Rean menggeleng, dia tidak mahu percaya. Segera dia berlari ke tingkat atas rumah dimana terletaknya bilik mereka bertujuh.
"Rean jangan!!"
Jerit Alden, tapi tidak dihiraukan oleh Rean. Sebaliknya dia terus berlari ke tingkat atas.
"Dean, bahaya tinggalkan Rean,"
Ujar Key lalu turut berlari menuju ke tingkat atas rumah banglo itu.
"K..key..."
ARGHH!!
Tiba-tiba kedengaran jeritan Rean dari tingkat atas. mereka terkejut lalu berlari naik ke tingkat atas.
Ketika sampai di tingkat atas, Rean terduduk di atas lantai tangannya berdarah.
"Rean kenapa ni?!"
Soal Chris cemas. Chris mengoyakkan sedikit bajunya dan mengikat pergelangan tangan Rean yang berdarah.
Sementara itu Key mendekati sekujur tubuh seorang gadis tergantung di siling rumah.
Kaki gadis itu diikat manakala badannya dibiarkan tergantung. Anggota tubuhnya kelihatan sedikit mereput, terdapat juga ulat-ulat di bahagian luka badannya.
mayat gadis itu memang menakutkan.
Di tangan gadis itu ada satu kertas bersalut darah. itulah sebap Key mendekati mayat gadis itu.
Perlahan-lahan Key mendekati mayat gadis itu lalu ditarik kertas berdarah tadi.
Tiba-tiba tangan Key dipegang oleh mayat itu, Key terkejut.
"Rio!! tolong aku!!"
Rio terus menarik badan Key menjauhi mayat itu, serta itu Rio dan Key terbaring di atas lantai.
"argh!!!! shit!!"
Key menjerit kuat, tangan gadis yang memegang tangannya tadi tercabut dan masih memegang pergelangan tangannya.
Alden segera mencabut tangan gadis yang masih melekat di tangan Key itu.
"buka kertas tu Key" Ujar Alden.
Terketar-ketar tangan Key membuka setiap lipatan kertas itu, hati masing-masing berdegub laju.
"KAMU MEMANG DEGIL!! LEBIH BAIK KAMU PERGI DARI SINI, KALAU TIDAK...AKU AKAN SEKSA RAIDEN MACAM GADIS TU!!"
-RYOUKO NANI-
Mereka memandang ke arah gadis yang tergantung tadi, rupa-rupanya gadis itu masih bernyawa.
Key memejam matanya. tidak sanggup melihat keadaan gadis itu.
Dean menggenggam tangannya, nafasnya turun naik. sungguh dia benci pada orang yang menculik Raiden.
"Ryouko Nani!!! kembalikan Raiden, dia tak buat salah kat kau!!!"
Jeritan Dean bergema dalam rumah itu. Key, Alden, Rean, Chris dan Rio hanya diam.
"pergi....."
Tiba-tiba gadis yang tergantung tadi bersuara.
mereka berenam terus menoleh ke arah gadis itu.
"Tapi Raiden masih kat sini"
Ujar Alden.
"pergi...Ry...o..uko ja...ja..tuh cinta pada Raiden...dia takkan kem..balikan selagi dia be...lum puas ngan Raiden."
mereka terkejut,
"siapa Ryouko Nani?"
Soal Rio.
"De...demon jahat..."
"Jadi bila harus kami jumpa Raiden?!!"
"du...dua..ta..tahun ke..kemudian kamu harus kembali ke ru...rumah ini"
PRANG!!!
Habis saja gadis tadi bercakap sekeping kaca setebal 8 CM jatuh menghempap mereka berenam.
mereka berenam terjatuh.
Mata Key sempat menangkap satu figura sedang tersenyum sinis lalu masuk ke dalam satu bingkai gambar besar.
perlahan mata Key tertutup.
Dan apabila mereka tersedar, mereka terbaring di katil hospital.
Kata pengurus mereka, mereka berenam koma hampir dua tahun.
hai readers, please comment. I want to know, who are you please.
Share this novel