BAB 4

Romance Completed 2723

“Siapa Aaron ?” tanya Senna. “Oo…oh Aaron tu. Tak ada apa-apa lah. Saja je saya tulis. Bagaimana dengan keputusan peperiksaan? Mesti baik kan.”

“Tekalah.”

“Senna, saya ni tak pandai nak teka-tekalah. Awak beritahu je apa keputusannya.”

“Hmm…dekan je,” kata Senna.

“Dekan je?! Itu baguslah. Ada pulak ada perkataan ‘je’ dia tu.”

Senna senyum kecil. Dia tahu Islah bangga dengan pencapaiannya itu. Bukan hanya Islah, tetapi seluruh isi istana akan bergembira dengan pencapaiannya juga. Islah mengajak Senna untuk pergi ke sesuatu tempat.

“Jom kita pergi taman sekarang. Saya bosanlah. Asyik menghadap buku saja.”

“Sekarang? Tapi nenda…”

“Alah jomlah.”

Senna menurut kata-kata Islah. ‘Apa yang istimewa sangat tu? Ah, ikut sajalah.’

Mereka berbual-bual di sepanjang perjalanan ke taman. Islah dan Senna ditemani oleh penjaga masing-masing iaitu Nini dan Daren.

Senna terkejut kerana semua orang berada di taman. Mereka mengadakan jamuan sempena menyambut ulangtahun Islah yang ke-21 tahun. “Eh, semua orang ada dekat sini?”

“Ya, Senna. Kami mahu membuat kejutan kepadamu. Semua ini rancangan Islah. Tahniah ya atas keputusan cemerlang dalam peperiksaan,” kata Petunia

“Terima kasih. Jadi semua ini adalah rancangan…”

“Rancangan saya Senna,” kata Islah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience