BAB 5

Romance Completed 2723

“Tapi untuk apa awak buat semua ini? Sepatutnya saya merancang majlis untuk awak. Saya minta maaf kerana saya tak buat sesuatu kejutan pun.”

“Lain kali ya. Mari kita duduk. Saya mahu buat pengumuman.”

“Pengumuman apa?”

“Duduklah dulu.”

Senna hanya menurut. Dia panasaran atas apa yang berlaku sebenarnya. Nendanya, Aulia tersenyum melihatnya. Senyuman yang tak pernah lekang dari tadi.

“Saya ingin membuat pengumuman. Dua minggu dari sekarang, saya dan Senna akan bertunang. Mohon doa dari semua agar pertunangan kami berjalan dengan lancar dan kami akan segera berkahwin.”

Semua yang hadir bertepuk tangan dan suasana mula gamat. Senna terkedu. ‘Bertunang? Bukankah tarikhnya enam bulan dari sekarang? Kenapa awal sangat?’

“Islah…sebenarnya saya mahu tanya awak satu soalan. Kenapa tarikh pertunangan kita diawalkan?” tanya Senna.

“Sebab itu memang rancangan saya. Lagipun, saya mahu cepat berkahwin. Tak mahulah ambil masa yang lama. Awak kan tinggal satu semester lagi nak tamat pengajian. Lepas awak dah habis pengajian, kita kahwin.”

“Tak terlalu awal ke?” tanya Senna lagi.

“Tak adalah. Saya rasa dah lewat tu.”

“Terima kasih atas kejuatan awak tu. Saya ingatkan ada kek besar tadi.”

“Sama-sama. Alah, kalau sekadar kek je, saya boleh bagi yang lebih besar dari yang ini tau.” Mereka tertawa sambil menikmati majlis hari jadi Islah.

Aaron memerhati mereka dari jauh. Dia cemburu melihat mereka yang hidup seperti manusia normal.

Dapat berada di bawah cahaya matahari dan menikmati keindahan yang sedia ada.

Tetapi tidak baginya. Berjalan pada waktu siang hanya lima minit boleh menyebabkan dirinya terbakar. Boleh katakan, renting ataupun menjadi abu.

‘Aku rindukan saat-saat seratus tahun dahulu,’ bisik hati kecilnya.

Dan dia pergi meninggalkan mereka setelah itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience