Perasaanku - Fieya Julia
Jika aku tak lagi engkau merindu
Katakan padaku
Sungguh aku merasakannya darimu
Jika aku tiada dalam hatimu
Tak perlu kau buntu
Tak usah kau pertahankannya untukku
Lepaskan saja aku
Dan bila ku sedang berduka
Kau hadir bagaikan tiada apa
Sungguh aku tak mengerti
Siapa diriku sebenarnya di hatimu
Ho-ow-uh-woh
Mengapa ku selalu dibuai dusta dan derita?
Selalu dibelai bicara manisnya
Ku disakiti selalunya
Oh Tuhan, mengapakah?
Salahkah ku ingin rasa bahagia
Selalu dicinta, sentiasa
Ingin kau ada selalunya
Ho-oh, mengapa ku selalu dibuai dusta dan derita?
Selalu dibelai bicara manisnya
Ku disakiti selalunya
Oh Tuhan, mengapakah?
Salahkah ku ingin rasa bahagia
Selalu dicinta sentiasa
Ingin kau ada selalunya
Hoo-oh
Ingin kau ada
Selalunya
Lagu Perasaanku, nyanyian Fieya Julia menjadi lagu kegemarannya ketika ini. Tiada siapa yang tahu, apa yang tersimpan di dalam hatinya ketika ini. Tiada siapa yang tahu, apa yang dia pendamkan selama ini... Tiada siapa yang tahu kesakitan yang terpaksa dia tanggung. Kesakitan demi kesakitan yang terpaksa diterima selama ini. Fizikal mental diseksa berterusan. Dalam masa tiga tahun, dirinya diseksa secara dalaman. Entah di mana silapnya, kasih sayang yang diberi selama ini, tuba yang diterimanya.
Seringkali kau menepis
Tiap persoalan
Ada sesuatu kau sembunyikan
Dari pengetahuanku
Dapat aku merasakan
Ketara perubahan
Setelah jelas terbukti
Sesuatu yang terlarang
Menjadi teman hidupmu
Selain aku
Demi masa hadapan kita
Aku merayu kuncikan keinginanmu
Bernafaslah dalam sejahtera
Kupasti ruang untukmu
Masih ada
Chorus :
Puas sudah ku menghimpun doa
Agar kau berubah
Berpaling membentuk
Impian hidup kita
Namun tiada oh kudratku
Untuk halang keinginan
Suaraku tak berdaya
Menentang kemahuanmu
Sia-sia belaka aku
Berkorban kasih ku padamu
Sekiranya kau
Masih tak ubah pendirian
Yang hanya menjanjikan
Pemergian ngeri
Yang tak memberi erti
(CHORUS )
Demi masa hadapan
Tak sanggup aku
Bertemankan oh kasihmu
Yang penuh dengan fantasi
Terpaksa jua kuundur diri(x 2)
Lagu Putus Terpaksa nyanyian Ziana Zain, mengusik lamunannya... Kedua-dua lagu ini menjadi kegemarannya sekarang. Lagu yang sering dia putarkan berkali-kali tanpa jemu. Entah kenapa, setiap baris dan setiap bait, menggambarkan situasi yang dia alami ketika ini. Air mata mengalir membasahi pipi mulusnya... Teringat saat-saat di awal percintaan. Bulan dan bintang, langit dan bumi dijadikan hadiah buat kekasih hati.
Tapi, kini... Kenapa semuanya hambar...? Hambar tanpa senyuman manis, hilai tawa, gurau-senda. Sang suami bagaikan cuba melarikan diri dan mengelak dari bertembung dengannya. Di mana kesilapannya? Akur dengan kehendak suami yang mahukan privasi sehingga mereka tidur di bilik yang berasingan... Pada awalnya, ianya tidak kelihatan janggal... Tiada siapa yang perasan perubahan sang suami sehinggalah...
"Abang dari mana? Lambat balik..."
"Kenapa awak sibuk?"
"Abang... Kenapa marah-marah ni? Saya risau, abang balik lewat sangat... Abang tak penat ke?"
"Aku penat! Aku penat, tau tak? Boleh tak kau jangan masuk campur hal aku! Suka hatilah aku nak balik lambat ke, apa ke?"
"Abang ni, kenapa? Asyik nak marah saya je. Saya tanya sebab saya risaukan abang..."
"Tak payah nak risaukan aku! Aku dah besar.. Bukan budak-budak lagi kau nak tanya sibuk ambil tahu... Tepilah!"
"Argh!" Tubuh si isteri ditolak kasar hingga terjelepuk ke lantai. Langkah kaki terhenti. Hati berbolak-balik. Nak tolong, tapi, tatkala melihat wajah si isteri... Perasaan benci semakin menjadi-jadi.
"Huh!" Si suami terus melangkah pergi tanpa menghiraukan keadaan si isteri yang sedang mengerang kesakitan.
"A...bang... Tolong saya, bang... Allah... Da...rah... A...bang...!" Namun sayang... Si suami tidak mendengar rintihan si isteri yang sedang menahan kesakitan yang amat sangat. Dalam kepayahan, si isteri mengesot mendapatkan telefon bimbitnya yang berada di meja kopi...
"Allah... Tolong aku, Ya Allah... Allahuakhbar... Tolong aku, Ya Allah..." Darah yang semakin banyak keluar membasahi baju tidur yang tersarung di tubuhnya. Kesakitan yang dia rasai ketika ini, tidak sesakit hatinya melihat perubahan sang suami yang semakin menjadi-jadi.
"Sam...pai hati abang..." Nombor 999 didail, meminta bantuan untuk membawanya ke hospital lantaran darah yang semakin membasahi seluar tidurnya.
"999... Boleh kami bantu..."
"To...long sa...ya... Sa...ya ke...gu...gu...ran..."
"Bertahan puan... Ada sesiapa dengan puan...?"
"Tak... Sa...ya sendirian..." Dalam keadaan begitu, si isteri masih lagi menyembunyikan aib sang suami... Ari-arinya ditekan. Kesakitan semakin menggila. Darah pekat semakin memenuhi seluarnya sehingga mengenai lantai dan sofa.
"Puan, bersabar... Boleh bagi kami alamat rumah puan... Kami akan menghantar ambulance secepat mungkin..." Dengan kepayahan... Si isteri memberi alamat rumah mereka pada operator yang berada di talian...
"Teri...ma ka...sih..." Talian dimatikan. Ari-arinya makin sakit. Kesakitan yang semakin mencengkam.
"Ya Allah... Tolong aku, Ya Allah..."
'Andai ini pengakhiran buatku... Kau peliharailah suamiku Ya Allah. Jangan biarkan dia terpesong jauh... Kasihani aku Ya Allah... Kau lindungilah suamiku...' Rintih si isteri. Doa seorang isteri yang masih mahu menyelamatkan sang suami yang sudah semakin jauh terpesong.
Bukan dia tak perasan dengan perubahan sang suami... Namun, sebagai seorang isteri, apalagi yang mampu dia lakukan selain mendoakan kebahagiaan dan keselamatan sang suami. Tetap berfikiran positif bila memikirkan sang suami mencari rezeki buat mereka suami isteri.
Tapi, hari ini, segala-galanya bakal terlerai. Cukuplah selama ini dirinya ditipu dan dipermainkan. Ini kali ketiga, si isteri mengalami keguguran hanya kerana si suami. Dua kali mengalami keguguran sebelum ini juga angkara si suami. Si suami beria-ia meminta ampun dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi. Sayang... Semuanya hanya dibibir... Untuk kesekian kalinya, dirinya diperlakukan sedemikian rupa.
Tanpa perasaan kasihan atau rasa bersalah, si suami hanya membiarkan si isteri yang menjerit, meraung, meminta tolong. Tiada langsung sekelumit perasaan kasihan pada si isteri. Si isteri tekad untuk meninggalkan sang suami apabila keluar dari hospital kelak. Si isteri tahu, dia berdosa besar melakukan perkara itu. Tapi, apalagi yang mampu dia lakukan apabila sang suami berterusan memulaukan dirinya sehingga nafkah zahir dan batin si isteri diabaikan. Nasib baik juga, si isteri bekerja dan mempunyai butik kecantikkan sendiri.
Si isteri masih mampu bertahan sehingga saat ini. Hampir dua bulan tidur berasingan... Dua bulan yang dirasakan benar-benar menyeksa batinnya. Ada suami, bagaikan tiada. Pernah juga si isteri merujuk pada pakar dan orang yang bijak pandai dalam bidang perubatan Islam... Adakah mungkin si suami terkena benda-benda yang kotor... Realitinya dan jawapan yang didengarinya amat menyakitkan... Sihir pemisah... Sihir yang sentiasa digunakan untuk memisahkan pasangan suami isteri akibat perasan dengki, busuk hati atau mungkin cemburu melihat kebahagiaan orang lain.
Pernah perkara ini dibincangkan dengan sang suami. Tapi, sayang... Si suami enggan mempercayainya. Dan amat menyedihkan apabila si suami menuduh dia menjadi punca semua masalah yang timbul dan si isteri yang mengenakan sihir pemisah.
"Abang gila ke? Mengucap bang... Saya tak sebodoh dan sekejam itu, bang... Kalau betul saya buat sihir tu, dah lama saya tundukkan awak tau! Biar awak ikut cakap saya je... Tapi saya tak buat... Sebab saya tahu dosa, bang... Saya masih waras. Ya... Saya tahu, saya tak sempurna... Saya tak tutup aurat... Saya tak solat... Tapi, awak?"
"Apa kena-mengena pulak dengan aku?"
"Abang suami saya. Abang yang patut didik saya. Ajar saya solat berjemaah, mengaji bagai... Ini tidak.. Abang abaikan saya. Abang biarkan saya dengan dunia saya sendiri."
"Kau...! Jangan kurang ajar dengan aku!" Jari dituding ke arah si isteri.
"Apa? Abang nak salahkan saya semuanya? Abang sendiri balik lewat malam, mabuk! Berdua-duaan dengan perempuan bukan mahram, buat maksiat, abang tak rasa berdosa ke?"
Pang! Terteleng wajah si isteri. Satu tamparan melekat di pipi si isteri. Tangan naik menggosok pipi yang perit akibat tamparan yang pertama kali dihadiahkan sang suami...
"Abang tampar saya? Abang sanggup tampar saya... Sampai hati abang... Abang lupa... Abang dulu hanya kerani cabuk... Saya yang bantu abang hingga berjaya macam ni... Sekarang... Abang tampar saya sebab saya tegur abang... Allahuakhbar..."
"Sayang... A...bang..."
"Shut up!" Tersentak si suami.
"Sayang... Abang..."
"Saya tak sangka, suami yang saya bantu dari zero menjadi sehingga berjaya sebegini... Dah pijak kepala saya... Saya yang bersusah-payah bantu abang hingga abang dah berada di tahap ini... Saya kesal... Saya kesal!" Si isteri berlari masuk ke bilik.
"Sayang! Abang minta maaf..."
"Allah... Apa yang aku dah buat ni...?" Si suami merasa menyesal dengan apa yang telah dia lakukan...
Nauzubulillah min zalik... Dalam dunia yang semakin moden dan serba canggih... Masih ada lagi manusia yang berfikiran bodoh dan kolot sebegitu. Apatah lagi si isteri tahu angkara siapa yang menggunakan taktik kotor demi untuk memiliki suaminya. Orang itu juga pernah menghina suaminya hanya kerana si suami tidak berharta. Orang itu juga yang pernah melanggar suaminya, apabila si suami datang menemui keluarganya untuk meminang.
Apalagi yang mampu si isteri lakukan selain berdoa dan memohon petunjuk dari Yang Maha Esa agar perhubungan mereka kekal bahagia. Entah apa motif si dia yang cuba menggugat kebahagiaan mereka. Pelbagai cara sudah dilakukan untuk menarik perhatian si suami. Tapi sayang... Semuanya sia-sia belaka...
"Nak akak call laki adik ke?" Soalan dari kakaknya menghentikan lamunannya.
"Tak perlu... Biarkan je..."
"Adik... Tak bolehlah macam ni... Laki adik perlu tahu... Kalau dia cari adik, macamana?"
"Jangan risau kak... Dia takkan cari adik lagi. Adik tahu..."
"Dik... Kenapa boleh jadi macam ni? Adik tak kesiankan laki adik ke? Bagitahulah dia..."
"Untuk apa? Nak suruh dia minta maaf, lepas tu buat balik? Akak tahu tak, ini kali ketiga kak! Kali ketiga dia buat adik macam ni! Dah tiga kali adik keguguran sebab jantan sial tu! Takkan adik nak berdiam diri lagi. Cukuplah... Biar adik sendirian! Diapun bukannya kisahpun dengan adik. Dia dah dapat 'karipap' baru... Biarlah..."
"Karipap baru?" Si kakak terlopong...
"Betul ke dik? Mana kau tahu?"
"Mana adik tahu, tak payahlah akak tanya lagi... Adik dah penat nak bertahan macam ni... Adik rasa, dah tiba masanya, kami bawa haluan masing-masing..."
"Dik... Adik jangan buat gila dik... Dia tu laki adik tau!"
"Adik dah tak kisah semua tu! Adik tak peduli!"
"Eh dik... Karipap tu, halal ke haram?" Dia menjeling...
"Haramlah... Selalunya yang haram tu lagi sedapkan? Sebab tu dia tak kisah lagi dengan adik..."
"Akak minta maaf... Akak tak tahu nak cakap apa lagi... Tapi... Apa adik nak buat lepas ni...?"
"Entahlah kak... Adik belum dapat nak fikirkan lagi. Biarlah... Apa yang pasti... I'll follow the flow..."
"Adik nak buat apa?"
"Revenge...!"
"Adik...?"
"Akak jangan risau... Adik tahu nak buat apa... Adik nak rehat dulu, adik kena berpantangkan dua minggu..."
"Adik nak pergi mana?"
"Jangan risau, kak... Adik takkan susahkan akak... Adik takkan buat akak risau. Adik ada je kat sini..."
"Habis tu... Butik adik...?"
"Tiga-tiga butik tu, masih beroperasi seperti biasa. Akak takyah risau... Adik ada pekerja-pekerja yang boleh dipercayai. In shaa Allah... Dorang boleh dipercayai..."
"Kesian adik akak..." Dia simpan senyum bila si kakak mengusap lembut ubun-ubunnya. Ini belum lagi abang ngah tahu pasal hal ni... Confirm, si laki akan menerima satu dua das tumbukan akibat mencederakan dirinya. Bukan tak pernah berlaku... Keguguran kali kedua disebabkan kelalaian si suami, si abang menghadiahkan satu tumbukan hingga menyebabkan bibir di suami pecah dan berdarah.
Dia ingat pesanan abang ngahnya dulu... Bukan sekali dua, abangnya memberi peringatan pada dirinya dan si suami. Berkali-kali... Namun sayang... Si suami masih tak berubah.
"Adik kuat ya...?"
"In shaa Allah, kak... Adik dah lali dengan semua ni... Cuma, kali ini... Adik dah tak mampu nak bertahan lagi. Dah dua kali benda ni berlaku dan ini dah kali ketiga dia buat adik macam ni... I can't stand anymore..."
"Adik tak bincang ke dengan laki adik ke?"
"Bincang apa lagi, kak? Kali pertama tu, bolehlah cakap tak sengaja... Kali kedua... Disebabkan karipap haram jadah tu, dia tolak adik... Ini kali ketiga, sebab yang sama... Akak nak suruh adik bertahan lagi ke?"
"Adik pasti ke, laki adik ada karipap baru?"
"Akak ni kenapa? Akak nak adik jadi macam akak ke? Biarkan je laki tu, walaupun laki tu buat salah?"
"Akak cuma tak nak adik buat benda yang salah... Itu je... Tapi, adik pasti ke, laki adik ada karipap baru?"
"Adik pasti kak... Adik dah jumpa pun buktinya..."
"Habis tu? Adik nak buat apa? Laki adik mengaku ke?"
"Tahu jelah jantan sial tu! Dan-dan, minta maaf menangis bagai... Kononnya dia play victim... Shit! Adik tak bodohlah...! Masakan si karipap sial tu hantar video dorang tengah make love..."
"Astaghfirullahalazim... Betul ke dik? Berat ni dik..."
"Adik takkan paksa akak percayakan semua kata-kata adik ni. Tapi yang pasti, adik ada bukti yang menunjukkan yang jantan tak berguna tu dah main kotor belakang adik."
"Akak tak maksudkan macam tu..."
"Adik dah penat kak. Penat pertahankan perkahwinan ni. Belum lagi dengan perangai mak dia yang tak habis-habis nak tuduh adik mandul... Dah gugur... Nak buat macamana? Ingat adik tak nak anak ke?"
"Mak mertua adik tu, dari awal adik kahwin memang macam tu ke, dik?"
"Ya, kak... Masa majlis merisik dan meminang tu pun, dah nampak lain. Bukan adik je yang cakap, acik dan mak lang pun cakap benda yang sama..."
"Kalau tak suka, kenapa setuju nak terima adik jadi menantu?"
"Terpaksa agaknya, kak... Maklumlah... Adik ni kan bergaji besar dari anak kesayangannya dia tu. Tu yang dia terima..."
"Tapi, akak tengok, adik layan dia elok je..."
"Nak buat macamana... Dah jadi mak mertua pun kak... Kita ni, takde mak... Jadi, adik ingat dapatlah menumpang kasih sayang mak mertua. Lagipun, antara mak kandung dan mak mertua, tarafnya tetap sama di sisi agama, kan? Cuma... Adik ralat sangat dengan mak mertua adik ni... Dah dimanjakan dengan duit, kesenangan, barulah nak baik, nak layan adik... Kalau tidak, kirim salamlah dia nak layan adik baik macam tu..."
"Kesiannya adik akak ni... Kenapa selama ni, adik tak bercerita dengan akak...?"
"Untuk apa, kak? Buruk baiknya pun, dia tetap mak mertua adik. Anak kesayangannya dia tu, dah jadi suami adikpun..."
"Macamana dengan ipar duai adik? Anak-anak buah adik?"
"Sama je, macam sial! Nak kena rasuah dengan makananan, hadiah baru nak tegur... Memang macam sial... Kalau tidak, jangan harap dorang nak tegur adik... Takde langsung nak hormatkan kita... Padahal semua, bertudung litup. Sembahyang tak tinggal. Dah pergi haji, umrah. Adik tahulah, adik ni free hair. Solat pun tunggang-langgang. Tapi, sekurang-kurangnya, ajar anak-anak tu hormat orang tua..."
"Adik tak cakap dengan laki adik ke?"
"Huh! Nak buat apa? Paling kurang pun dia cakap, sabar, sabar, sabar..." Mereka berdua merupakan anak bongsu dalam keluarga. Jodoh bongsu dengan bongsu.
"Tapi, dah ada masalah, pandai pulak cari adik, laki bini... Sebenarnya, lebih kepada nak makan free..."
"Ya Allah... Apa punya perangai tu?"
"Entahlah kak... Adik dah puas bersabar, kak... Dah dua bulan kami tidur berasingan."
"Apa? Dua bulan? Kenapa adik diamkan aje?"
"Adik nak buat apa, kak? Nak mengadu domba kat siapa? Akak tahukan perangai adik macamana? Adik tak suka nak bercerita dengan orang lain... Dan adik prefer diamkan aje. Takkan nak jaja aib suami isteri... Tapi, adik dah nekad. Kali ni, adik takkan berdiam diri lagi..."
"Adik... Akak adakan?"
"Adik taknak susahkan hidup akak lagi. Akak pun lebih kurang je macam adik. Ada suami, macam takde suami... Jadi, adik ambil keputusan untuk buat keputusan sendiri..."
"Adik nak angah tolong ke?" Tiba-tiba suara maskulin seorang lelaki menerpa ke telinganya membuatkan dia menoleh cepat.
"Angah?"
"Kenapa tak nak kongsi masalah dengan kami, dik? Kami tak penting ke dalam hidup adik?"
"Angah... Adik minta maaf. Adik tak nak susahkan sesiapa. Biarlah adik buat keputusan adik sendiri. Adik janji, adik akan jaga diri adik. Adik cuma perlukan sokongan dari angah dan kakak." Si adik memohon simpati. Kuat benar adik mereka ni... Tiada setitikpun air matanya yang mengalir tika ini.
"Adik... Angah akan ajar jantan sial tu!"
"Terpulanglah pada angah nak buat apa dengan jantan tu... Adik dah tak kisah... Dah tentu, dia akan bagi macam-macam alasan nak protect diri sendiri..."
"Adik tak minta cerai ke dengan laki adik tu?"
"Belum. Bukan dalam masa terdekat ni..."
"Maksud adik...?"
"Adik nak balas dendam atas apa yang telah dia lakukan pada adik..."
"Adik nak buat apa?"
"Adalah... Tapi, yang pasti... Adik takkan minta cerai dengan jantan keparat tu... Biar dia sendiri yang lepaskan adik... Kita tengok apa yang akan berlaku seterusnya..."
"Adik... Jangan buat macam-macam dik... Bahaya..."
"Hah! Bahaya? Bahaya untuk jantan dan betina sial tu! Adik takkan mengalah lagi... Cukup-cukuplah... It's time to revenge..."
"Apa yang adik nak buat ni? Adik jangan buat kerja gila..."
"Akak tak perlu risaukan adik... Jaga suami akak tu... Takpun, tinggalkan je jantan jahanam tu. Duduk dengan adik... Kerja dengan adik. Akak boleh jaga salah satu butik adik..."
"Akak tak berani, dik..."
"Sampai bila, kak? Sampai bila akak nak jadi mangsa kekejaman suami tak berguna akak tu? Sampai bila akak nak bela biawak hidup?" Soal angah pula. Si kakak hanya mampu menekur ke lantai.
"Adik... Bagitahu angah... Apa plan adik...?"
"First at all... Adik nak ganggu business dia dulu. Jantan tak sedar diri... Selama ini, adik yang banyak bantu dia... Dari zero adik tolong dia... Hampir lima ratus ribu duit adik habiskan untuk bantu dia... Huh! Dasar tak sedar diri... Adik akan pastikan dia melutut kat kaki adik nanti!"
"Adik... Jangan dik... Tak baik buat macam tu..."
"Tak baik? Habis tu, akak suka tengok adik akak macam ni, terseksa 24 jam...? Ada laki, tapi tengah seronok dengan karipap lain... Macam tu?"
"Akak tak rasa apa yang adik rasa, kak... Selama ni, adik diam je... Kalau dah sampai tiga kali keguguran, akak rasa...? Akak ingat adik tak nak anak ke? Adik dah penat kak dihina, dicaci, dikutuk hanya kerana belum mengandung... Ini dah kali ketiga adik keguguran... Adik dah penat kak..." Dia langsung tidak mengalirkan air mata.
"Adik... Akak minta maaf..."
"Akak tahu tak... Sampai satu ketika, mak mertua adik cakap depan adik ngan jantan tu... 'Susah sangat nak mengandung, kau carilah bini lain... Kahwin satu lagi... Tak salahkan? Kaupun mampu... Mak ni nak rasa pegang cucu.' Akak rasa? Duit ni, semua duit adik tau... Bukan duit anak dia... Duit yang selalu adik bagi dia tu, duit adik... Beli barang untuk rumah dia pun, duit adik... Bukan duit anak jantan dia... Anak dia mana mampu... Selama ni, dok berharap dengan duit adik je... Nak suruh adik diamkan diri lagi ke?"
"Akak minta maaf sangat..."
"Adik... Cukuplah tu... Kurangkan marah-marah... Adik kena banyak rehat. Awak tu baru lepas keguguran..."
"Angah nak ke mana?"
"Jangan tanya angah nak ke mana... Adik rehat. Nanti angah datang bawak adik balik..."
"Tapi, adik tak nak balik rumah tu..."
"Ya. Angah tahu... Jangan bimbang... Kejap lagi angah datang semula." Ujar angah dengan kaki melangkah keluar dari wad kelas pertama...
"Emm... Kak! Akak jangan buat adik stress lagi. Akak baliklah. Biar angah jaga adik... Akak jaga laki akak tu... Jangan jadi pak sanggup. Jangan jadi bodoh!" Sindir angah. Si kakak masih terus menekur ke lantai.
Assalammualaikum... Bismillahirahmannirrahim... Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang... Maka terbitlah karya terbaur sis, Kaish Bersulam Dusta... Jemput support sis...
Share this novel
hihi... sabar sabar
ni bukn suami nii . geram pulakk
saya suka lagu ni . deep