Rate

TWO

Mystery & Detective Series 2132

Ada satu peristiwa yang membuatkan mereka berenam kembali semula ke rumah banglo itu.

semuanya bermula bila....

flashback

2 tahun lalu...

Raiden, Key, Alden, Rean, Rio dan Chris duduk menonton televisyen di ruang tamu tingkat bawah rumah banglo itu.

Hari itu merupakan hari kedua mereka berpindah ke rumah banglo tiga tingkat itu. walaupun kelihatan rumah banglo itu agak terpencil, tapi mereka tetap gembira kerana selepas ini tidak perlulah mereka melayan peminat-peminat yang terlalu obses terhadap mereka hingga sanggup mencederakan orang lain.

almaklumlah mereka ini merupakan penyanyi terkenal abad ini.

"korang! sape nak ikut aku pegi beli barang-barang dapur?"

Tiba-tiba muncul Dean di hadapan mereka dengan senyuman manisnya.

segera Alden mengangakat tanngannya disertai oleh Rio, Chris, Key dan Rean.

Raiden pula masih memfokuskan matanya ke kaca televisyen. mulutnya mengunyah keropok potato chips kegemarannya.

"eh Raiden kau tak nak ikut ke?" Soal Dean.

Raiden menggelengkan kepalanya.

"aku malaslah Dean, lagipun aku rasa macam tak sihat je"

Dean mengangguk. "hurmmm okeylah, ada juga orang jaga rumah..tapi kalau dah rasa tak sihat sangat call aku okey?"

Raiden hanya mengangguk dan meneruskan kunyahannya.

"okeylah Raiden kami jalan dulu nanti kunci pintu, manalah tau kau kena serang peminat"

Ujar Key lalu tergelak kecil. Raiden ikut gelak, dia berdiri lalu mengekori langkah enam orang kawannya menuju ke pintu rumah.

Selepas kereta yang dipandu oleh Dean hilang dari pandangan matanya, Raiden menutup pintu rumah.

Keadaan tiba-tiba menjadi sunyi, suhu ruang tamu juga menjadi sedikit suram. Raiden hairan.

Segera Raiden menoleh ke belakang...tapi...

matanya ditutup oleh satu tangan lembut, manakala mulut dan hidungnya ditutup oleh satu sapu tangan lembut dengan haruman yang menusuk hidung.

Haruman itu membuatkan di lupa segalanya. perlahan dia rebah ke lantai.

Tangan yang menutup matanya perlahan-lahan terbuka. sapu tangan yang menutup mulut dan hidungnya juga terbuka.

Tapi apa yang Raiden lihat hanyalah satu ruang berwarna putih yang tiada titik tengahnya.

Kepalanya terasa sakit bila melihat ruang putih itu, perlahan matanya terkatup rapat lalu dia terbaring di atas ruang berwarna putih itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience