"Saya rasa awak tidak boleh terbang tinggi sebab tarikan graviti kuat sangat agaknya."Boyol memberi jawapan saintifik.
"Saya sudah agak! Ini mesti ada yang mahu mengusik!Mana graviti tu?Suka suka hati sahaja main tarik tarik sampai saya tidak boleh terbang tinggi.Hoi, graviti!Keluar kau sekarang!Biar aku tempeleng sampai terpelanting.Kurang asam punya hantu.Oh...menyorok ya?Aku akan cari sampai dapat,siaplah!"Langsiwei mula mencari graviti di merata tempat.Di celah semak,di atas pokok,di dalam longkang.Ini kerana Langsiwei menyangka graviti itu adalah spesis hantu sepertinya juga.
Ketika itu,Boyol hanya mampu menepuk dahi.Tidak sanggup menegur,bimbang dimarahi oleh Langsiwei yang panas baran.Tidak fasal fasal kena penampar,boleh terpelanting dibuatnya.
Pada kala Popcong dan Boyol melihat kebodohan Langsiwei mencari graviti,tiba tiba Tengkurock datang menyapa dengan muka muram.Tidak bermaya seperti hantu tidak makan seminggu.
"Selamat senja semua!Hai Boyol...hai Popcong...hai Langsiwei!Hai pokok...hao semut...hai tahi kucing."
"Hoi...hoi...hoi!Kenapa dengan awak?Habis semua benda nak disapa!Demam?Sewel?Tengok muka pun bermasalah,monyok mengalahkan nenek kebaya yang hilang gigi palsunya."Popcong menegur dengan wajah kehairanan.
"Saya bukan demam dan sewel.Tetapi terasa sedih sangat hari ini."Tengkurock berkata sambil tertunduk lemah.Sedihnya mengalahkan hantu putus tunang!
"Apa yang sedih sangat?Sampai monyok begini sekali?Permohonan awak untuk BH1M tidak lulus ya?"Boyol cuba mengagak dan meneka.
"BH1M?Apa tu?"Langsiwei bertanya.Nampaknya satu apa ilmu semasa pun hantu ini tidak peka dan ambik tahu.Graviti pun tidak difahami,BH1M pun tidak pernah didengarinya.
"Bantuan Hantu Satu Malaysia."Boyol memberikan penjelasan."Oh..."Mulut Langsiwei membulat sambil mengganguk beberapa kali.
"Ini bukan sebab BH1M.Saya sedih sebab berat badan sudah naik.Tidak mahu jadi gemuk...tidak rela jadi montok!"Tengkurock mencebik,pada kala kakinya menghentak tanah seperti kanak kanak yang sedang tunjuk perasaan."Hantu tengkorak macam awak pun boleh naik berat badan?Mustahil,saya tidak percaya!"Popcong memandang tubuh Tengkurock dari atas ke bawah berulang kali.Sukar menerima pengakuan rakannya itu.
"Jangankan awak,saya pun tidak percaya.Macam manalah badan saya yang tinggal tulang dan tengkorak ini boleh jadi berat.Hai...pening kepala memikirkannya."Tengkurock ternyata resah kerana reputasinya sebagai hantu yang paling kurus selama ini pasti akan tercemar.
"Sudahlah,jangan difikirkan lagi berat badan awak itu.Apa yang penting...sekarang kita harus sampai ke sekolah sebelum loceng berr.Kalau tidak,memang kena denda lah jawabnya..."Boyol mengingatkan tujuan sebenar hantu hantu itu iaitu mesti pergi ke Sekolah Seram Bangsar.
"Habislah...mati kita!"Tengkurock menepuk dahi sambil melihat jam ditangannya.Mereka semua sudah terlewat!
"Alah...kita memang sudah mati pun"Popcong menjawab selamba.
"Tunggu apa lagi?Mari kita lari!"Langsiwei tanpa berlengah terus mengangkat kain separas lutut dan terus berlari dengan sekuat hati.Tidak sanggup didenda,walaupun dia hantu pelajar paling garang di Sekolah Seram Bangsar.
Kesemua hantu berlari dengan gembira dan penuh gelak tawa apabila Popcong tertinggal jauh di belakang sehingga terlupa masalah berat badan yang sedang dihadapi.Masing masing mahu menyelamatkan diri dari didenda oleh Cikgu Hamnah yang garang seperti ibu tiri.
Share this novel