"Gol...gol...gol!"
Kedengaran suara sorakan kanak-kanak yang sedang asyik bermain bola sepak di taman permainan,bergema riang hingga gamat segenap alam. Bukan main semangat, macam dapat sumbat gol Piala Dunia.
"Eh, hampir maghrib... marilah kita balik! Saya pun kena siap-siap pergi mengaji." Salah seorang kanak² yang baru tersedar langit semakin gelap menandakan hari sudah senja, mula terhenti larian menggelecek bola. Seronok bermain membuatkan mereka jadi leka.
"Yalah, saya pun kena balik. Mak kata, waktu ini syaitan banyak berkeliaran. Nanti bahaya boleh disorok hantu ketiak!" Seorang lagi budak bersuara sambil matanya membulat. Gaya seolah mahu menunjukkan yang dirinya tidak berbohong.
"Hantu ketiak?" Serentak yang lain bertanya. Tidak pernah dengar cerita tentang kisah mistik tersebut.
"Ya, hantu itu badannya besar macam gergasi. Kepala botak tetapi ketiaknya berbulu. Makhluk itu suka berkeliaran pada waktu maghrib. Mencari kanak², apabila dapat tangkap...ia akan sorok di celah ketiaknya yang berbulu itu ."Cerita seram tetapi memualkan itu disampaikan dengan penuh bersemangat.Si budak tukang gosip itu turut tidak malu² menunjukkan ketiaknya yang berdaki seribu.
"ish...tidak sangguplah kena duduk celah ketiak hantu. Marilah kita balik cepat.Lari...lari...lari!" Ternyata kisah tentang hantu ketiak amat menakutkan sehinggakan mereka semua bertempiaran pulang ke rumah.
Maka dalam sekelip mata,kawasan taman permainan menjadi lengang.Namun kemudian...kedengaran suara ketawa berpunca dari sebatang pokok.Eh...pokok pun boleh ketawa?Memang menyeramkan!
Sebenarnya yang ketawa itu ialah Popcong,si hantu pocong.Kebetulan berada di sebalik pokok tersebut,geli hati mendengar perbualan kumpulan kanak kanak tadi.Rupa rupanya hantu pun pandai curi curi dangar perbualan orang,mahu tumpang bergosip agaknya!
"Hahaha!Pertama kali aku dengar nama hantu ketiak.Pandai pandai sahaja manusia ni mencipta nama yang tidak wujud."Popcong menggeleng sambil tersenyum.
"Hai...mana pulalah si Boyol ni,asyik lambat je."Hantu itu terus terusan membebel sendirian.Pada kala pandangan melilau mencari kelibat rakannya yang masih belum muncul.
"Hah lambat lagi!Asal mahu pergi ke sekolah ,mesti lambat.Asal lambat mesti pergi ke sekolah.Nasib baiklah dua belah tangan aku ni berbungkus.Kalau tidak...tentu saya sudah tunggu sambil tangan bercekak pinggang.
"Ma...maaf Popcong.Rasanya saya sudah lari laju seperti kereta lumba,tetapi jadi seperti kereta lembu pula.Tidak tahulah apa sebabnya."Boyol tercungap cungap kepenatan,bagaikan peserta maraton yang baru menamatkan larian.
"Tanya apa sebabnya?Alah...tidak perlulah buat buat terkejut,sebenarnya awak sudah gemuk.Tengok sahaja bahagian perut,memang buncit macam kena penyakit busung! ish...sudahlah katik,badan pula membulat macam bola.Rasanya selepas ini tidak boleh panggil awak dengan nama Boyol,tetapi kena panggil Boyot!Hehehe..."Popcong terus terang mengkritk macam juri rancangan realitiTV,tanpa mempedulikan hati dan perasaan kawan sendiri.
"Amboi mulut mengalahkan hantu diva.Saya cili mulut,baru tahu!"Boyol membuat gaya geram seperti mahu menonyoh cili ke arah mulut Popcong.
"Alah...tidak takut pun.Sedar dirilah...spesies toyol katik,mana sampai kalau mahu cili mulut saya.Hahaha..."Popcong ketawa geli hati.
"Ah,sudahlah!Pandai cakap orang gemuklah...boroilah...boyotlah.Tidak sedar, dia sendiri yang gemuk sangat ."Boyol menjeling sambil mencebik.
"Eh,mana ada saya gemuk!Badan dari dahulu sampai sekarang...memang macam inilah!"Popcong cuba menyangkal dan menafikan,siap siap meliuk lentok memusing badan macam model peragaan...#BERSAMBUNG...
Share this novel