..."Huh!Kain kapan sudah ketat,tali pengikat badan pun macam hendak terputus sangat.Masih rasa tidak gemuk?Nama sahaja berhijab,tetapi pakaian ketat.Sekali tengok macam buah cempedak di luar pagar,kena balut tidak cukup sarungnya!"Nampaknya Boyol seakan mahu membalas kata kata Popcong tadi dengan ayat ayat sentap.Sengaja mengherdik gaya Mak Jemah,lebih menyakitkan hati...lebih puas hatinya!
"Berani awak cakap saya seperti buah cempedak kena balut?Saya cili mulut hijau itu nanti baru tahu."Popcong seakan terkesan dengan kata kata Boyol...membalas dengan ugutan mahu melakukan kekasaran fizikal.
"Buatlah,saya tidak takut!Sebabnya awak jenis hantu yang dibungkus satu badan.Mana boleh guna tangan untuk sumbat cili dalam mulut saya.Hahaha...!"Boyol ketawa puas hati kerana berjaya mengenakan Popcong kembali.
"Boyol boroi!"Popcong terus mengejek.
"Popcong gemuk!"Boyol membalas,sama nada dengan kanak kanak yang sedang bertengkar.
"Boroi!"
"Gemuk!"
"Boroi!"
"Hoi...hoi...hoi!Apa yang kecoh kecoh sangat?Sedari jauh sudah dengar.Hantu ini kata hantu itu boroi,hantu itu kata hantu ini gemuk.Senja senja lagi sudah membising.Saya hantuk kepala kamu berdua baru tahu!"Langsiwei tiba tiba muncul,menegur dengan muka yang sangat garang.Datang datang sahaja sudah mengamuk.Samseng sungguh hantu langsuir yang seekor ini.
"Err...mana ada kami berdua bertengkar.Kami berbalas pantun sahaja.Betulkan Boyol?"Popcong berkata sambil tersenyum ke arah Boyol.
"Naik van jenazah pergi ke Sentul,betul...betul...betul!"Boyol menjawab dengan serangkap pantun dua kerat.Kemudian terus memeluk kaki Popcong tanda mereka berdua memang tidak bertengkar.Padahal dua dua takut kena hantuk kepala dengan Langsiwei,hantu yang sangat garang.
"Langsiwei...kenapa jalan kaki pula hari ini?Selalunya awak terbang pergi ke sekolah."Popcong menyedari perbezaan rutin Langsiwei yang berbeza dengan hari hari sebelumnya,pantas bertanya.
"Mana ada jalan kaki?Saya sedang terbanglah!Cuba tengok kaki ini,jejak tanah ataupun tidak?"Langsiwei memberitahu,mengangkat sedikit kain lusuh yang menutupi kakinya.
"yalah,tidak jejak tanah.Tetapi...kenapa tidak terbang tinggi?Barulah awak cepat sampai ke sekolah."Boyol pula mencelah,padanya kelebihan terbang sepatutnya digunakan secara maksima.Melayanglah berdesup seperti Superman di udara,bukannya terbang rendah seprti helikopter yang rosak kipasnya.
"Entahlah...semenjak dua menjak ini,saya rasa macam susah sangat hendak terbang.Bukan sahaja tidak boleh meluncur tinggi,malah mahu bergerak laju pun tidak boleh.Terasa seperti badan ini sudah berat.Sejujurnya dari pandangan mata awak berdua,saya ini gemuk ataupun tidak?"Langsiwei bertanya.
Boyol dan Popcong tidak menjawab,hanya mengangguk seolah mengiakan soalan Langsiwei itu tadi.
"Oh,kata saya gemuk?Memang cari fasal!Sekejap lagi ada juga yang makan penampar.Sekarang baik awak berdua cakap...saya tidak gemuk,saya langsing seperti selalu.Cepat!"Langsiwei tiba tiba meradang.
"Eh!Kami angguk bukan sebab awak gemuk.itu tanda memahami masalah yang awak hadapi."Popcong menggeleng laju dengan muka menggelabah,takut sangat akan makan penampar.Boleh berguling dibuatnya jika kena dengan hantu Langsiwei.Kalau tangan Popcong tidak berbungkus dengan kain kapan,boleh jugalah mengelak dan menepis.
"Betul...betul...betul."Boyol mengiakan kata kata Popcong.
"Habis,kalau tidak gemuk...kenapa saya tidak boleh terbang tinggi?"Langsiwei tetap tidak berpuas hati,seolah olah memaksa dua ekor hantu di hadapannya ini mengakui yang dia sudah gemuk.Tetapi apabila dikata gemuk,marah pula.Aduh,pelik betul hantu yang seekor ini!
Share this novel