Hampir seminggu kejadian selepas Eva keluar dari rumah kelamin mereka, Eva banyak menghabiskan di kondo mewah Esmir, abang kandungnya. Hanya kondo itu, tempat yang paling selamat untuk Eva berehat dan menghabiskan pantangnya selepas kejadian Eva keguguran kali ketiga.
Walaupun sudah berkali-kali, Eva menerima panggilan telefon dan mesej dari suaminya, Eva sekadar memandang sepi nombor yang tertera di skrin telefonnya. Eva enggan terluka lagi. Gambar mereka berdua di skrin telefon turut telah ditukar. Bagi Eva, bila terpandang seraut wajah suaminya, hatinya menjadi terlalu sakit dan kecewa. Cukuplah tiga kali keguguran... Eva tak mahu benda ini berlaku lagi.
Eva Elyana, anak ketiga dalam adik-beradik yang sudah kehilangan kedua ibu bapanya akibat kemalangan jalan raya, hampir sepuluh tahun lalu. Erika Emelia, kakak sulungnya, Esmir Ezhan, abang keduanya dan dirinya, selaku anak bongsu dalam keluarga cukup rapat dengan adik-beradiknya terutama dengan Esmir. Esmir cukup menjaga kebajikan dan keselamatan adiknya... Dilahirkan dalam keluarga kacukan, Turki dan Malaysia, menjadikan Eva menjadi kegilaan ramai lelaki ketika remajanya.
Jodoh dan pertemuan kuasa Tuhan... Eva bertemu dengan Iqram, lima tahun lalu di sebuah majlis makan malam syarikat milik suaminya. Ketika itu, Eva hanya seorang model sambilan yang memperagakan barang kemas ciptaan syarikat, tempat Iqram bekerja. Kecantikkan Eva, menarik minat ramai lelaki termasuk Iqram. Pada mulanya, Eva hanya melayan Iqram sebagai kenalan biasa... Namun, hati dan perasaan tidak mampu menipu, bila Iqram memberanikan diri mempelawa Eva untuk makan malam dan sekaligus melamar Eva menjadi kekasihnya selepas hampir enam bulan berkawan.
Eva melepaskan keluhan bila teringat kenangan lama. Eva berhasrat mahu memulakan kehidupannya sendiri, tanpa kehadiran seorang suami disisi. Eva sedar, dia berdosa... Berdosa kerana keluar dari rumah kelamin mereka tanpa izin dari seorang suami... Tapi, apalagi yang boleh Eva lakukan selain bersabar dan bersabar. Eva bimbang ketahanannya tidak kukuh lantas penceraian yang akan terjadi. Eva tidak mahukan penceraian. Eva masih sayangkan suaminya...
Eva tahu, apa yang berlaku bukanlah atas kehendak mereka suami isteri. Tetapi, keengganan Iqram Irman, suaminya untuk mengikut Eva bertemu dengan mereka yang bijaksana dalam ilmu perubatan Islam, membuatkan Eva menjadi marah dan kecewa. Iqram tidak percaya dengan apa yang telah diperkatakan. Bagi Iqram... Ini hanya benda mengarut, tahyul...
Flashback #
"Jomlah bang... Kita jumpa dengan ustaz tu sekejap. Bukannya lama pun. Abang tak sihat tau..."
"Ish! Sayang ni kenapa, hah? Percayakan sangat benda-benda tahyul tu... Jangan nak mengarut... Ini semua kerja syaitan, tau tak! Entah-entah, awak yang buat abang macam ni tak?"
"Astaghfirullahalazim... Apa yang abang merepek ni? Saya kalau betul nak buat awak, bang... Saya bodohkan awak, tau... Biar abang dengar cakap saya je... Tak payah nak balik rumah mak bapak awak tu... Awak nak ke saya buat macam tu...?"
"Hai sayang... Berani ke nak abang macam tu? Tak takut dosa ke?"
"Oh.. Tahu pulak nak cerita pasal dosa semua... Awak tak nak sembahyang, berpoya-poya dengan kawan-kawan perempuan abang tu, tak takut dosa pulak?"
"Hei! Jaga mulut awak sikit ya..."
"Kenapa? Saya salah cakap ke? Saya takkan cakap kalau saya takde buktilah, bang... Ini apa? Ini apa ni... Bukan awak ke dengan perempuan gatal kat kelab? Awak ingat saya ni buta ke?" Gambar Iqram dengan beberapa orang perempuan yang berpakaian menjolok mata, disuakan di hadapan matanya.
"Ma...mana sayang dapat ni...?" Tergagap-gagap Iqram.
"Kenapa gagap? Takut? Sebab rhsia awak dah pecah...?"
"Bu...Bukan macam tu, sayang... Itu semua kawan je..."
"Oh, kawan... Bercium, perpegangan tangan, berpeluk bagai... Kawan? Abang tak malu ke?"
"Sayang... Abang ada meeting dengan kekawan business... Dorang ajak sekali berkaraoke... Salah ke? Sekali-sekala habiskan masa dengan kekawan... Bukan selalu..."
"Pandai pulak abang bagi jawapan... Abang tak payahlah nak auta saya, bang... Saya lahir dan dibesarkan di bandar, bang... Bukan anak orang kampung... Abang ingat saya tak tahu ke... Ini Nina, kan? Anak mak uda Tipah... Macamana dia boleh ada dengan abang? Abang jangan nak macam-macam, bang... Jangan sampai saya report kat family awak, nanti..."
"Eh, yang... Janganlah... Memang itu, Nina... Abang pun terkejut jumpa dia kat kelab hari tu. Nia ada reunion dengan kekawan dia... Kebetulan bertembung dengan abang... Itu je..."
"Bertembung... Oh... Habis tu, kalau bertembung... Reunion ke... Takkan sampai ke karaoke...? Bila saya ajak abang pergi karaoke dengan kekawan saya, abang tak nak... Apa yang seronok sangat dengan kekawan awak tu? Sebab ada GRO kat situ, eh?"
"Yang... Jangan fikir macam tu, yang... Nina tu secara kebetulan je bertembung..."
"Kebetulan... Pelikkan? Kat kampung, bertudung litup... Berjubah 24 jam... Kat bandar... Fuh! Terbang tuduh labuh bagai... Pakaian semua tak cukup kain... Kenapa eh? Culture shock eh?"
"Ma...manalah abang tahu... Abang tak jaga Nina, pun..."
"Abang tu abang sepupu Nina, tau... Pangkat abang pada Nina... Sepatutnya abang tegur Nina... Saya pakai skirt pendek, awak marah... Ni, adik sepupu awak, elok je awak peluk bagai... Tak takut pulak awak dengan dosa pahala..."
"Yang... Jangan fikir yang bukan-bukan, yang... Abang..."
"Sudahlah, bang... Saya sebenarnya dah malas nak ambil tahu hal abang lagi. Setiap kali saya cakap, saya tegur, abang selalu bagi alasan... Saya nak bawa abang berubat sebab mak awak sendiri yang suruh. Lagipun, tak salahkan kita mencuba. Bukan nak suruh percaya seratus peratus. Tapi, tolonglah... Saya dah penatlah dengan mulut-mulut keluarga awak..." Eve melepaskan keluhan.
"Sayang... Abang tak apa-apalah..."
"Itu kata awak, bang... Semua orang nampak perubahan awak... Saya, isteri awak tau, bang... Saya lagi kenal awak luar dalam. Saya boleh rasa perubahan diri awak... Kita ikhtiar je bang..."
"Ish, taknaklah! Abang tak percayalah benda karut-marut ni... Dorang ni lebih nakkan duit je... Bukannya betul pun..."
"Abang... Saya tak suruh abang percaya pun... Cuma, saya nak ajak abang sama-sama ikhtiar je cari jalan penyelesaiannya... Saya boleh rasa bang, perubahan awak..."
"Perubahan apa lagi, yang...? Abang tak tak rasa abang dah berubah..."
"Ish, abang ni! Cubalah dengar cakap saya, bang... Saya dah penat tau... Selama ni, saya ikutkan aje semua cakap abang... Saya minta ni, sekali je... Sekali je... Dengar cakap saya... Ikut saya berubat, tu je... Duit belanja semua saya yang tanggung... Satu sen pun duit awak tak keluar... Awak sebenarnya takut duit awak keluar, kan?"
"Bu...bukan macam tu, yang..."
"Habis tu? Saya dah penatlah bang dengan karenah abang ni... Abang lupa ke, selama ni, duit saya yang awak guna... Dari awal awak berniaga untuk modal sampai sekarang ni, duit saya yang abang guna tau... Nak kata awak tak untung... Dah setahun berniaga... Mana duit awak, bang...? Sekali je saya dapat merasa duit business awak tu... Sekarang ni, hampir semuanya, saya yang tanggung... Apa lagi yang tak cukup, bang...?"
"Yang... Sayang mengungkit ke?"
"Ni bukan nak ungkit, bang... Ini realiti yang terpaksa sayangtanggung sebab abang. Abang dah lepaskan semua tanggungjawab tu kat bahu saya seorang diri... Abang tu, makin lama makin kedekut... Dahlah balik rumah keluarga awak pun, duit saya yang banyak guna... Tu sebab saya ajak abang pergi berubat..." Iqram menekur ke lantai.
"Saya dah tak larat nak tanggung semuanya, bang... Dari A sampai Z, saya yang kena tanggung... Abang, suami, ketua keluarga. Sepatutnya, ini tanggungjawab abang tau... Sekali-sekala saya tolong, takpelah... Ni dah berlarutan... Awal-awal abang berniaga dulu, bolehlah saya tak berkira sangat... Ni dah lebih setahun... Nak masuk dua tahun... Takkan saya juga yang kena tanggung semua? Saya pun ada impian saya sendiri, bang..."
"Nak berjalan pun saya susah tau, sebab saya hormat kata-kata abang yang tak izinkan saya keluar tanpa abang... Tapi, abang... Suka-suka je berpoya-poya dengan perempuan kat luar sana... Siap ada adik sepupu yang tiba-tiba je pakai pakaian yang tak cukup kain... Abang ingat saya ni, apa? Tunggul... Kat rumah ni?"
"Sayang... Abang..."
"Saya ada cita-cita saya sendiri, bang... Takkan selamanya, saya nak jadi bankers abang? Saya ajak bercuti, abang tak nak. Kononnya... Sayang nak tinggalkan syarikat... Padahal, kalau awak nak tahu, bang... Rezeki suami akan bertambah kalau tak kedekut dengan isteri... Tau tak?" Iqram menggeleng.
"Dah tahu diri tu tak pandai, belajarlah... Ajak dengar ceramah agama pun tak nak... Solatpun, tunggang langgang. Rezeki tu dari Allah, bang... Abang tak takut ke, Allah tarik balik semua yang awak ada hari ni?"
"Sayang... Sayang, janganlah doa macam tu... Abang minta maaf... Abang takde niat pun nak buat macam tu... Tapi, hakikatnya, abang tak rancang macam tu pun... Nina pun... Abang tak pernah call dia, tak pernah jumpa dia... Tiba-tiba je bertembung..."
"Saya bukan bercakap pasal Nina je, bang... Tu perempuan-perempuan lain tu? Siapa dorang tu? Abang jangan sampai saya minta semua duit saya tu, bang... Bukan sikit tau saya laburkan kat abang... Hampir lima ratus ribu ringgit tau..."
"Eh, yang... Abang dah bayar kan...?"
"Abang nak saya mencarut ke, apa? Abang bayar saya tak sampai seratus ribu tau... Bermakna masih ada empat ratus ribu ringgit lagi..."
"Biar betul, yang...? Abang dah bayarlah..."
"Encik Iqram Irman... Saya masih simpan semua bukti, bang... Bila berkaitan dengan wang... Saya takkan main-main..."
"Yang... Dengan suami pun nak berkira ke?"
"Encik Iqram Irman... Wang yang saya laburkan tu, lima ratus ribu tau... Bukan lima puluh ringgit... Tu kena tahu, tau... Bukan satu angka yang kecil tau... Lima ratus ribu ringgit Malaysia... Tapi, sampai sekarang, saya tak merasa langsung keuntungan abang... Mana perginya, bang...? Saya pelik tau... Saya tak nampak pun, bang..."
"Yang... Abang tengah usahalah ni... Untung tu dah ada, yang... Abang simpan dulu. Standby untuk kecemasan..."
"Untuk kecemasan?" Iqram mengangguk.
"Fine... Saya tunggu... Abang jangan lupa, ya... Kita dah ada perjanjian bertulis. Peguam saya dah siapkan semuanya... Jangan bila dah dapat duit, abang lupa hutang abang pulak... Setiap sen yang abang pinjam sebanyak lima ratus ribu ringgit tu, perlu dibayar... Saya tak minta bunga ke, pokok ke... Tak! Cuma saya nak abang abang bayar duit yang abang pinjam sebanyak lima ratus ribu ringgit tu je..."
"Nantilah yang... Abang ada duit nanti, abang bayar... Abang janji..."
"Jangan asyik berjanji je bang... Tu duit arwah mama saya... Dan sebahagian besarnya duit saya... Saya pun ada tanggungjawab saya kat butik-butik saya tu..."
"Ya, yang... Abang tahu. Abang janji..."
Flashback end #
Eva bukanlah kejam sangat. Tapi, apa yang Eva lakukan lebih kepada mahu berhati-hati. Cukuplah sebelum ni, keluarga Iqram banyak mempergunakan dirinya hanya kerana mahukan duit. Memandangkan Eva merupakan menantu bongsu dalam keluarga Iqram dan yang paling mewah hidupnya, Eva bagaikan ATM bergerak buat mereka.
Selepas setahun berkahwin, Iqram berhasrat mahu membuka syarikatnya sendiri. Dengan kepakaran yang dimiliki Iqram sebagai salah seorang pereka barangan kemas, Iqram mahu membina syarikat sendiri yang menghasilkan dan mereka bentuk barangan kemas atas label namanya sendiri.
Eva sebagai isteri, tentu sahaja bersetuju dan menyokong hasrat suaminya seratus peratus sehingga bertindak membenarkan Iqram menggunakan duit simpanannya sebanyak lima ratus ribu ringgit. Tetapi, Eva seorang yang bijak pandai dan berhati-hati bila berkaitan dengan wang. Iqram dan Eva membuat perjanjian bersama dan disaksikan oleh peguam yang diupah Eva. Segala dokumentasi berkaitan pinjaman sebanyak lima ratus ribu itu, dibuat dengan teliti.
Apa yang Eva lakukan lebih kepada menjaga haknya selaku orang yang memberi pinjaman dan Iqram sebagai peminjam. Iqram berjanji akan membuat pembayaran selepas setahun. Namun, sehingga kini, satu sen wang keuntungan tidak pernah Eva rasa. Nak kata takde untung, mustahil. Double II Goldsmith, antara pengeluar barang kemas terkemuka kini... Mana mungkin tiada keuntungan...
Eva secara langsung bertindak sebagai pemegang saham di dalam syarikat itu dan tentu Eva tahu segala operasi keluar masuk aliran wang. Dari belanja syarikat, pembelian bahan mentah, upah pekerja termasuk elaun and kerja lebih masa, promosi dan sewa bangunan, semuanya dibawah kendalian Eva.
Tapi, setiap kali, isu wang dibangkitkan, Iqram pasti akan memberi pelbagai alasan. Yang peliknya, setiap kali, juruaudit datang membuat analisis kira-kira, semuanya lengkap. Tiada langsung masalah. api, Eva, berkelulusan tinggi dalam bidang perakaunan dan mungkin Iqram lupa mengenainya. Satu ketika, Eva dapat menangkap penipuan yang dilakukan oleh Iqram sendiri. Ternyata keuntungan syarikat emas miliknya mencapai keuntungan seratus peratus. Jadi, bagaimana Iqram boleh mengatakan syarikatnya tidak untung?
Bila disoal siasat, Iqrram mengatakan yang sebahagian keuntungannya di simpan di dalam simpanan tetap a.k.a. fixed deposit. Iqram beria-ia menunjukkan bukti. Apa yang dia lakukan lebih kepada menjaga kewangan syarikat sedangkan Eva tahu, apa yang berlaku sebenarnya. Mana mungkin, Eva boleh tahu? Bekas kekasih Eva, Nuh Najman merupakan pengurus di bank yang dikatakan Iqram, tempat menyimpan wangnya disimpanan tetap.
Flashback
"Awak jangan buat hal, bang... Saya paling pantang dengan orang yang suka menipu ni... Awak lupa ke, bang... Saya ni bekas akauntan bertauliah tau! Saya ada master dalam perakaunan...!"
"Yang... Sorry, yang... Abang minta maaf..."
"Baik awak cakap dengan saya... Apa yang awak buat dengan duit tu...? Cakap dengan saya, bang!"
"Sabar, yang... Sabar... Ok, ok... Abang cakap... Abang melabur..."
"Melabur? Melabur apa? Syarikat apa?"
"Emm... Adalah... Kawan abang rekomen... Dia bagi jaminan pelaburan abang akan mendatangkan keuntungan..."
"Saya tak kira... Pelaburan tak pelaburan. Sekarang, saya nak duit saya... Saya nak duit saya, bang... Pulangkan duit saya... Bayar sekarang!"
"Sayang... Tolong abang, yang... Jangan macam ni... Bank dah tutup ni... Mana abang nak cekau duit tu?"
"Baik! Saya bagi abang tempoh sehingga esok petang... Sebelum pukul tujuh petang, saya nak duit saya... Kalau tidak, saya akan lapurkan pada share holders tentang penyelewengan abang! Ingat!"
"Ok, yang... Ok... Abang janji!"
"Huh!" Eva melangkah keluar dari pejabat Iqram. Setiausaha Iqram hanya mampu menggelengkan kepala. Linda a.k.a Aslinda Aliff sudah dua tahun bekerja sebagai setiausaha Iqram... Linda sudah masak dengan perangai Iqram yang memang suka melengah-lengahkan kerja dan gemar berpoya-poya. Sedangkan di awal kemunculan Linda, Iqram seorang yang sangat setia dengan Eva, isterinya.
Linda sendiri menyimpan segala rahsia Iqram... Tentu, Linda tahu semua jadual kerja Iqram. Tapi, apa yang pelik, Iqram tidak membenarkan Linda mengambil tahu perihal kewangan syarikat dan juga destinasi Iqram. Iqram sendiri yang akan membuat booking hotel atau tiket jika dia mahu ke mana-mana. Alasan yang dia berikan pada Linda, tidak sama dengan alasan yang dia berikan pada Eva. Linda masih bertahan hanya kerana gaji yang ditawarkan Iqram agak lumayan.
Flashback
"Linda... Saya akan ke Johor hujung minggu ni..."
"Berapa lama Encik Iqram?"
"Rasanya empat hari... Hari Jumaat ni, saya akan naik flight ke sana..."
"Encik Iqram nak saya booking flight ke?"
"Tak payah... Semuanya saya dah settle... Saya pergi pun dengan rakan niaga... Ada mesyuarat penting dengan share holders dari Johor..."
"Oh... Baiklah Encik Iqram. Err, Puan Eva dah diberitahu ke hal ni...?"
"Sudah... Saya dah inform Eva... Kami akan pergi berasingan sebab saya ada golf dengan rakan niaga... Eva mungkin sampai Sabtu sebelum meeting nanti..."
"Baik, Encik Iqram..."
"Sayang..."
"Ya..."
"Abang ada perbincangan dengan rakan niaga baru merangkap pelabur abang kat Penang..."
"Pelabur baru?"
"Ya, yang..."
"Bila tu, bang?"
"Hujung minggu ni... Abang naik flight... Lagipun, dorang tak dapat turun ke sini. Jadi, abang diminta untuk ke sana."
"Berapa lama abang akan berada di Penang?"
"Dalam empat hari rasanya. Tengoklah... Kalau cepat habis, abang baliklah... Malas pulak nak berjauhan dengan sayang abang ni..." Hidung mancung Eva dicuit mesra. Eva tersenyum lebar.
"Alhamdulillah... Rezekikan bang dapat pelabur baru ni..."
"Ya, yang... Abang gembira sangat bila dengar ada orang besar nak melabur dalam syarikat kita..."
"Abang nak saya tolong ke? Nak saya ikut ke?"
"Abang rasa tak perlu kot... Untuk permulaan ni, biar abang je yang jumpa dorang dulu. Kalau urusan kita berjaya, abang abakn bawak sayang bertemu dengan pelabur baru kita... Macamana?"
"Saya ok je, bang..."
"That's my girl..." Pipi Eva dikucup mesra... Iqram tersengeh bila memikirkan rancangannya berjaya.
Assalammualaikum... Jemput baca... Untuk 4 bab awal ni, tak berapa panjangnya patah perkataan... dah masuk bab kelima dan seterusnya, sis bagi panjang-2 sebab unlock chater...
Share this novel
sgtt plabur
pelabur sgttt