"Sayang... Kenalkan... Ini ibu abang..." Ibu Iqram menjeling sebelum mengalihkan pandangannya ke arah adik-beradik Iqram.
"Makcik... Apa khabar?" Eva menghulurkan tanagnnya sebelum menyalami tangan tua orang tua itu.
"Hurm... Waalaikumussalam..." Laju tangannya ditarik. Belum sempat Eva mengucup kekura tangan kedut itu, sudah ditarik. Eva terkedu.
"Kamu bawak kereta siapa tu, Am? Kereta baru ke? Besar kereta tu, Am... Wah... Bolehkan akak tumpang kereta Am, nanti...?"
"Yelah, Am... Mahal kereta tu..."
"Kereta apa tu, Am?"
"BMW... 5 series..."
"Wah! Dahsyat anak mak!"
"Itu kereta Eva, mak... Am pakai kereta waja je..."
"Lar... Ya ke? Tentu besar gaji Eva,kan?"
"Alhamdulillah... Adalah sikit, mak cik..."
"Huh! Ingat kereta sendiri..."
"Am mana ada cukup duit... Kerja kat bandar tu, banyak kena bayar, kak teh... Gaji besar pun, nak bayar rumah sewa, kereta lagi, makan minum lagi... Ingat senang ke?"
"Ala... Gaji Am, kan banyak? Takkan tak cukup?"
"Kalau cukup, Am takkan buat pinjaman Kak Ani, oi... Am nak makan, kena ikat perut. Lainlah Kak Ani... Balik kerja, ambik anak, nak makan, datang rumah mak... Jimat duit..." Sindir Iqram. Kak Teh menjeling sebelum melangkah keluar.
"Kenapa cakap macam tu, Am..."
"Salah ke Am cakap macam tu? Sibuk nak kira duit orang... Duit sendiri kedekut... Ingat dah tak kerja ni, berubahlah sikit perangai... Ni tidak... Makin teruk pemalasnya..."
"Sudah tu, Am..."
"Tulah mak... Bagi sangat muka kat dorang ni... Sepatutnya, dorang yang jaga mak, tolong mak belikan lauk bagai... Ini tidak! Nak menghabiskan beras je..."
"Sudahlah tu... Eh, mari kita ke dapur... Makcik masakkan untuk Eva... Kita makan sama-sama ya..." Eva makan pedas ke?" Eva perasan, tiba-tiba ibu Iqram berubah wajah dan sikap serta-merta.
"Saya makan semua, mak cik..."
"Emm... Baguslah tu. Mari... Kita masak sama-sama ya... Nanti kita makan ramai-ramai..."
"Mak, Eva baru sampailah mak..."
"Awak... Takpe... Saya ok je..."
"Nak jadi menantu dalam rumah ni, kena pandai rajin masuk dapur... Kena pandai masak..." Sindir salah seorang dari kakak Iqram... Kinah. Eva hanya mampu simpan senyum.
"Macamlah diri sendiri tu rajin sangat. Anak-anak dara tu, kenapa tak suruh tolong kat dapur? Simpan lama-lama nak buat apa? Bukannya dapat dividen... Kot lawa sangat takpe..." Balas Iqram, selamba.
"Takpe, wak... Saya ok..."
"Pedulikan Eva... Dorang ni memang macam ni... Mulut macam puaka... Kuman seberang laut nampak... Gajah depan mata, buat buta je..." Perli Iqram lagi.
"Reti ke perempuan bandar buat kerja dapur macam ni?" Soal seorang lagi kakak ipar Iqram, kak Ena...
"Alhamdulillah... Mama papa selalu terapkan nasihat yang berguna pada kami, tiga beradik. Jangan malas masuk dapur... Perempuan kena pandai masak, walau hebat macamana pun... "
"Hah! Dengar tu? Bukan macam korang semua... Pemalas!"
"Oh, Eva ada tiga adik-beradik. Eva yang nombor berapa...?"
"Bongsu..."
"Emm... Bagus... Am pun anak bongsu... Bongsu bertemu bongsu..."
"In shaa Allah... Setakat masak-memasak ni, Eva takde masalah..."
"Baguslah macam tu. Untung Am nanti..." Tambah ibu Iqram lagi. Eva mengalihkan pandangannya ke arah Iqram sebelum Iqram menganggukkan kepalanya.
"Paksu, paksu... Akak ni cantiklah... Macam orang putih..." Soal anak buah Iqram, Ana. Eva simpan senyum.
"Yelah Eva. Makcik baru nak tanya tadi... Eva anak orang putih ke?"
"Tak makcik... Mama saya orang Turki, papa orang Malaysia..."
"Oh... Turki... Patutlah cantik sangat..." Eva tak pasti samada pujian dan senyuman dari ibu Iqram itu, ikhlas atau sebaliknya.
"Err... Orang tua Eva ada lagi?" Soal kak ngah Imah... Seorang lagi kakak ipar Iqram yang nampak agak baik berbanding yang lain.
"Dah takde, kak... Tinggal kami tiga beradik je..."
"Oh..."
"Takpelah... Nanti, Eva kahwin dengan Am, Eva anggap je makcik ni macam mak kandung Eva, ya?" Tambah ibu Iqram lagi. Entah kenapa tiba-tiba ibu Iqram jadi lembut hati. Sedangkan, awal-awal tadi, macam tidak mengalu-alukan kedatangan Eva ke rumah mereka. Sejurus mengetahui kereta yang dipandu Iqram adalah milik Eva, berubah karakter ibu Iqram.
"Dah siap pun... Mari semua, kita makan... Hari ni, bertuah sangat kita dapat rasa air tangan bakal menantu ibu ni..." Ujar ibu Iqram selepas hampir dua jam bertungkus-lumus di dapur menyediakan makanan untuk makan tengah hari.
"Huh! Macamlah sedap sangat!" Sindir Kak Ani.
"Atleast, she's better than you... Bukan macam awak tu! Tahu nak makan je... Kerja malas... Sama je anak-beranak!"
"Awak... Sudahlah tu... Mari kita makan dulu..." Pujuk Eva meredakan keadaan. Memang pun... Hanya kak ngah Imah je yang rajin membantu mereka di dapur. Sedangkan yang lain, sekadar menjadi mandor dan pemerhati di dapur.
"Dahlah Am... Depan rezeki ni... Tak baik nak bertekak..." Iqram terus mendapatkan Eva lalu duduk bersebelahan dengannya.
"Kak, duduklah..." Jemput Eva. Kak ngah Imah mengangguk seraya menarik tangan anaknya, Ana kemeja makan.
"Ana... Baca doa makan dulu..." Ujar kak ngah Imah
"Baik, mak..."
"Bismillahirahmanirrahim... Allahuma bariklana fima razaktana wakina azabannar..."
"Aamiin..." Jawab mereka serentak sebelum memulakan suapan.
"Huh! Pandai pun makan! Ingat tak reti...!" Perli Iqram lagi.
"Awak... Sudahlah tu..." Iqram menarik tangan Eva ke ruang tamu.
"Dah makan, kemas! Jangan pandai nak melantak je!" Perli Iqram. Sempat lagi dia nak perli kakak dan kakak iparnya. Mengikut kata Iqram, kakak kandungnya, Kinah dengan kakak iparnya, Ani memang kamceng. Bukanlah dari awal mereka ngam bersama, sebaliknya selepas kakak kandungnya mendapat durian runtuh dan dari situ mereka berdua mula rapat. Berbeza dengan adik-beradik yang lain.
Eva termenung seketika. Mata dialihkan ke luar jendela. Melihat hayunan dan gerak lentuk dedaunan dan ranting pokok mengikut hembusan angin malam yang mendamaikan. Eva menghela nafasnya. Sudah hampir dua minggu Eva berada di rumah Esmir. Segala panggilan telefon dari Iqram, dibiarkan sepi. Beratus mesej yang diterima dari Iqram, dibiarkan tanpa membacanya terlebih dahulu.
Hati Eva bagaikan kaca yang sudah pecah berderai. Untuk mencantumkannya kembali, mungkin boleh tapi, ianya tentu tidak sama seperti yang asal. Tiga kali kehilangan anak yang dikandung gara-gara kesilapan suami. Mungkin kali pertama, Eva anggap ianya bukan rezeki. Tapi, bila sudah tiga kali mengalami keguguran, apa mungkin Eva mampu bertahan?
Segalanya berubah setelah hampir masuk tahun kedua perkahwinan mereka, setahun Iqram membuka syarikatnya sendiri... Entah macamana, Eva terperasan seorang model yang menggayakan barangan kemas rekaan dan keluaran syarikat Iqram, memakai seutas rantai gelang tangan yang awalnya direka khas untuk dirinya. Tapi, bagaimana gelang itu boleh berada di lengan model berkenaan?
"Hai..."
"Oh, hai... Puan Eva..."
"Oh... You kenal I?"
"Kenal, puan... Puan, isteri kepada Tuan Iqram, kan?"
"Hurm... Bagus... I cuma nak cakap sikit je... Boleh?"
"Boleh puan..."
"You cantik sangat..."
"Puan pun cantik... Macam model... Kenapa puan tak peragakan barang kemas ni? Tentu ramai yang akan berminat dan mengaguminya, kan?"
"Haha... I tak fikir begitu..."
"Kenapa puan cakap macam tu? Puan punya kecantikkan tidak kalah dengan mana-mana model..."
"Itu kata you... Tapi, tidak suami I..."
"What do you mean, puan?"
"Husband I tak fikir I layak memperagakan koleksi barang kemas rekaannya..."
"Kenapa? Puankan isterinya?"
"Suami I seorang lelaki yang kolot. Dia rela menaikkan nama orang lain dari I, isterinya sendiri. Maksud I senang... Iqram lebih gemar dengan gadis cantik seperti you..."
"Puan...?"
"Iqram lelaki kolot. Dia tak mahu orang lain mengenali isterinya... Dan dia suka bila ramai gadis gilakan dirinya. Dasar lelaki tak sedar diri..."
"Puan... I... I minta maaf... I..."
"Karen... I tahu, gelang di tangan awak ni, Iqram yang hadiahkan, betul kan?"
"Ya... Ya, puan..."
"I kenal, Karen... Gelang ini sebenarnya direka khas untuk I, Karen... Cuma, I agak pelik. Kenapa you yang memakainya..."
"Puan... I'm so sorry... Betul, puan. Gelang ini hadiah dari Tuan Iqram. Kata tuan Iqram sebagai hadiah untuk usaha I..."
"Then, you percayakan Iqram?"
"Maaf puan..." Ujar Karen seraya menundukkan kepalanya.
"I cuma tak nak you terpedaya dengan Iqram. Ya. Iqram, my husband. I dah kenal Iqram selama setahun sebelum kami mengambil keputusan untuk berkahwin. Tapi, Iqram dihadapan mata I sekarang ni bukan Iqram yang I kenali dulu. By the way Karen... Ini semua... Syarikat yang Iqram bina ini adalah hasil dari duit I sendiri... Bukan duit dari Iqram... Lima ratus ribu, Karen... Setengah juta I laburkan untuk Iqram membina syarikat emas miliknya, tapi... Ini yang I dapat..." Eva menyentuh lembut gelang di tangan Karen.
"Puan... I minta maaf... I'm so sorry... I bukan tertarik dengan Tuan Iqram. Tapi, Tuan Iqram yang beria-ia mahukan I menerima pemberian ini. I'm telling you the truth... I'm sorry, Puan Eva..."
"Are you sure, Karen?"
"Yes, puan... I hanya menerima hadiah ini tapi tanpa ada niat lain... Trust me, puan..."
"Why?"
"I know he's married and I know, you're Tuan Iqram's wife." Berkerut seribu dahi Eva...
"It's weird... How do you know about us? Sedangkan tiada siapa yang tahu pasal I dan Iqram selain dari kakitangan syarikat ni..."
"Emm... Actually..."
"Karen?"
"Esmir told me..."
"Esmir? You know my brother?"
"Yes, mam..."
"But, how?"
"Amm... Actually..."
"Don't tell me that you and my brother..."
"Yes, mam... Esmir, my boyfriend..." Jawab Karen seraya menahan malunya setelah membuat pengakuan berani mati di hadapan Eva.
"OMG... Ya Allah... How could you, Karen...?"
"Sorry, mam... Esmir tak nak I pecahkan rahsia ni... Tapi, I terpaksa... I tak nak you fikir yang bukan-bukan pasal I..."
"Huh! No wonder you tahu pasal I... Pandai you, kan?"
"Sorry, mam..."
"Did Iqram know about this?"
"No! Esmir tak nak I bocorkan rahsia ni..."
"Rahsia? You mean...?"
"Yes, Eva... Esmir had told me everything. Don't worry. I'll help you... I know what to do..."
"Oh Karen!" Tubuh langsng Karen dipeluk erat. Karen turut membalas pelukan Eva merangkap bakal adik iparnya.
"Hei, Eva! You had such a beautiful body..." Ujar Karen seraya meleraikan pelukan.
"Ah... Just forget it... I don't think so... I'm married, Karen..." Ujar Eva, kendur suaranya.
"Hei! Dah kahwin pun, you masih cantik, Eva... See... Your body... Fuh! Kalau I lelaki, dah tentu I terliur, tau..." Tubuh Eva dipusingkan berkali-kali.
"Ish, you ni, Karen... Peninglah I... Itu kalau you lelaki... Husband I pun dah tak heran..."
"Husband you buta hati. Bodoh sangat! Macam ni punya cantik, tak pandai jaga... Kena caras nanti, baru padan muka dia!"
"Haha... You ni, Karen... Penatlah i gelak..."
"Body you cantik, Eva. Serius you memang cantik. I berani kerat jari tau, you kalau dah jadi model nanti, ramai lelaki beratur nakkan you..."
"Beratur nak buat apa?"
"Tak payah nak polos sangat, Eva... I serius tau..."
"Hihihi..."
"Eh, Eva... I tahu beberapa model agency. I kenalkan you dengan dorang semua eh...? Rugi Eva... You cantik sangat... Wajah you, pan asian... Lawa ni..."
"Emm... Not now, Karen... Nantilah, I fikirkan... Lagipun, I sendiri dah jadi model untuk butik I..."
"Itu for your boutique, Eva... Ni untuk pasaran luar... Who knows... One day, you dah glamour nanti. Sure, this idiot akan melutut you balik..."
"Entahlah Karen... For this moment... I just follow the flow... I tak nak kusutkan lagi kepala I... Biar jelah... Kita tengok permainan Iqram..."
"Yelah, Karen... I minta maaf... I doakan you kuat hadapi semua ni... Tapi, sejujurnya... I tak gemar dengan husband you... Gatal sangat..."
"Haha... You baru tahu, ke?"
"Esmir dah sound I, awal-awal... Sebelum ni pun, dah banyak kali dia ajak I pergi karaoke... I tak nak... I tak gemar nak keluar dengan sebarangan orang. Lagi-lagi, somebody husband... Sorry, Eva... Nipun, husband you bagi kat I sebelum majlis tadi..."
"Haish! Sempat lagi dia..."
"Sorry Eva... I serba salah tadi. Sebab dia terus pakaikan I gelang ni. Tak sempat I nak elak. Tapi, don't worry... I memang nak tanggalkan pun..."
"Kenapa? Nanti kalau dia tanya, you nak jawab apa?"
"Hello, my dear... Your handsome brother dah bagi I macam-macam tau... I don't need this, Eva..."
"Wow... Serious, Karen?"
"Yes, Eva... Esmir everything to me, dear... I tak perlukan semua ni..."
"Hihi... Sayang sangat you kat abang I, eh?"
"Of course, dear... He's everything to me... We know each other since seven years ago, tau..."
"Lamanya..."
"Yap! YYou tak perasan ke, kita ni satu sekolahlah, Eva... I sama kelas dengan abang you... Then, couple sekejap sebelum kami terputus hubungan sebab I sambung belajar kat tempat lain... Then... I bertemu semula dengan abang you, last year... So... Here I am..."
"Wow... Boleh buat novel cerita korang ni..."
"Merepek je you..." Gelak tawa kedua wanita di hadapan Iqram, menarik minatnya untuk mendekati mereka.
"Sayang..." Pinggang Eva dirangkul mesra tetapi matanya tidak berhenti dari memerhatikan kecantikkan wanita di hadapannya.
"Abang..."
"Tuan Iqram..."
"You kenal wife, I?"
"Baru kenal... She's pretty, beautiful out and inside... Like model... Kenapa tak kenalkan wife you pada orang ramai? I rasa rugi kalau you tak gunakan kecantikkan wife you ni... Dia boleh jadi modellah..."
"Err... Really?"
"Yes, Tuan Iqram... I rasa, kalau Puan Eva memperagakan barang kemas ciptaan Tuan Iqram, tentu lebih ramai yang teruja. Silap haribulan, ramai yang melamar Puan Eva jadi model syarikat mereka..."
"Ah, you ni, Karen... Mengarutlah. Husband I tak suka I dikenali ramai... Takut I kena bawak lari nanti..." Sindir Eva seraya menjeling ke arah Iqram.
"You dengar tak, Karen... Wife I yang tak nak..."
"Tuan Iqram... Wife you hormatkan youlah... Dia bukan tak nak... Tapi, tak nak kevewakan you. Dia hormat you... Dia jaga reputasi you, tau...?" Ujar Karen, tak mahu kalah.
"Yelah... I kalah..."
"By the way, Tuan Iqram..." Karen menanggalkan gelang tangan pemberian Iqram sebelum menarik tangan Eva dan memakaikannya di lengan putih melepak Eva.
"Gelang ni sesuai sangatdi tangan Puan Eva... Wow...! Stunning... I minta diri dulu, ya... I ada date... See you again... Bye, Eva..." Iqram terkedu. Eva tersenyum lebar sebelum Karen menarik tubuh langsingnya untuk dipeluk... Iqram rasa kecewa bila Karen memberitahu yang dia ada temujanji. Iqram dah jatuh cinta pada gadis itu.
"Be strong..." Bisik Karen sebelum pelukan dileraikan. Eva mengangguk faham.
"Eh, you nak balik dah, Karen?"
"Yes, Tuan Iqram... I ada date malam ni... Thanks."
"Your welcome... Thanks to you, Karen... Tolong I..."
"It's ok, Tuan Iqram. Lagipun, I buat kerja ni sebab dah dapat bayaran... Ok, see you both... I need to go, now..."
"Ok, Karen... See you..."
"Bye..." Tertelan air liur Iqram melihat lenggang-lengguk Karen.
"Emm... Cantikkan Karen tu..." Eva memerhatikan sahaja gerak-geri Iqram.
"Yes... She is..."
"Bolehkan bang, kalau saya nak jadi model syarikat...?"
"Emm, tak payahlah... Sayang duduk diam-diam je... Biar orang lain yang buat kerja..."
"Apa abang ni? Memang takut ke saya tahu kerja jahat abang tu?"
"Eh, mana ada... Abang cuma tak nak sayang penat. Sayang sibuk dengan butik, dengan akaun syarikat lagi. Kerja rumah lagi. Abang tak nak sayang stress..."
"Yelah tu! Saya tahu, abang takut rahsia awak bocorkan?"
"Eh, yang... Mana ada... Abang tak nak sayang abang ni, penat dengan semua kerja ni... Kita kan dah bayar dorang... Jadi, biarlah dorang je yang buat kerja... Buat apa bayar mahal-mahal kalau tak boleh kerja?"
"Saya cakap macam tu sebab nak selamatkan duit syarikat juga, bang. Tak kishalah kalau saya tak dapat bayaran... Yang penting, saya dapat tolong abang... Sedikit sebanyak dapat mengurangkan perbelanjaan syarikat..."
"Emm... Nantilah yang, abang fikirkan dulu ya... Abang tengah berserabut ni..."
"Serabut? Kenapa?"
"Entahlah... Letih agaknya..." Eva tersengeh.
"Ya ke? Bukan sakit hati sebab Karen pulangkan balik barang kemas tu?"
"Eh, eh... Mana ada. Abang saja je bagi Karen test pakai gelang tu..."
"Abang, abang. Saya ni bukan budak sekolah rendah tau... Tak payahlah nak 'cong' saya, bang... Saya belum buta lagi... Saya nampak semuanya Tuan Iqram Irman..." Eva memusingkan tubuhnya berlalu pergi.
"Sayang... Sayang salah faham tu..."
"Ah, sudahlah, bang..."
"Eva Elyana!" Terhenti langkah Eva bila namanya disebut seseorang. Suara itu... Suara yang pernah dia rindukan satu ketika dulu...
"Eva Elyana Binti Esmid Eshran...!" Eva terkedu. Iqram juga terhenti langkahnya bila nama penuh isterinya diseru oleh suara maskulin seorang lelaki. Perlahan-lahan Eva memutarkan tubuhnya. Matanya melilau mencari empunya suara. Mata Eva tertangkap pada seraut wajah yang pernah dia rindukan...
"Hezril Hayden..." Perlahan tapi masih dapat didengari Iqram...
"Tuan Hezril...?"
"Saya... Tuan Iqram..." Mereka berjabat tangan. Mata Hezril masih tidak dialihkan dari merenung wajah insan yang pernah bertahta dihatinya suatu ketika dulu dan sehingga ke saat ini.
"Tuan kenal Eva, isteri saya?" Tersentak Hezril bila mengetahui Eva isteri kepada rakan niaganya, Iqram Irman.
"Ya... Kami satu universiti masa di Oxford dulu... Betulkan Eva...?" Eva mengangguk laju. Wajahnya menunduk.
"Baguslah macam tu. Err... Sayang... Nilah rakan niaga abang yang abang cakap dulu tu... Tuan Hezril Hayden..." Eva menggelengkan kepalanya.
"Yang Mulia Tengku Hezril Hayden bin Yang Mulia Tengku Hisyam Hasbullah..." Ujar Eva. Iqram melopong sementara Hezril menghela nafasnya.
'Dia masih ingat nama penuh aku...'
"Tengku? Kenapa tuan sorokkan pangkat tu?"
"Untuk apa? Pangkat dan darjat tu, takde apa-apa Tuan Iqram... Bukannya boleh bawak masuk kubur, pun..."
"Maksud tuan...?"
"Sebab pangkat dan kedudukan itulah, saya kehilangan insan yang paling saya sayangi..." Ujar Hezril perlahan. Sesekali matanya, merenung ke arah seraut wajah yang masih dia angaukan... Eva mula merasa sebak...
Alhamdulillah... siap bab yang seterusnya... bila dah masuk bab ke lima (prolog, bab 1, bab 2, bab 3), maksudnya bab 4, baru sis buat panjang sikit... selalunya 3000 - sehingga 3500 patah perkataan sebab unlock chapter... untuk empat bab awal ni, tak sampai 3000 patah. jempu baca... welcome silent and unsilent readers...
Share this novel
hahaha
saya harvard hihihi ,.. dlm mimpi