Rate

THREE

Mystery & Detective Series 2132

Ting~ Tong~

Loceng rumah ditekan oleh Rean beberapa kali, tapi tiada sahutan dari Raiden.

Alden yang berdiri di belakang Rean sudah mula menampar-nampar nyamuk yang hinggap di tangannya, Key pula duduk menyandar di dinding rumah. kepalanya tersenguk-senguk menahan kantuk.

"mana Raiden ni, kalau jalan-jalan takkan belum balik kot. agak-agaklah dia ni malam dah kot"

Ujar Rio risau. Rio menuju ke pintu rumah dan menekan loceng rumah sekali lagi,

kreeikk!

Pintu rumah terbuka perlahan, Rio mengeluh lega.

Kemudian mereka berenam masuk ke dalam rumah.

"Raiden kenapa lambat sangat buka pintu kau tau tak kami penat.....eh, mana Raiden"

Ujar Key. Baru dia sedar hanya mereka berenam di ruang tamu itu sekarang.

"Raiden jangan main-main okey! kau tu dah besar haish...lampu pun tak pasang!"

Ujar Dean pula sedikit geram. Dia menghulurkan tangannya ke arah soket lampu lalu menekan soket.

Serta itu ruang tamu menjadi terang.

"DEAN!!!"

Jerit Chris, dia sudah terduduk ke atas lantai jubin.

"kenapa ni Chris?"

Soal Rean sambil memegang bahu Chris.

"Dean...la..lantai tu..." Ujar Chris menunding ke arah lantai yang Dean sedang berdiri.

Segera Key, Alden, Rio dan Rean memandang ke arah Dean.

"what the?!..."

Dean yang juga mandang ke arah lantai yang sedang dipijaknya itu terkejut lalu berlari menuju ke arah kawan-kawannya.

Perlahan Rean menuju ke arah lantai dimana Dean berdiri tadi.

Di atas lantai itu ada tertulis satu ayat yang ditulis menggunakan darah.

"PERGI JIKA KAMU MAHU RAIDEN HIDUP!"

Mereka berenam meneguk air liur, apa maksud ayat itu.

Tap, Tap, Tap...

Kedengaran tapak kaki menuruni tangga rumah. bunyi tapak kaki itu kedengaran menyeramkan.

"Rai....Raiden?"

Panggil Alden, suaranya bergetar halus.

TUP!

Lampu ruang tamu terpadam, mereka berenam terdiam. semakin lama bunyi tapak kaki itu semakin mendekati hujung tangga.

TAP!

Akhirnya tapak kaki itu berhenti. dan lampu ruang tamu terpasang semula.

Dan bila mereka berenam memandang ke arah tangga..sebuah patung perempuan sedang berdiri di sana.

Tangannya menunding ke tingkat atas.

Mata anak patung itu membulat besar, di tubir matanya darah megalir deras.

Darah itu mengalir menuju ke arah dimana mereka berenam berdiri.

Mereka terkaku ketakutan.

KLAK!

Kepala anak patung itu terpotong sendiri lalu rebah. tapi tangannya masih menunding ke tingkat atas.

Rean menggeleng....

please comment.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience