Eva merenung jauh ke luar jendela. Fikirannya kusut ketika ini. Telefon bimbitnya tak berhenti berdering. Bila dah dimatikan bunyi deringannya, mesej pula yang masuk. Bukan satu, bukan sepuluh. Tapi beratus yang masuk. Eva tak mahu lagi melayan karenah Iqram. Eva tak mahu kalah untuk sekian kalinya. Cukup tiga kali dipermainkan oleh seseorang yang sangat dia percayai, dia sayangi selama ini. Tiga tahun membina mahligai... Eva lebih banyak makan hati dari merasai manisnya kehidupan berumahtangga. Eva melepaskan keluhan...
"Jauh termenung..."
"Eh, angah... Terkejut adik..."
"Adik teringatkan jantan bodoh tu ke?"
"Haish... Angah ni... Macamana pun, ngah... Dia tetap suami adik, ngah. Kami belum bercerai pun lagi..."
"Huh! Suami... Suami apa? Suami keparat! Seksa adik sampai keguguran tiga kali. Tu suami?" Esmir menjeling. Esmir memang tegas orangnya. Mereka tiga beradik, tapi Esmir cukup rapat dengannya berbanding Erika, kakaknya. Ini kerana Erika lebih gemar membuat keputusan sendiri berbanding mendengar pendapat adik-adiknya. Erika lebih suka mendengar kata dan pendapat orang lain berbanding berbincang sesama mereka.
Dan sebab itu, Esmir kurang rapat dengan kakaknya. Lagi-lagi setelah Erika berkahwin dengan pilihannya sendiri tanpa mempedulikan adik-adiknya. Kini, Erika hidup digantung tak bertali oleh suami yang tidak berhati perut. Suami Erika... Hidir Hanif, bukan seorang lelaki yang layak digelar suami. Pemalas, kaki judi, kaki betina... Semuanya ada pada seorang lelaki bernama Hidir Hanif. Sampai saat ini, Erika Emelia, kakak Eva yang menanggung kehidupan mereka suami isteri.
Bukan sekali dua, Eva dan Esmir perasan tubuh Erika lebam-lebam dengan wajah yang kusut-masai... Tapi, Erika tetap menyebelahi suaminya. Erika tak sanggup kehilangan Hidir lantaran Hidir kononnya, cinta hati Erika. Pernah sekali, Esmir menumbuk Hidir kerana mencederakan Erika lantaran tidak diberi wang untuk berjudi... Sepatutnya, Erika menasihatkan suaminya... Ini tidak... Erika memarahi Esmir kerana mencampuri urusan rumahtangganya. Bermula dari saat iu, Esmir langsung tidak mempedulikan hal Erika mahupun kisah kehidupannya.
Setiap kali Erika mempunyai masalah dengan rumahtangganya, Eva tempat dia meluahkan. Eva juga sama seperti Esmir. Bukan sekali, laporan polis dibuat selepas Erika dibelasah hampir separuh nyawa. Erika tetap berdegil. Laporan polis ditarik semula. Disebabkan itu juga, hubungan Erika dengan adik-adiknya, tidak rapat.
"Kau jangan jadi bodohlah, kak! Kau tu muda lagi. Kamu masih mampu jumpa jantan yang lebih baik dari jantan bodoh ni. Apa yang ada dengan jantan ni? Apa yang dia dah bagi kat kau, kak... Sampai kau jadi bodoh macam ni...? Kau belajar tinggi sampai mana kau letak otak kau? Jantan sial ni... Jantan sial ni dah seksa hidup kau... Kau tak serik ke, kak?" Marah Esmir selepas melawat Erika di hospital akibat dibelasah Hidir.
"Akak sayangkan Abang Hidir. Akak tak sanggup kehilangan Abang Hidir."
"Bodohlah kau! Sayang...? Kau reti ke maksud sayang? Kau dah dibutakan dek jantan sial tu... Kalau dia sayang kau, kak... Dia takkan sesekali naik tangan kat kau, kak... Itu dayus namanya!"
"Kau tak tahu, Mir... Kau tak tahu perasaan sayang dan cinta tu macamana... Lagi-lagi kalau dah bergelar suami atau isteri... Tak semudah itu untuk kita lepaskan insan yang kita sayang, Mir..."
"Bullshit! Sayang kepala jadah macam tu! Kau buta ke, kak... Kau tak nampak ke apa yang dia dah lakukan kat kau, selama ni? Kau dah kahwin 4 tahun kak... Aku yang jadi wali kau... Dari awal lagi, aku dah cakap, jantan tu menipu kau...Tapi, kau tak percaya. Kau kata aku dengki dengan kau sebab aku takde girlfriend... Aku tak heran kak... Aku boleh dapat bila-bila masa je... Petik jari, berderet perempuan nakkan aku... Tapi, nak mencari seorang perempuan, wanita yang sejati, tak semudah itu. Aku tak nak jadi macam kau, makin tangkap muat je!"
"Watch out, Esmir... I'm your sister!"
"So, what? Kau ingat kau kakak, kau betul sepanjang masa? Aku marah sebab aku kasihan kau, kak... Kau tu kakak aku! Darah daging aku!" Bentak Esmir.
"Akak tak perlukan bantuan kau, Mir... Kau tak suka Abang Hidir, kau boleh blah..."
"Fine! Mir akan pergi! Tapi, ingat kak! Mir takkan tolong akak lagi. Apa yang berlaku dalam hidup akak, Mir takkan campur lagi! Jangan sampai nak mati nanti, baru terhegeh-hegeh nak cari bantuan dari adik-beradik!" Esmir melangkah laju meninggalkan wad yang menempatkan Erika sambil ditemani Eva. Eva melepaskan keluhan.
"Kalau beginilah sikap kau, kak... Sampai mati pun, kau akan jadi orang bodoh. Kau tanggunglah biawak hidup tu. Jangan sampai kau menyesal, kak... Adik malas nak cakap dengan kau... Terpulanglah pada akak... Kalau rasa, badan tu masih mampu nak jadi penyelamat dari dibelasah, teruskan usaha kau... Adik takkan campur tangan lagi dalam urusan akak... Akak sanggup halau angah sebab nak pertahankan jantan sial tu... Ingat kak, jangan sampai along datang cari kau... Adik takkan tolong kau lagi..."
"Adik!" Eva terus melangkah meninggalkan Erika dengan ego yang menggunung... Erika terkedu. Siapa lagi yang akan menjadi pendengar setianya nanti? Selama ini, Evalah tempat Erika meluahkan perasaan... Tapi, pemergian Esmir dan Eva, melenyapkan impian Erika.
"Allah..." Eva melepaskan keluhan. Sudah dua hari Erika ditahan di wad dan selama dua hari ini juga, Hidir langsung tidak menjenguk dirinya. Eva dan Esmirlah yang rajin menemaninya.
"Apalah nasib aku... Allahuakhbar..."
Buk!
"Sial! Apasal kau tumbuk aku?"
"Kau memang jantan sial! Elok kau mampus je dari terus menyusahkan orang!" Berombak dada Esmir menahan amarahnya. Ikut hati, teruk Hidir dibelasahnya. Kebenciannya pada Hidir semkain memuncak...
"Woi! Kurang ajar kau, kan?" Jerkah Hidir sambil mengusap pipinya.
"Aku kurang ajar? Habis, kau?"
"Aku? Kenapa pulak dengan aku?"
"Kau jantan sial yang menghakis duit dan kudrat perempuan...!"
"Hahaha... Perempuan tu, isteri aku! Apa masalah kau?"
"Perempuan yang kau bodohkan tu, kakak aku!"
"Oh, kakak... Siapa suruh dia bodoh sangat!"
"Kau yang bodohkan dia... Kau yang guna-gunakan kakak aku untuk kepentingan diri kau!"
"Apa yang kau tak puas hati dengan aku, hah? Dari awal aku kahwin dengan kakak kau, kau selalu pandang serong dengan aku! Apa masalah kau sebenarnya?"
"Aku benci jantan penipu, hipokrit macam kau!"
"Tapi kakak kau suka aku... Takkan aku nak tolak!"
"Apa yang kau dah bagi kat kakak aku sampai dia
kau bodohkan hidup-hidup? Erika takkan jadi macam tu, kalau kau tak guna ilmu penunduk!"
"Aku peduli apa! Itu bukan masalah kau! Tak perlu campur tangan dalam hal aku dan Erika... Dia isteri aku! Dia wajib ikut arahan aku, suami dia!"
"Suami sial macam kau ni, elok dihumban ke sungai bagi makan buaya... Silap haribulan, buaya pun tak nak kau..."
"Haha... Mana kau tahu buaya pun tak nak aku, hah?"
"Kau ni macam bangkai bernyawa tau... Buaya tak nak makan bangkai!"
"Kurang ajar kau!"
"Kenapa? Terasa? Hei, jantan! Kau dengar sini eh... Segala rahsia kau... Ada dalam tangan aku... Jangan sampai aku tunjuk semua ni kat Erika... Baru kau tahu langit tinggi rendah..."
"Rahsia apa yang kau cakap ni? Rahsia apa?"
"Jangan ingat aku tak tahu kau selalu ke lorong belakang, cari betina, kan?" Hidir terkedu....
"Jangan kau ingat aku tak tahu, Hidir... Apa yang kau buat kat Erika, apa yang kau buat kat belakang Erika, semua aku simpan, Hidir... Aku hanya tunggu masa nak pecahkan tembelang kau..."
"Silakan... Aku tak heran dengan ugutan kau, Esmir...!"
"Bagus! Berlagak jantan!"
"Aku memang anak jantan, Esmir... Bukan macam kau, penakut!" Hidir masih mampu berlagak.
"Kau, anak jantan? Kau simpanlah telur kau! Kau sihirkan akak aku supaya dia ikut semua arahan kau, kau kata kau anak jantan...?"
"Huh! Ada aku kisah semua tu! Yang penting, dia isteri aku sekarang... Talak di tangan aku! Kau rasa, kau dapat tolong kakak kau ke?" Esmir menghela nafas.
"Macam nilah Hidir... Sebelum rahsia kau dengan pelacur kelas atasan tu... Siapa nama dia...? Elin...? Hah, Elin... Sebelum aku sebarkan video kau tengah buat projek dengan betina jalang tu, baik kau pergi tengok bini kau yang macam nak mampus kat hospital tu..." Hidir terpempan.
'Sial! Macamana budak ni boleh tahu pasal Elin...? Tak boleh jadi... Rahsia ni tak boleh pecah... Rosak program aku nanti!'
"Apa yang kau cakapkan, Esmir? Aku tak faham... Elin mana? Siapa Elin?"
"Hahaha... Pandai berlakon rupanya... Sudahlah Hidir... Aku dah muak dengan lakonan kau... Aku dah penat... Aku cuma minta kau lepaskan kakak aku... Itu je... Susah sangat ke?"
"Jangan bermimpi, Esmir... Talak di tangan suami..."
"Kau ni dahlah bodoh.. Belajar tak tinggi. Tapi berlagak bodoh... Itu namanya, bodoh sombong... Bodoh! Kalau tak tahu undang-undang, jangan main cakap je... Orang suruh belajar, kau jadi mat rempit... Agama Islam tu memudahkan... Kau tak nak ceraikan isteri kau... Erika masih boleh minta fasakh... Bodoh!"
"Huh! Aku takkan sesekali ceraikan dia..."
"Kenapa? Kenapa susah sangat nak lepaskan kakak aku, hah? Sebab dia lubuk duit untuk kau? Kerja tak nak... Malas... Tapi, perangai..."
"Itu hak aku, Esmir... Hak aku! Kau siapa nak tentukan hidup aku!"
"Masalahnya... Kau jadikan kakak aku, kuli batak kau...! Kau gunakan kakak aku untuk kepentingan diri kau sendiri... Erika macam orang gila cari duit untuk kau... Biawak hidup yang dia bela dalam terpaksa..."
"Kau cakap jelah apa pun... Aku takkan lepaskan Erika..."
"Kau ni memang dasar jantan sial! Kau dah tak nak dengan Erika lagi, lepaslah... Kau dah ada isteri lainkan? Siapa nama bini kau... Salina... Ke Sally... Betul tak, Hidir Hanif?" Sinis soalan Esmir... Hidir sekali lagi tergamam...
'Sial! Banyak pulak rahsia aku, dia ni tahu...'
"Aku takkan ceraikan dia! Erika isteri aku!"
Buk! Satu lagi tumbukan mengenai pipi Hidir. Pecah hujung bibir Hidir...
"Sial kau!" Hidir cuba bangun, tapi kasut mahal
"Aku takkan bersabar lagi dengan kau, Hidir... Erika dah cukup terseksa selama ni... Aku tak nak tengok kakak aku keluar masuk hospital lagi... Kalau tidak... Tahulah apa yang aku akan buat dengan kau, nanti... Ingat Hidir... Aku ada banyak mata-mata yang bekerja untuk aku... Aku takkan lepaskan kau dengan mudah Hidir! Ingat!" Wajah Hidir dituding dengan hujung ibu jarinya sebelum Esmir melangkah pergi.
Pui! Hidir meludah...
"Celaka kau! Berani kau tumbuk aku? Kau cuba nak ajar aku, eh? Kau belum kenal lagi siapa Hidir, Esmir... Kau tunggulah...! Aku akan ajar kakak kau!"
Ting! Bunyi notifikasi di telefon bimbitnya.
'Jangan berani kau nak sentuh Erika lagi, atau aku akan akan pastikan kau kehilangan satu jari kau... Aku akan patahkan jari kau satu persatu... Jangan bermain dengan api, Hidir... Jangan cuba nak cabar aku... Kau masih belum kenal siap Esmir Ezhan... Kau takkan mampu bertahan...'
"Celaka! Macamana kau boleh tahu apa rancangan aku, hah? Sial!" Carut Hidir. Marahnya pada Esmir masih bersisa... Sejak dia berkahwin dengan Erika, empat tahun lalu, Esmir memang membenci dirinya. Tapi, Hidir tetap percaya, Erika takkan percayakan orang lain melainkan dirinya. Erika Emelia, isteri yang dikahwininya merupakan janda kematian suami sebelum bertemu dengannya. Melihat kehidupan Erika begitu mewah, Hidir yang dahulunya seorang mat despatch, mula membuat rancangan untuk menundukkan Erika lantaran Erika pernah memaki dirinya selepas Hidir secara tidak sengaja terlanggar Erika ketika menuruni tangga dan sekaligus menyebabkan kemeja mahal Erika, terkena air kopi panasnya.
"Hoi! Mana kau letak mata kau, hah?!"
"Maafkan saya, puan... Saya tak sengaja..."
"Maaf, kepala hotak kau! Lain kali jalan pakai mata, pakai kaki... Bukan main jalan je... Tak guna otak! Habis baju mahal aku! Kau ingat kau mampu ke nak ganti baju aku ni!"
"Maafkan saya, puan... Saya betul-betul tak sengaja... Saya nak hantar barang ni, urgent!"
"Urgent kepala hotak kau! Kau tengok baju aku ni! Macamana nak hilang kotor ni? Aku ada meeting penting lepas ni!"
"Puan... Saya akan ganti baju puan... Tapi, kena tunggu gaji saya..."
"Huh! Gaji kau tak mampu nak beli pakaian aku, tau tak! Berambus! Jahanam baju mahal aku!" Marah Erika... Hidir merasa sangat malu saat itu. Lagi-lagi, Erika memarahinya dihadapan orang ramai di bangunan itu. Hidir memang tak sengaja dan dia tidak tahu yang Erika pengarah urusan disitu. Bermula saat itu, Hidir menyimpan dendam dan berjanji untuk menebus malu.
*****************************
Buk!
"Esmir...! Kenaap kau tumbuk aku? Apa hak kau nak tumbuk aku?"
"Kau ni, memang jantan sial! Suami yang paling teruk yang aku pernah jumpa... Ish! Ish! Ish!"
Klik! Klik!
"Hoi! Berhenti! Kenapa kau ambik gambar aku? Korang ni siapa?"
"Relax Iqram... Ni semua, budak suruhan aku... Aku yang suruh dorang ambik gambar kau... Kebetulan... Aku tahu kemana langkah kau..."
"Apa maksud kau, Esmir?"
"Apa maksud aku? Kau tanya, apa maksud aku?" Iqram mengangguk bagaikan orang bodoh. Di sisi Iqram, terdapat seorang perempuan dengan pakaian yang menjolok mata dan hampir terkeluar segala isi...
"Jadi... Kat sini, meeting penting kau? Bukan sepatutnya kau berada kat meeting room? Kenapa ada kat bilik hotel ni...? Emmpphh... Ini bukan bilik kau... Ini bilik perempuan sial ni..." Esmir menoleeh ke arah perempuan seksi di sebelah Iqram.
"Hei betina! Siapa kau? Apa yang korang dah buat, hah?"
"Sa...saya me...nerima a...rahan un...tuk ke sini..."
"Siapa nama kau?"
"Tina, tuan..."
"Berambus dari sini, sebelum aku hantar gambar kau ni kat family kau kat kampung... Jangan ingat kau jauh dari family kau, kau boleh bebas macam ni... Berambus!"
"Baik, baik tuan. Terima kasih..." Laju langkah gadis itu meninggalkan ruang tamu hotel lima bintang.
Buk! Terteleng kepala Iqram. Sekali lagi tumbukan mengenai bibir Iqram dan menyebabkan bibir Iqram pecah. Iqram mengusap bibirnya.
'Sial! Kuat juga tumbukan budak ni!'
"Apa nak jadi kau ni, hah? Bini kau baru keguguran, kau boleh cari karipap baru... Kau tahu tak, karipap baru tu, halal ke haram ke... Bini orang ke, tunang orang ke? Kau tak ambik tahu ke? Silap haribulan... Betina tu ada AIDS... Kau rasa?"
"Apa masalah kau, Esmir?"
"Masalah aku, kau! Kau punca adik aku keguguran! Manusia apa kau ni? Kau boleh tinggalkan isteri kau sorang-sorang kat hospital, sedangkan kau, menipu kononnya ada mesyuarat... Ini mesyuarat kau? Cari karipap baru?!"
"Kau takde hak campur urusan aku, Esmir!"
"Aku takde hak? Eva tu adik aku... Aku yang jadi wali masa dia kahwin dengan kau... Kau tak sedar diri ke, selama ini duit adik aku yang kau kebas? Atau kau memang dah pasang niat nak kenakan Eva?"
"Apa maksud kau, Esmir?"
"Kau ni, sengaja buat tak tahu atau memang bodoh?"
"A...aku tak faham... Aku tak tahu apa yang kau cakap..."
"Play victim, huh?"
"Aku memang ada mesyuarat kat sini... Aku pening kepala... Rakan niaga aku yang bawak aku tumpang bilik dia..."
"Oh really? Ni apa...? Drama pukul tujuh ke? Akasia? Ke sinetron? Berapa episod?" Iqram terdiam.
"Kau jangan berlagak baik, Iqram... Segalanya aku tahu... Semua rahsia kau, aku simpan, aku semat dalam kepala aku baik-baik. Jangan ingat aku bodoh, Iqram... Kau belum kenal aku sebenar-benarnya, Iqram... Jadi, sebelum kau nak sial dengan adik aku... Kau tanya diri kau... Mampu tak kau tahan penumbuk aku...? Tanya diri kau baik-baik... Jangan dengan aku... Silap haribulan, dengan Eva pun, kau tak mampu nak lawan..."
"Mir... Aku minta maaf, Mir... Aku stress... Aku dah banyak kali cuba hubungi Eva... Eva tak balas setiap panggilan aku, mesej aku pun dia tak balas... Aku tak tahu kat mana nak cari dia...!"
"Huh! Tak tahu? Cari betina lain, tahu? Bini kau keguguran, kau boleh tak tahu...? Sedangkan kau penyebab dia keguguran... Suami jenis apa kau ni...?"
"Aku minta maaf, Mir... Aku tahu aku salah... Tolong kau, Mir... Bagitahu aku, kat mana Eva... Eva ada dengan kau ke?"
"Kau ingat aku takde kerja lain ke nak jaga Eva 24 jam...? Kau suami dia... Takkan kau tak tahu?"
"Demi Allah, Mir... Aku tak tahu... Aku dah tanya ak Erika... Tapai, dia pun tak tahu... Kat siapa lagi aku nak tanya, Mir..."
"Kenapa kau tak call aku dari awal? Kenapa kena dapat dua das tumbukan aku, baru kau terfikir nak cari Eva? Kau ni... Memang siallah!"
"Mir... Aku minta maaf... Tolong bagitahu aku, mana Eva... Aku nak minta maaf dengan Eva... Tolong aku Mir... Aku nak minta maaf dengan Eva..."
"Too late, Iqram... Kau tunggu jelah surat dari mahkamah..."
"Surat mahkamah? Surat apa? Apa maksud kau, Mir? Mir... Jangan buat lawak, Mir! Aku mohon, jangan buat hal... Aku takkan lepaskan Eva... Dia isteri aku!"
Buk! Terteleng kepala Iqram. Pening seketika. Iqram mengusap pipinya.
"Aku akan pastikan adik aku selamat di samping aku dari lelaki bergelar suami sial macam kau! Huh!" Esmir berlalu pergi.
"Sayang... Maafkan abang..."
Alhamdulillah... Siap jugak chapter ni... Untuk novel baru ni... Segala jalan cerita dan plot... Banyak memerlukan sis membuat kajian dan berfikir... Lepas ni. bab 5, dah menggunakan ncoins ya... Maaf sangat...
Share this novel