"Macamana, kak? Akak dah bersedia untuk diceraikan?" Shakira tergamam, terkedu. Tidak pernah terfikir sampai begitu pengakhiran kisah hidup mereka berdua. Mereka tidak bergaduh, tidak pernah berkelahi. Tetapi, segala-galanya disebabkan mama.
"Kalau itu yang terbaik buat akak... Akak redha, Ahir..."
"Allah, kak... Tolonglah, jangan lemah sangat..."
"Apa lagi yang mampu akak buat, Anaz, Ahir?"
"Akak kena lawan, kak... Akak kena lawan. Akak ada hak untuk bersuara." Shakira ketawa dalam tangisan.
"Akak... Akak tak mampu. Akak tak mampu..."
"Kak, dengar cakap kami, kak... Along tu bukannya sukakan Kak Nisa. Dia terpaksa sebab tak nak lawan mama. Along tu anak mama, sebenarnya."
"Anaz, Ahir... Jujur, akak memang terluka sangat. Tapi, akak tak mampu nak halang along dan mama. Kalau ini yang terbaik buat kami berdua, akak redha. Akak ikhlas, along kahwin dengan Nisa. Akak restu hubungan mereka. Itu lebih baik dari along ditangkap basahkan?"
"Ah! Itu semua bukan alasannya, kak. Along kena tangkap basah ke, apa ke... Itu bukan alasan. Kalau benda tu berlaku pun, dah tentu itu rancangan mama atau perempuan montok tu..."
"Ahir, tak baik..."
"Kak, jangan baik sangat, boleh tak?" Shakira menggelengkan kepala.
"Sebab itulah, mama dan along pijak kepala akak. Sampai bila-bila pun, akak akan dipijak, kak..."
"Akak baik sangat. Along tu je yang tak pandai nak hargai seorang isteri sebaik akak. Anaz percaya, Nisa tu hanya nak tumpang kesenangan along dan mama je."
"Takpe, Anaz. Kita tengok je apa yang akan berlaku nanti. Akak nak masuk bilik dulu..." Shakira terus berlalu masuk ke dalam bilik kelamin.
"Aish! Kesian aku tengok Kak Sha tu. Apa lagi mama dan along nak buat pada Kak Sha lepas ni..."
"Kita doakan je, Ahir... Tapi, serius... Aku takkan sesekali terima si Nisa montok tu dalam rumah ni. Sumpah! Aku takkan terima kehadiran betina tu..."
"Nampaknya, along ni jadi bodoh sebab mama. Memanglah, mama tu syurga kita sebagai anak. Tapi, takkan sanggup lepaskan isteri sebaik Kak Sha hanya kerana mama mahukan zuriat. Kenapa along tu bodoh sangat? Dia lupa ke, Nisa tu siapa? Nisa tu bukannya baik mana. Keluarga dia dah mufliskan? Tentu ada benda yang dia nak dari mama."
"Atau, mama yang upah Nisa untuk pikat along. Dan dengan alasan, along takde anak. Tak mustahilkan?"
"Ish! Geram aku dengan mama dan along ni... Sampai hati buat Kak Sha macam tu. Mana nak dapat kakak ipar sebaik Kak Sha?"
"Entahlah, Ahir... Tapikan, Ahir... Aku dah buat rancangan aku sendiri..."
"Rancangan apa?"
"Aku akan pindah dari rumah ni bila Kak Sha keluar dari rumah ni nanti."
"Kau tak tipukan, Hir?"
"Huh! Kau ingat aku main-main ke?"
"Taklah. Tapi..."
"Aku dah beli rumah sendiri. Dengan wang simpanan aku dari gaji dan elaun yang kita terima, aku simpan dan aku berjaya memiliki sebuah rumah idaman aku. Walaupun tak besar, tapi, aku rasa, dah memadai untuk kita berdua."
"Kau ajak aku pindah sekali?"
"Kenapa? Kau nak stay kat rumah ni lepas tu tengok sandiwara semasa si Nisa dengan along dan mama?"
"Ish! Simpang malaikat empat puluh empat. Dia ingat dia cantik sangat agaknya... Datang rumah orang tak pernah nak bertutup. Dengan make-up empat inci... Agaknya, kalau dia tak make-up, confirm muka dia macam tunggul kayu..."
"Hahaha... Kau, kalau kutuk orang, bukan main ya..."
"Realiti, Anaz... Aku dah penatlah tengok sandiwara mama ni. Apa lagi yang tak cukup dengan Kak Sha tu?"
"Manusia, Hir... Mana pernah puas dengan hidup. Padahal kehidupan sendiri pun terkontang-kanting. Bila suka sangat aturkan kehidupan orang sampai kehidupan sendiri pun, terabai... Hurm... Tak tahulah nak tegur macamana lagi mama dan along tu."
"Dan sebab itu, aku tak nak serumah lagi dengan mama dan along kalau Kak Sha takde. Rumah aku pun dah siap direnovate. Tunggu nak pindah je."
"Aku ikut kau, ya?"
"Eh, mestilah. Kitakan kembar." Ahir kulum senyum.
"Eh, rumah yang kau beli tu, rumah teres ke, banglo ke, kondo ke?"
"Kondo... Ala, murah je. Nak beli yang mahal, tak mampu... Jadilah, buat tempat melepaskan penat..."
"Yelah. Aku ikut kau, ya... Aku pun tak nak tanggung dosa banyak-banyak."
"Tahu takpe. Nak ikut tak?"
"Ke mana?"
"Nak tengok rumah kita..."
"Eh, nak ikut. Aku nak tengok juga bilik aku."
"Eee, tak malu..."
Dalam bilik, Shakira hanya mampu meratap hiba. Apa lagi yang mampu dia lakukan? Nak halang Affiq, kirim salamlah. Silap haribulan, tangan Affiq naik lagi ke wajah mulusnya. Dua hari Shakira ambil masa untuk hilangkan kesan tapak tangan Affiq. Semuanya disebabkan Shakira mengungkit hal nafkah yang Affiq abaikan.
Tiga hari Shakira tidak bercakap dengan Affiq sebab melarikan diri ke rumah ibu.
Flashback #
Pang!
"Argh!" Terjelepuk Shakira ke katil selepas menerima tamparan dari Affiq.
"Kurang ajar punya betina! Sejak bila kau pandai nak ungkit pasal nafkah ni?"
"Sejak dapat suami bodoh macam awak! Dasar anak emak!"
"Jangan kurang ajar, Sha! Aku ni, suami kau!"
"Suami? Awak mengaku awak suami saya? Bukan ke dengan Nisa, awak cakap, awak dah takde apa-apa hubungan dengan saya? Awak dah ceraikan sayakan?" Tersentak Affiq.
"Sha... A...bang..." Shakira tersengeh. Tergagap-gagap Affiq nak menjawab.
"Stop it, Affiq! Tak perlu berdrama lagi. Saya dah muak. Selama kahwin ni, saya yang banyak keluar duit. Saya kena keluar duit saya sendiri untuk beli barang keperluan saya. Saya keluarkan duit untuk belanja dapur dalam rumah ni! Awak? Mana duit awak kalau bukan awak habiskan untuk buah hati awak!"
"Sha... Bukan macam tu...."
"Sudahlah, Fiq... Lepaskan saya, Fiq... Saya rasa, itu yang terbaik buat kita, Fiq. Awak bebas melakukan apa sahaja dan tiada siapa yang akan sekat kebebasan awak..." Rintih Shakira bersama juraian air mata.
"Sayang, tolong! Maafkan abang, sayang! Abang... Abang tak sengaja!"
"Lepas!" Tangan Affiq yang menyentuh pahanya, ditepis kasar.
"Tak perlu lagi kita teruskan sandiwara ni, Affiq... Saya dah tak mampu nak teruskan. Awak ceraikan saya dan awak boleh berkahwin dengan Nisa. Itu yang mama katakan sebelum ni, kan?"
"Sha... Abang... Abang minta maaf, Sha..."
"Jangan sentuh saya!"
"Sha, please... Abang..."
"Tolonglah, Fiq! Tolonglah lepaskan saya... Awak dah banyak kali menjanjikan bulan dan bintang. Tapi, awak tak pernah tepati segala kata-kata awak tu..." afas digali dalam-dalam sebelum dilepaskan perlahan-lahan.
"Awak terlalu lebihkan mama awak dari saya... Saya isteri awak, Fiq..."
"Sha, ampunkan abang, Sha... Abang salah. Abang takde niat pun nak tampar Sha. Abang tak sengaja, Sha..."
"Sudahlah, Fiq. Sudahlah... Saya dah tak larat nak pertahankan perkahwinan ni... Awak langsung tak nak dengar cakap saya. Bagi awak, mama adalah segala-galanya dalam hidup awak. Pergilah, Fiq. Pergilah...Lepaskan saya dan kahwin dengan Nisa. Itu yang mama mahukan... Saya tak mampu nak bagi awak zuriat."
"Sha, bukan macam tu, Sha... Abang takkan lepaskan Sha. Abang sayangkan Sha..."
"Sayang? Awak sayangkan saya, Fiq? Betul ke Fiq?" Affiq anggukkan kepala.
"Sayang sampai kena naikkan tangan ke muka saya? Itu pengertian sayang pada awak?" Affiq tidak mampu menjawab. Wajahnya diraup berkali-kali.
"Tolonglah... Saya rayu awak, Fiq. Lepaskan saya dengan baik. Saya takkan tuntut apa-apa dari awak. Itu janji saya." Affiq tergamam sebelum melabuhkan punggung di birai katil.
"Mungkin ada hikmah kenapa tuhan tak bagi kita anak, Fiq... Tuhan tahu, awak tak mampu nak jaga anak nanti."
"Sha... Jangan cakap macam tu, Sha... Abang..."
"Abang apa lagi, Fiq? Apa lagi yang awak nak cakap? Hampir dua tahun kita, sekali pun awak tak pernah bawa saya bercuti. Awak asyik dengan mama. Siapa isteri awak sebenarnya, Fiq? Awak lebih dari mampu. Awak CEO. Tapi, tak pernah sekali pun awak bawa saya makan angin. Honeymoon, jauh sekali..." Affiq mati diksi. Apa yang Shakira katakan semuanya benar belaka.
"Saya seorang isteri kepada CEO di sebuah syarikat terunggul di Malaysia. Tapi, sayang... Saya hanya isteri di atas kertas."
"Sha! Apa yang Sha merepek ni? Sha isteri abangkan?"
"Isteri? Pernah awak bawa saya ke majlis yang dianjurkan mana-mana anak syarikat? Pernah awak kenalkan saya pada mana-mana staff awak di syarikat besar tu?" Shakira merenung tajam ke arah Affiq yang tergamam dengan soalan yang diajukan isterinya.
"Awak terlalu patuh pada kata-kata mama tapi, awak lalai dengan suruhan Allah. Awak suruh saya patuh pada perintah awak, tapi, bila saya ajak awak solat berjemaah, awak tolak. Mazhab mana awak ikut, Fiq?"
"Sha, abang tahu abang salah. Abang takde niat nak lukakan hati Sha... Abang cuma..."
"Cuma apa, Fiq? Awak tak mampu nak bantah segala kata-kata mamakan? Awak terlalu agungkan mama sampai awak lukakan hati saya... Untuk apa perkahwinan ini, Fiq? Untuk apa?" Affiq melepaskan keluhan.
"Saya tak sanggup, Fiq... Sejak dua menjak ni, mama selalu hina saya. Mama kata saya mandul. Saya tak pandai layan laki... Betul ke, Fiq? Betul ke apa yang mama katakan tu? Awak je yang ada jawapannya. Tapi, awak sikit pun tak bantah kata-kata mama. Awak biarkan mama hina saya sesuka hati. Awak biarkan mama kutuk saya depan tetamu. Saya takde perasaan ke, Fiq?" Affiq hanya mampu menundukkan kepala.
"Satu soalan saya, Fiq..." Affiq mendongak.
"Betul ke awak nak nikah dengan Nisa? Betul ke Fiq? Jawablah. Saya nak jawapan jujur dari awak..." Affiq menelan air liur yang berpasir.
"Awak diamkan diri bermaksud ianya benarkan, Fiq? Saya terima kalau saya benar-benar mandul, Fiq. Tapi, kita baru nak masuk dua tahun berkahwin. Anak tu rezeki dari Allah. Bukannya hari ni kita bersama, esok dah keluar. Awak tak faham ke Fiq? Kenapa awak tak mampu nak bantah kata-kata mama?" Affiq menggelengkan kepala.
"Sha... Mama mahukan pewaris, Sha... Pewaris yang mampu menyambung delegasi arwah papa."
"Pewaris? Awak bercakap pasal pewaris? Kalau awak kahwini Nisa dan awak masih tidak punya anak, macamana Fiq? Mama akan carikan menantu baru? Mama akan cari isteri baru untuk awak, macam tu?" Affiq mati diksi.
"Sha..."
"Sha! Sha! Sha! Sudahlah, Fiq! Ceraikan saya! Dan selepas ni, awak bebas ikut segala kata-kata mama awak. Saya menyerah kalah..."
"Sha, tolong, Sha! Jangan cakap macam tu... Abang sayangkan Sha... Abang takkan lepaskan Sha!" Rintih Affiq seraya melutut di hadapan Shakira.
"Jangan melutut depan saya, Fiq... Saya bukan mama awak untuk awak sembah... Saya hanya isteri atas kertas..." Rintih Shakira bersama juraian air mata.
"Abang janji dengan Sha... Abang akan berubah. Abang takkan sesekali sakitkan hati Sha. Abang takkan lukakan hati Sha. Abang takkan ikut cakap mama lagi. Abang janji... Tolong abang, Sha... Abang perlukan Sha dalam hidup abang. Abang tak nak kehilangan Sha. Abang takkan kahwin dengan Nisa. Abang janji..." Pujukan Affiq sambil menangis dan memeluk kaki Shakira membuatkan Shakira rasa berdosa kerana membiarkan suaminya melutut di hadapannya.
"Abang sayangkan Sha... Abang janji, abang akan perbetulkan semuanya. Abang akan cakap dengan mama. Abang tak nak Nisa. Abang nak Sha dalam hidup abang. Abang bersumpah, hanya sayang dalam hati abang, bukan Nisa..." Shakira memejamkan mata tatkala mendengar rintihan suaminya. Jujur, Shakira sayangkan Affiq. Tapi, mama... Mama menjadi punca segalanya permasalahan yang timbul. Mama menjadi punca hubungan Shakira dengan Affiq bagaikan telur di hujung tanduk.
Flashback end #
Bila mengingatkan semula janji-janji Affiq beberapa bulan yang lalu, hati Shakira menjadi sebak. Ternyata Affiq lupa dengan sumpah janji yang dilafazkan sebelum ini. Betapa Shakira terluka dengan perubahan Affiq.
"Assalammualaikum..."
"Waalaikumussalam... Masuk Kak Sha..."
"Hah! Panjang umur Kak Sha... Kak Sha tiba tepat pada masanya..."
"Kenapa ni, Ahir, Anaz? Kan waktu ni, memang akak balik..."
"Ni, hah... Kita ada tetamu yang tak diundang, Kak Sha..."
"Anaz!" Jerkah mama.
"Apa, betulkan? Takde siapa pun yang cakap ada tetamu nak datang hari ni... Dahlah datang time orang bekerja. Nampak sangat sengaja je..."
"Kan, Anaz... Dahlah datang rumah orang sehelai sepinggang. Tak reti-reti nak bawa buah tangan." Sindir Ahir pula. Nisa menjeling tajam sambil mengepal penumbuknya.
"Kenapa Anaz dan Ahir ni, kurang ajar?"
"Sebab mama yang ajar..."
"Anaz, jangan cakap macam tu. Tak baik." Tegur Shakira.
"Kak Sha, tak payahlah nak hormatkan mama ni lagi. Mama dah confirm nak kahwinkan along dengan perempuan montok tak cukup kain ni..."
"Huh! Perasan cantik! Dasar pendek!"
"Ahir!"
"Mama, jangan menjerit. Tercabut jantung mama nanti, padan muka." Ejek Ahir.
"Eee, geramnya aku! Berambus kau dua orang! Berambus!" Jerkah mama sambil bercekak pinggang.
"Hahaha... Mari, Anaz... Kita tengok je drama petang ni..."
"Mama, sudahlah tu. Dorang bergurau je..." Pujuk Nisa, berlakon baik.
"Huh! Bergurau? Budak-budak tu semakin kurang ajar!"
"Mama relaks... Nisa okey je. Biasalah tu..."
"Shakira!" Terhenti langkah Shakira nak menapak naik ke biliknya di tingkat dua.
"Ini, mama kenalkan, Nisa..."
"Oh, ini Nisa... Bakal isteri kedua Affiqkan?" Cantas Shakira seraya menghampiri mama dan Nisa. Shakira tidak menyambut huluran tangan Nisa.
"Hurm... Ingatkan dari apa yang mama cakap, Nisa ni nampak vogue, bergaya, macam model... Tapi, Sha tengok... Lar, pendek rupanya..."
"Jangan biadap dengan tetamu mama!" Shakira tersengeh.
"Mama, kalau nak carikan calon pun untuk Affiq, carilah yang setanding. Macam ni nak jadi pasangan Affiq? Jauh langit dari bumi, mama..."
"Sha! Kenapa kurang ajar ni?"
"Sha kurang ajar? Mama ajar tak kami jangan kurang ajar?"
"Dasar menantu tak sedar diri!"
"Ya, Sha memang tak sedar diri. Dulu, waktu mama nak satukan Sha dengan Affiq, mama bukan main lagi puji Sha. Sha cantik, tinggi macam model. Sekarang, mama lebih berkenan dengan perempuan tak cukup tinggi ni? Ingat dapat cari pengganti Sha, tinggi lampai. Taklah pendek macam ni... Katik..." Ejek Shakira sambil tertawa kecil. Nisa menggenggam erat penumbuknya.
"Shakira!" Suara Affiq bergema di ruang tamu.
"Hah! Balik pun bakal pengantin..."
"Apa yang Sha merepek ni?"
"Sha merepek? Awak nak kahwin lain sebab ikutkan cakap mama awak, awak tak merepek? Awak nafikan hak saya, Affiq. Dan hari ni, awak tengking saya sebab katik ni?"
"Sha, jangan melampau!"
"Saya melampau? Awak, mama, katik ni, tak melampau? Memang sengajakan bawak si katik ni datang sini... Nak tunjukkan kat Sha bakal isteri awak?" Mama mencerlung tajam ke arah Shakira.
"Saya dah cakap dengan awak, Fiq... Lepaskan saya. Awak ikutlah cakap mama awak ni... Kahwin dengan si katik ni..."
"Sha, abang dah cakapkan, abang takkan kahwin dengan Nisa..."
"Affiq!"
"Mama, tolonglah, ma... Affiq tak nak kahwin dengan Nisa. Affiq sayangkan Sha..."
"Hei, Affiq! Mama suruh kamu kahwin dengan Nisa sebab mama nak pewaris! Bini kau ni, mandul!"
"Mama, kami baru dua tahun berkahwin, mama. Takkan baru dua tahun dah dituduh mandul? Kenapa mama nak paksa Affiq?"
"Hei! Kamu jangan nak buat hal, ya... Kamu dah janji akan ikut cakap mama. Takkan disebabkan perempuan mandul ni, Affiq nak membantah cakap mama?"
"Mama, mama pernah tanya tak apa yang Affiq mahukan? Pernah ambil tahu tak kenapa Affiq terpaksa ikut cakap mama?"
"Affiq... Mama tak nak kamu banyak cakap. Ikut cakap mama atau kamu akan kehilangan segala-galanya..."
"Mama..."
"Take it or leave it, Shaffiq Shazwan!"
"Allahuakhbar..."
"Tak payahlah nak berlakon, Affiq... Awak yang beria-ia setuju dengan cadangan mama hari tukan?" Afiq menoleh.
"Saya dengar segala-galanya, Affiq. Tak perlu berdrama kat sini... Saya dah cakap dengan awak dari hari tu lagi, Affiq. Lepaskan saya. Dan awak bebas ikut kemahuan mama awak."
"Sha, jangan mengarut. Abang takkan kahwin dengan Nisa..."
"Hahaha... Affiq, Affiq... Habis tu, yang bersayang-sayang bercakap dalam telefon tu apa? Abang sayang Nisa... Apa semua tu, Affiq?" Affiq terkedu.
"Saya belum pekak, Fiq. Tuhan tu Maha Adil... Lepaskan saya dan saya takkan tuntut apa-apa lagi dari awak. Kahwini Nisa sepertimana yang mama mahukan. Kot-kot, lepas ni dapat anak-anak yang katik macam dia juga..." Nisa mencerlung tajam.
"Sha, jangan buat abang macam ni, Sha..."
"Macamana apa, Fiq? Janganlah berlakon nak jadi play victim pulak... Drama awak dah tamat sampai di sini, Fiq. Saya dah malas nak pertahankan perkahwinan yang tak membahagiakan ni... Awak ikutlah mama awak. Syurga awakkan? Saya ni, neraka untuk awakkan?"
"Huh! Ceraikan jelah, Fiq. Dah itu yang dia minta!"
"Mama, tolong jangan campur urusan kami, mama."
"Affiq! Ini mama kamu. Syurga kamu terletak di bawah tapak kami mama, Fiq!"
"Dengar tu, Fiq... Mama tu, syurga awak..." Sindir Shakira.
"Kurang ajar! Ini semua sebab kau, mandul!" Mama menolak Shakira sehingga terjelepuk di lantai.
"Argh!" Shakira menahan kesakitan di ari-arinya.
"Sa...kit... Da...rah... Ya Allah..."
"Sayang!" Affiq menerpa ke arah Shakira yang sedang menekan perutnya, menahan sakit.
"Darah... Sayang, awak mengandung ke?"
"Sa...kit..."
"Mama! Apa yang mama buat ni?" Mama tergamam melihat darah yang mengalir dari bawah skirt labuh yang dipakai Shakira.
Hai kesayangan sis... Jemput baca. Masih lagi free reading.
Share this novel
kluarga konglomerat ... mcm dh wajib nk smbung lgasi guhuhu
saya pun suka kondo tp ipoh xbyk sgt huhuhu ... klu ada pun rege pulakkk
realiti kehidupan... kwin mst nk ada anak huhuhu ...lmbt sikit hah mulalah...