Rate

ONE

Mystery & Detective Series 2132

Pintu rumah banglo itu diketuk perlahan oleh Key. Tangannya bergetar halus.

KLAK!

Pintu rumah banglo itu terbuka perlahan dengan sendirinya. Terlompat Key dibuatnya.

"wargh!!"

Serta-merta lima lagi kawannya menjerit ketakutan. Key tersengih lalu meletakkan jari telunjuknya ke bibir tanda menyuruh mereka diam.

Mereka terdiam, masing-masing terkulat-kulat hairan kenapa si Key terlompat tadi.

Key mula melangkah masuk ke dalam rumah banglo tiga tingkat itu, yang lain pun mengikut masuk. Di tangan masing-masing memegang bagasi besar.

Ya mereka harus tinggal dalam rumah banglo tiga tingkat yang agak terpencil itu.

Di sekeliling rumah banglo itu terdapat pokok-pokok konifer yang tumbuh subur dengan saiz yang pelbagai.

Pemandangan sekeliling rumah banglo itu memang menenangkan hati, tapi....

Tidak bagi Key, Rean, Dean, Alden, Chris, dan Rio.

Bagi keenam lelaki itu rumah banglo itu seperti sebuah gua kelam yang ingin menelan mereka.

Kerana rumah banglo itu meninggalkan satu peristiwa yang mereka tidak dapat lupakan setiap detik dalam hidup mereka.

Selagi Raiden masih di dalam sana.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience