BAB 3

Family Completed 492

Waktu Budin tiba di pekan Slim, hari sudah pun rintik. Dia masuk ke
dalam sebuah kedai roti dan kek. Deretan kek yang tersusun di dalam peti
sejuk diperhatikan satu persatu. Sebiji kek yang mempamerkan bendera
Malaysia membuatkan bibirnya membuka senyum.

“Bagi saya yang ini,” suara Budin jelas bahgia. Setelah urusan
pembayaran selesai, dia keluar dari kedai kek tersebut. Hujan di luar
sudah menggila. Mahu atau tidak, dia terpaksa menunggu hujan reda dahulu.

“Budin,” sapa Ariff seraya menyentuh bahu kanan Budin. Lelaki itu berpaling.

“Dah dua kali Sharifah bertanya, kamu kenal ker dengan anak lelaki dia?”
sambung Ariff. Budin kembali memandang wanita berkulit cerah di hadapannya.

“Minggu lepas ada dia datang ke mari berjumpa dengan Puan Zaila,
Pengurus Rumah Budi Kasih. Dia bertanyakan kalau- kalau ibunya boleh
ditempatkan di sini. Dia sanggup membayar seberapa saja jumlah yang
ditetapkan oleh Puan Zaila secara bulanan asalkan ibunya diberi tempat
di sini,” ujar Budin lambat dan kendur. Sharifah terkedu. Apa Budin
sengaja membuat- buat cerita?

“Banyakkan bersabar kak,” Halijah mula memujuk bila bahu Sharifah
tersengguk- sengguk menahan tangis.

“Aku dah sepuluh tahun di sini. Lijah baru lima tahun. Ariff sudah lapan
tahun. Abu dan isterinya sudah dua belas tahun. Daud pula baru setahun
lebih. Mula- mula memang kamu akan berasa janggal tetapi lama kelamaan
tidak ada apa lagi yang mahu kamu harapkan selain dari kematian.
Pengakhiran bagi segala derita dan harapan di hati kita sebagai orang
tua yang tidak dikenang jasanya,” suara Budin pula.

“Zaman sekarang, ada anak- anak yang masih belum kenal erti merdeka bagi
seorang ayah dan ibu. Pemikiran mereka telah dijajah oleh harta, dunia
dan cinta hingga sanggup meminggirkan orang tuanya sendiri di tempat
ini,” hujah Ariff kesal. Halijah dan Daud turut mengangguk setuju.

“Bila Lijah tenguk rumput- rumput di tepi jalan tu, Lijah terasa seperti
itulah diri Lijah. Terbiar melata tanpa perhatian anak- anak. Hidup
tidak ubah seperti jangla.”

“Tak apa Lijah. Satu hari nanti, anak- anak kita pun akan merasa tua dan
ALLAH adalah seadil- adil pencipta. Mungkin pada mereka, inilah
kemerdekaan yang sebenar. Hidup aman tanpa gangguan orang tua!”

“Itu kata- kata dendam bang Budin. Lijah tak pernah berdendam dengan
anak- anak cuma Lijah sedih dengan apa yang telah mereka lakukan pada
Lijah.”

“Sesiapa pun akan merasa sedih Jah, bila anak yang dikandung dan
ditatang bagai minyak yang penuh sanggup membiarkan ibubapanya sendirian
di sini tanpa ada perhatian. Tidakkah mereka merasa kasihan walau
sedikit?” giliran Sharifah pula meluah rasa yang terbuku. Sungguh, dia
tidak menyangka dengan apa yang telah dilakukan oleh Razni.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience