"Anda mempunyai masalah gigi putih seperti mutiara dan nafas berbau harum?Gunakanlah ubat gigi Fresh and Yellow.Pasti gigi anda yang puting menjadi kuning berkarat dan nafas juga berbau longkang.Semua manusia pasti akan lari lintang pukang!Percuma mangkuk tandas dengan setiap pembelian pek berkembar Fresh and..."
"Aduhai...menyibuk betul iklan ni.Orang mahu tengok video memasak di Horror Tube pun tidak senang."Cikgu Ogy membebel sambil jarinya menekan butang 'skip' di skrin komputer.Kemudian terpaparlah video yang ingin ditontoninya iaitu video cacing masak tiga rasa.
Itulah rutin pengetua Sekolah Seram Bangsar.Sebelum memulakan tugasan,Cikgu Ogy melayari internet terlebih dahulu seperti membaca gosip terkini hantu.Kemudian memeriksa status rakan rakan hantu di Fak dan akhir sekali menonton video di Horror Tube.Hebat juga hantu zaman sekarang,sentiasa mengikut peredaran zaman.
Ding!Tiba tiba komputer Cikgu Ogy berbunyi,memberi tanda ada e-mel baru dalam akaun Ghost Mail miliknya.Segera diakses peti masuk e-mel bagi membacanya.
"Lawatan pelajar hantu luar negara?Wah!Tidak sangka ada juga hantu luar negara yang mahu melawat sekolah ini."Cikgu Ogy teruja sebaik membaca kandungan e-mel yang baru diterimanya itu.
NENO...NENO...NENO...
Pembacaan e-mel nya tersekat apabila kedengaran dari jauh,sayup sayup bunyi siren ambulans yang membingitkan...semakin lama semakin kuat.
"Ambulans datang?Ada hantu sakit agaknya"Cikgu Ogy tertanya tanya,bingkas bangun dan berjalan menembusi pintu biliknya menuju ke ruang koridor.Dari situ dia mula memerhati,cemas sekali.
Kelihatan sebuah beranda berlegar legar di ruang udara sekolah.Ia seperti sebuah helikopter,kemudian perlahan lahan mendarat di kawasan letak kereta.Rupa rupanya ambulans di dunia hantu adalah sebuah keranda terbang!Memang cepat dan pantaslah sampai ke hospital,berdesup semacam!
NENO...NENO...NENO!
UHUK...UHUK...UHUK!
"Eh,ambulans pun boleh terbatuk?Cikgu Ogy kehairanan mendengar bunyi siren yang tiba tiba seperti orang tersedak air liur.Kini pintu keranda terangkat dan muncullah seekor makhluk yang sangat gemuk berkepala badak air.Siap berpakaian doktor,sedang terbatuk batuk sampai menepuk dada berkali kali.
Rupa rupanya dialah yang meniru bunyi siren ambulans tadi.Patutlah siap ada bunyi batuk.
Makhluk itu kemudiannya terbang ke arah Cikgu Ogy yang masih berdiri di ruang koridor pejabat.Wah,memang hebat.Walaupun berbadan besar macam tong dram...tetapi masih boleh terbang lemah gemalai persis pari² kayangan.Maklumlah,makhluk alam ghaib.
"Selamat senja.Nama saya Doktor Penatdol Actifat.Pegawai dari Jabatan Kesihatan Hantu.Boleh saya bertemu dengan pengetua sekolah ini?"Makhluk tersebut memperkenalkan diri sambil menunjukkan tanda nama yang melekat pada baju seragamnya yang berwarna putih."Sayalah pengetua di Sekolah Seram Bangsar ini.Boleh panggil saya Cikgu Ogy.Kenapa doktor mahu bertemu dengan saya?Oh...sebelum itu saya mahu tahu,doktor ini hantu spesis apa ya?"Cikgu Ogy mengambil kesempatan mahu mengenali Doctor Penatdol dengan lebih lanjut.Ini kerana selama ini,tidak pernah dilihat makhluk alam ghaib yang segemuk ini.Terasa seperti sedang berdialog dengan puaka badak air.
"Saya sebenarnya bukanlah spesis hantu,tetapi sejenis jin.Lebih dikenali sebagai jin sihat.Itu sebablah badan saya sihat begini,"Doktor itu tersenyum seketika sebelum menyambung kata."Tujuan saya bertemu pengetua adalah kerana mahu minta kebenaran mahu menjalankan pemeriksaan kesihatan berkala ke atas hantu² Sekolah Seram Bangsar."
"Pemeriksaan berkala?Kenapa sebelum ini doktor tidak pernah datang pun ke sekolah saya?"Cikgu Ogy mula curiga.Zaman sekarang banyak sangat penipu,jangan terlalu cepat percaya.
"Saya pernah datang...waktu itu cikgu belum ada lagi.Pemeriksaan kesihatan berkala ini dilakukan setiap 100 tahun sekali."Doktor Penatdol menjelaskan kepada Cikgu Ogy.
"Patutlah tidak tahu!Maklumlah saya baru sahaja beberapa tahun menjadi pengetua.Maknanya hantu² di Sekolah Seram Bangsar ini sudah lebih 100 tahunlah ya? Tidak sangka...sayalah hantu yang paling muda di kalangan mereka.Hehehe..."Cikgu Ogy tersenyum simpul.
"Nampak gayanya begitulah.Jadi,boleh saya jalankan pemeriksaan kesihatan sekarang?"Doktor Penatdol seakan tidak mahu membuang masa terus mahu memulakan tugasannya.
"Kenapa penting sangat pemeriksaan kesihatan ini?Kalau boleh,tidak mahulah sesi pembelajaran pelajar² saya terganggu.Biar muka hodoh,tetapi jangan bodoh."Cikgu Ogy menyatakan keutamaannya.
"Cikgu,pemeriksaan kesihatan ini juga amat penting.Berbagai penyakit merbahaya dan berjangkit dapat dikesan.Maklumlah sekarang ini ada macam² jenis kuman yang sedang menular di kalangan hantu.Ada penyakit kuku,gigi dan lubang hidung.Demam tercampak,batuk basah,dan yang terbaru adalah penularan virus selsema tapir...itu juga sedang kronik berjangkit.Kita mesti kawal dari awal."Jelas Doktor Penatdol kepada Cikgu Ogy.
"Hmm...betul juga.Baru² ini jiran saya,si Mak Lampir terkena virus selsema tapir.Ngeri sebab mukanya terus berubah jadi macam tapir!Sekarang sudah tukar panggilan dari Mak Lampir ke Mak Tapir!Silap hari bulan...boleh kena tangkap dan dihantar ke zoo supaya berkawan dengan tapir,hish...takutnya!Baiklah,saya beri kebenaran doktor jalankan pemeriksaan kesihatan.Nanti jangan lupa laporkan kepada saya ya?"
"Baik...saya akan datang bertemu dengan cikgu sebaik sahaja selesai pemeriksaan kesihatan."Doktor Penatdol mengangguk faham,kemudian terus berlalu pergi bagi menjalankan tugasan.
Share this novel