak membantu dirinya. Menjaga dirinya dan si kembar sejak pemergian arwah papa lapan tahun lalu.
"Maafkan abang..." Rambut Shakira yang menutup sebahagian wajahnya, ditolak ke tepi. Affiq sayangkan Shakira. Terlalu sayangkan Shakira. Tapi, mama... Segala-galanya kerana mama. Dia terpaksa lantaran mama terlalu mahukan pewaris yang bakal menyambung legasi arwah papa. Papa mempunyai sebuah syarikat logisitik yang sememangnya terkenal di tanahair.
Mama yang melarang Affiq membawa Shakira berpindah dari rumah mereka. Mama yang banyak mengawal kehidupannya dan adik kembarnya. Tapi, si kembar melawan dan sering membantah kehendak mama. Tak macam dirinya, yang terlalu akur dengan kata-kata mama sehingga melukakan diri sendiri.
Mama juga yang melarang Affiq mengikut kata-kata Shakira. Kata mama, isteri yang patut patuh dengan kata-kata suami. Affiq juga dilarang menyerahkan nafkah buat Shakira dengan alasan Shakira juga bekerja dan mampu mencari rezeki sendiri. Affiq meraup wajahnya. Untuk melepaskan Shakira atau dalam erti kata lain menceraikan Shakira tidak ada dalam kamus hidupnya.
Jujur, dia sayangkan Shakira. Affiq serba salah di antara patuh kepada perintah seorang ibu yang akan membawanya ke syurga lantaran syurga di bawah telapak kaki ibu. Itu yang sering dimomokkan mama kepada dirinya. Wajah diraup kasar. Apa yang patut Affiq lakukan? Menentang mama dan kehilangan segala keistimewaan atau ceraikan Shakira dan kahwini wanita pilihan mama dan lahirkan zuriat.
"Allahuakhbar... Bantu aku Ya Allah... Aku buntu..." Kaki dibawa ke arah suis lampu lantas suis lampu ditekan untuk menutup lampu di kamar. Affiq berbaring di sebelah Shakira. Wajah cantik Shakira, direnung dalam-dalam. Shakira memang cantik lantaran punya darah kacukan arab dan latin di sebelah ibunya. Mata tertutup rapat ketika jam sudah menginjak ke pukul dua belas tengah malam.
**************************
"Selamat pagi, mama, Anaz, Ahir..." Datin Marina menjeling menantunya
"Selamat pagi, Kak Sha... Kak Sha pergi mana pagi-pagi?"
"Kak Sha teringin sangat nak makan nasi kerabu. Tu yang keluar awal nak cari nasi kerabu ni. Ni, ada Kak Sha belikan nasi kerabu lebih dengan kuih-muih. Jemput makan mama..."
"Wah! Bestlah dapat nasi kerabu. Dah lama tak makan nasi kerabu. Thanks, Kak Sha..."
"Don't mention... Makanlah. Eh, abang mana?"
"Laki sendiri pun tak tahu ke mana ke?" Sindir Datin Marina.
"Maaf, mama... Tadi, Sha keluar, abang tengah tidur. Sha tak kejutkan abang sebab awal lagikan?"
"Takpe, Kak Sha. Naiklah, kejutkan abang. Subuh pun entah ke mana... Susah sangat nak solat subuh."
"Ala, Anaz... Mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasikan?" Sindir Ahir.
"Nak jadi setan agaknya..." Sindir Anaz. Mama mencerlung tajam ke arah si kembar.
"Ish, tak baik cakap macam tu... Sekejap. Kak Sha kejutkan abang..." Sha berlari-lari anak menaiki tangga. Terhenti langkah Shakira tatkala mendengar perbualan Affiq dengan nada yang agak mengada-ngada. Shakira percaya, itu mesti suara Nisa, seperti yang dia ketahui dari si kembar. Dan Shakira pernah melihat gadis seksi bertubuh montok itu di pejabat Affiq.
"Ya, sayang. Nanti abang jemput Nisa. Nisa tunggu abang, ya..."
"Ya, abang tahu."
"Ala, pandailah abang cakap dengan perempuan tu. Sayang jangan risau. Nanti, tahulah abang nak cakap apa."
"Okey, sayang. Love you too..." Talian dimatikan. Jantung Shakira berdegup kencang. Dada dipegang. Ketat, menyesakkan.
'Ya Allah, kuatkan aku Ya Allah...' Gumam Shakira. Dengan langkah longlai, Shakira berpatah semula ke ruang makan.
"Eh, akak... Longlai je... Along mana?"
"Eh, taklah. Along dalam toilet. Mandi agaknya."
"Eh, awalnya bangun. Kalau tidak, payah sangat nak dikejutkan along tu. Ini mesti nak jumpa perempuan montok tu. Mama ikut sekali ke?" Perli Ahir.
"Ahir!"
"Tak baik menjerit depan rezeki, mama. Duduk Kak Sha. Pedulikanlah along tu." Shakira anggukkan kepala lantas melabuhkan punggung di kerusi. Sungguh dia tak selesa dengan situasi sekarang. Jujur, hatinya sakit. Shakira terluka, terseksa selepas mendengar suara manja encik suami berbual di telefon dengan perempuan lain.
Luluh hatinya ketika ini. Hancur sudah hati dan perasaannya. Sungguh dia terluka. Air mata mula bergenang di tubir mata. Cepat-cepat Shakira kesat matanya. Enggan menunjukkan betapa rapuhnya dia ketika ini.
"Makan Kak Sha. Biarkan jantan tak berguna tu. Dia tanggung semua dosa-dosa tu nanti. Pandailah dia menjawab kat akhirat apa yang dia dah buat kat isteri yang tak berdosa ni. Biar dia tarik sekali mama yang menjadi mentor untuk dia curangi isteri dia." Sindir Anaz.
"Huh!" Mama menghempas tangan di atas meja dan berlalu meninggalkan ruang makan.
"Anaz, Ahir... Tak baik cakap macam tu kat mama."
"Kenapa akak baik sangat? Akak biarkan along dan mama kenakan akak... Akak biarkan mama kongkong hidup along. Akak, isteri along. Kenapa akak tak tegur along tu?"
"Tegur apa?"
"Hah! Hidup pun!"
"Hai, tak pernah keluar awal-awal. Buang tabiat ke? Ke... Nak pergi dating dengan si montok tu?"
"Korang berdua ni, satu hari tak cari gaduh dengan along, memang tak sahkan?"
"Abang, duduk minum, bang..."
"Tak payah! Aku nak keluar!"
"Abang, kita dah lama tak minum sama-sama. Sha belikan abang nasi kerabu. Abang sukakan nasi kerabu..." Sepinggan nasi kerabu ditolak di hadapan Affiq bersama secangkir tea tarik, minuman kegemaran Affiq.
"Duduklah, long. Isteri kau dah susah payah keluar pagi-pagi cari semua ni..."
"Aku tak suruh dan kau berdua jangan jadi penyibuk, boleh tak?"
"Kejam sungguh kau, long... Apa salah isteri kau, long sampai kau nak seksa dia macam ni? Dulu along tak macam ni pun... Apa yang ubah hidup kau, long?"
"Apa lagi... Mamalah... Mamalah yang jadi mastermind untuk along kahwin dengan perempuan pillihan mama yang kononnya dapat melahirkan pewaris yang bakal menyambung legasi mama dan arwah papa."
"Diam!"
"Kenapa? Salah ke apa yang aku cakap? Kau ingat, long... Kau buat isteri kau mengalirkan air mata, hidup kau takkan aman damai, long. Kau takkan bahagia atas penderitaan orang lain. Itu kau kena tahu, Shafiq Shazwan..." Sindir Anaz.
Shakira hanya mampu menundukkan kepalanya sambil menitiskan air mata. Jujur, Shakira tak kuat ketika ini.
'Ibu, tolong Sha. Sha tak kuat, bu...' Gumam Shakira. Esakan Shakira mula kedengaran.
"Huh! Sikit-sikit nak nangis... Menangislah sangat! Aku nak keluar!" Bentak Affiq sebelum berlalu. Ternyata apa yang dikatakan Ahir dan Anaz, ternyata benar. Affiq membawa mama keluar.
"Huh! Betul tak apa yang Anaz cakap, Kak Sha? Kami sendiri dengar apa yang mama dan along bincangkan. Dorang nak keluar shopping barang kahwin."
"Kak, sampai bila akak nak berdiam diri je, kak? Akak berhak bersuara. Jangan biarkan diri akak dipijak-pijak along dan mama..."
"Apa lagi yang mampu akak katakan, Anaz, Ahir? Akak tak layak bersuara dalam keluarga ni. Akak tak layak bersuara, dik."
"Tapi, akak berhak halang along dari kahwin lain..." Shakira menggelengkan kepala.
"Akak tak boleh. Mama dah tetapkan segala-galanya untuk along. Akak tak mampu nak bantah kata-kata mama, dik..."
"Tapi, akak boleh halang alongkan?" Shakira menggeleng lagi.
"Tak. Cukuplah. Akak redha dengan ketentuan Ilahi. Akak tak mampu nak bagi along zuriat. Akak tak mampu nak bagi mama cucu."
"Kak... Akak baru dua tahun berkahwin, kak... Anak ni anugerah dan rezeki dari Allah. Belum rezeki untuk akak dan along nak timang zuriat. Baru dua tahun je kak... Bukannya dua puluh tahun..."
"Ya, kak. Perancangan Allah tu yang terbaik, kak... Allah tu Maha Mengetahui. Mesti ada sebab kenapa Allah tak bagi akak dan along anak..."
"Apa yang boleh akak lakukan lagi, Anaz, Ahir? Akak tak berdaya, dik. Along sendiri tak mampu nak membantah arahan mama... Inikan pula, akak yang hanya sekadar orang luar dalam rumah ini..."
"Kak, Anaz akan bantu akak. Anaz tahu, akak sayangkan alongkan?"
"Kami dah dua tahun bergelar suami isteri, Anaz. Mestilah akak sayangkan along..."
"Tapi, along belum tentu sayangkan akak." Shakira terpempam.
"Kalau along sayangkan akak, along takkan curang di belakang akak. Along takkan ikut cakap mama untuk cari isteri lain semata-mata untuk melahirkan cucu buat mama..."
"Anaz... Akak..."
"Kak, orang lain berbelas tahun kahwin takde anak, takde masalah pun. Ini baru dua tahun, kak... Baru dua tahun. Penyanyi nombor satu negara pun dan berbelas tahun kahwin, baru dapat anak."
"Ramai lagi kat luar sana yang kahwin bertahun-tahun belum dapat anak. Setiap perancangan Allah tu, yang terbaik, kak..."
"Akak fikir secara logik. Kalau betul mama kahwinkan along dengan si Nisa montok tu sebab anak, tapi si Nisa masih takde rezeki. Macamana?" Shakira mengerutkan dahinya saat menoleh ke arah adik iparnya.
"Kenapa cakap macam tu?"
"Kak, semua tu tak mustahil, kak..."
"Silap haribulan, along yang ada masalah. Anaz percaya, akak takde masalah. Tapi, along ni... Along ni bodoh sebab terlalu ikut kata mama."
"Anaz, tak baik cakap macam tu, dik..."
"Cuba akak cakap dengan Ahir sekarang. Dibuatnya, mama suruh along ceraikan akak sebab nak kahwin dengan Nisa, akak setuju?" Shakira tergamam. Tidak pernah terlintas di fikirannya untuk mengakhiri kehidupannya dengan gelaran janda dalam usia sebegini.
Share this novel
aha baru dua tahun ok lagi ...