BAB 3

Romance Completed 2723

Selang beberapa ketika, mesej dari Islah masuk.

Yelah, bukan awak sorang je yang ambil peperiksaan kan. Semoga berjaya.

Senna menuju ke papan kenyataan di blok D apabila orang tidak ramai. Dia mencari namanya.

SENNA AILA BINTI WIJAYA

Dia melihat namanya di situ dan…

PNGK-3.99. LULUS DENGAN CEMERLANG. MENERUSKAN PENGAJIAN.

“Leganya aku lulus lagi. Aku perlu lipatgandakan lagi untuk semester akhir ni. Berbaki enam bulan lagi rugilah kalau aku main-main. Misi aku empat rata. Senna boleh!”

Senna berjalan balik menuju ke istana. Dia mahu memberitahu khabar gembira itu kepada seluruh isi istana termasuk bakal tunangnya, Islah.

Senna membeli sejambak bunga untuk diberi kepada Islah sempena hari lahirnya yang jatuh pada hari yang sama keputusan peperiksaan semester diumumkan.

Dia berjalan perlahan-lahan supaya tiada orang yang perasan kehadirannya. Senna meletakkan ‘hadiah’ itu di atas meja peribadi Islah.

‘Semoga Islah suka dengan bunga tulip ni. Bukan senang nak dapat. Bertuahlah dia kan. Dapat hadiah bunga. Selalunya perempuan yang dapat hadiah seperti ini.’

Dia mahu mengintip Islah yang sedang tekun membaca buku-buku sejarah. Bertimbun-timbun. Dia melihat dari belakang. Islah menulis sesuatu di nota kecilnya.

AARON.

“Awak buat apa tu?” tanya Senna. Islah terkejut dan menutup buku notanya. “Bila awak sampai? Sempat lagi skodeng saya.” “Mana ada saya skodeng. Awak tu leka sangat.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience