BAB 2

Romance Completed 2723

Aaron cuba menyelamatkan Billy, tetapi tidak berhasil. Billy menghembuskan nafas terakhirnya di situ. Sudah bertahun-tahun dia ‘berkabung’ mengenangkan Billy. Kata-kata terakhir Billy masih terngiang-ngiang di telinganya.

“Hapuskan Gwen. Aku minta pada kau, tolong hapuskan dia. Rancangan rahsia itu adalah kau dan Senna.”

‘Siapa Senna yang kau maksudkan? Manusia atau vampire? Haiwan? Benda? Ahh, serabut!’

Senna berjalan dengan laju untuk menemui pensyarah Biologinya, Puan Fiffy. Dia tercungap-cungap. “Puan Fiffy! Puan Fiffy! Tunggu Senna !” Puan Fiffy menoleh. “Oh, Senna. Ada apa ya cari saya?”

“Puan tahu tak tentang keputusan peperiksaan semester saya? Saya mendapat tahu dari unit peperiksaan bahawa peperiksaan semester itu diumumkan hari ini.”

“Oh, tentang itu ya. Sila lihat di papan kenyataan bersebelahan blok D. Ada ditampal di situ.”

“Kamsahamnida.Saya pergi lihat sekarang ya puan.”

“Semoga berjaya Senna. Saya tahu kamu boleh.”

Senna berlari-lari anak pula menuju ke blok D. Ramai pelajar yang mahu melihat keputusan peperiksaan mereka masing-masing.

“Ramainya orang. Macam mana aku nak tengok ni? Tunggu kejaplah.”

Dia membuka telefon bimbit dan duduk di tepi koridor. Mesej dari bakal tunangnya, Islah.

Assalamualaikum, Senna. Bagaimana dengan keputusan peperiksaan? Mesti dekan lagi.

Waalaikummusalam. Belum tengok lagi. Ramai betul orang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience