BAB 1

Romance Series 10049

ANGIN yang bertiup kencang membuatkan tubuhnya kesejukan. Laju langkahnya cuba melarikan diri. Lelaki itu tak mahu sesiapa pun mengejarnya lagi.

 Dia sudah penat menjadi mangsa orang. Kerana harta… ahli keluarga sanggup membuangnya.

“Berhenti!”

Spontan langkahnya mati saat mendengar suara seseorang. Lembut… tapi mampu membuatkannya ketakutan.

“To… tolong… ja… jangan bu… bunuh aku.”

Hampir saja dia hendak melutut di kaki figura di hadapannya. Tapi laju saja figura itu melangkah ke belakang. Dia sudah lali dengan rayuan seperti ini.

“Sorry… aku tak mampu nak dengar rayuan kau tu. Sebab tugas aku… memang untuk membunuh.”

Terketar-ketar dia melihat sepucuk pistol. Sumpah dia takut!

“Kenapa kau nak bunuh aku?” Tanya lelaki itu pantas.

Figura itu senyum senget. Tiap kali dia berhadapan dengan mangsanya, soalan itulah yang sering ditanya. Sumpah dia bosan hendak menjawabnya.

“Sebab ada orang upah aku untuk tamatkan riwayat kau,” dia menjawab senada.

“Si… siapa yang nak bunuh aku?”

Dia mendengus geram. Penat nak menjawab soalan demi soalan yang ditanya.

“Perlu ke aku jawab soalan kau?” dia merenung lelaki itu tajam.

Lelaki itu menelan liur payah. Dia memejamkan mata seketika. Daripada dia hidup sering disisihkan oleh ahli keluarga yang lain, lebih baik dia mati saja.

“Okey. Bunuhlah aku,” ujarnya tiba-tiba.

Figura itu terkejut. Hampir saja dia melepaskan pistol di tangan. Tapi cepat-cepat dia mengubah reaksi wajahnya semula.

“Betul?” Tanya figura itu sekali lagi inginkan kepastian.

Lambat-lambat lelaki itu mengangguk.

“Okey.”

Figura itu berjalan mendekatinya. Pistol sudah tepat pada sasaran. Hanya tunggu masa untuk memuntahkan peluru saja.

“Sebelum tu, aku nak kau ingat nama aku betul-betul. I AM DEL THE REAPER.”

Bangggg! Bunyi tembakan bergema kuat.

Di sebuah café terkemuka.

“HAI, babe.”

Gadis itu mengangkat kepala dari ipadnya. Spontan dia menjeling geram.

“Kau lambat!” bentaknya geram.

Orkid tergelak kecil melihat cebikan pada wajah sahabatnya.

“Sorry, okey. Selagi Raff tak tidur aku tak boleh datang jumpa kau cepat-cepat,” ujar Orkid lembut.
Sememangnya mereka sudah lama tak berjumpa. Masing-masing sibuk dengan kerja masing-masing.

“Kau memang banyak bagi alasan, kan? Selalu guna alasan anak tu untuk mengelak kena bebel dengan aku. Sedih betul Raff dapat mommy macam kau,” sindir gadis itu sesedap rasa. Memang dia sengaja buat Orkid bengang dengan kata-katanya.

“Kau, Del… mulut tak ada insuran, kan? Entah siapalah yang jadi laki kau nanti. Harap lelaki tu dapat bersabarlah,” balas Orkid tak mahu kalah.
“Eh, yang jadi laki aku nanti haruslah kena dengar cakap aku. Tak boleh nak melawan. Well…”

Orkid tergelak kuat. Tahu maksud si Del sahabatnya ini. Mereka memang rapat. Pada mulanya mereka bermusuhan. Entah bagaimana… boleh jadi ngam sebegini pula.

“Orderlah nak minum apa. Ke kau nak tenung aje muka aku ni,” kata Orkid lagi.

Del bangun dan terus melangkah ke kaunter.

“Hai…  selamat datang. Cik nak minum apa?”

Del kerling menu sekilas. Menu di café ini sudah dia hafal. Mana taknya… seringkali dia tertekan atau ingin melepak dengan sahabatnya, Dia akan datang ke sini. Bau kopi menenangkan jiwa yang serabut. Tapi rasanya hari ini dia tak mahu minum kopi. Rasa nak tukar selera.

“Bagi I ice chocklat.”

“Tu aje ke? Ada nak tambah apa-apa? Saiz besar ke kecik?”

“Saiz besar. Tu aje.”

“Okey cik. Nama cik?”

“Del. Just del,” katanya tanpa berfikir panjang.

“Okey cik Del. RM13.30. Air cik boleh ambik dekat hujung sana ya,” kata gadis itu sambil menunding ke arah kaunter satu lagi.

Setelah Del membayar, dia menunggu seketika di kaunter yang dinyatakan oleh gadis tadi.

DI suatu sudut, kelihatan seorang lelaki sedang mendengar bebelan dari adik tercintanya. Lelaki itu menggaru kepala perlahan.

“Dik, kau boleh senyap kejap tak? Makin serabutlah kepala aku,” selamba lelaki itu membidas kata-kata adiknya.

Arina mendengus geram.

“Itulah kau. Aku cakap kau tak nak dengar. Dari dulu lagi aku cakap dah. Tak payah kerja dengan orang. Syarikat arwah daddy tu nak buat apa? Siapa lagi yang nak jaga kalau bukan kau, bang? Ni… tak pasal-pasal dapat musuh dekat ofis kau.”

Arina kecewa dengan sikap abangnya yang tak ambil peduli semua benda. Tak pasal-pasal ada yang menuduhnya menggelapkan duit syarikat dan memalsukan kontrak bersama klien.

“Tak apalah. Hal tu nanti aku settlekan. Cuma aku nak mintak idea kau untuk bantu masalah aku yang lain.”

Beristighfar panjang Arina mendengar kata-kata abangnya. Masalah lagi. Hidup abangnya memang bermasalah saja ke sejak lahir? Sungguh dia pening. Kenapalah dia satu-satunya adik yang abangnya ada? Kan bagus kalau ibunya beranak ramai-ramai. Tak adalah dia saja yang menjadi tumpuan si abang.

“Masalah apa pulak dah?” Tanya dia tak bersungguh-sungguh.

“Carikan jodoh untuk aku, dik. Tolonglah… aku dah pening dengan mommy ni. Tak habis-habis nak kenenkan aku dengan anak kawan dia si Nadirah tu. Hisy! Tak naklah aku. Dahlah tergedik-gedik macam ulat beluncas aje,” kutuk lelaki itu selamba.

“Apa, kau ingat aku ni agen cari jodoh? Aku mana ada kawan sangat. Dalam hidup aku ni Cuma ada kau dengan laki aku je,” bangkang Arina tak setuju.”

“Sedih ek hidup kau dik. Selama kau hidup memang tak ada kawan langsung ke?”lelaki itu pura-pura terkejut.

Arina menumbuk kuat perut abangnya. Geram sangat dia rasa. Ada saja idea abangnya nak memerlinya.

“Sengaja. Aku sengaja tak nak ramai kawan. Aku tak nak kena tikam belakang macam kau nilah. Sungguh bang. Aku rasa mesti kawan baik kau tu yang buat, kan? Yalah. Orang baik-baik ni kita tak boleh percaya sangat. Lebih baik kita percaya orang yang luaran dia Nampak jahat. Sah-sahlah dia memang jahat,” potpet potpet mulut si Arina membebelkan abangnya.

Anaknya si Shahmi dan Saif yang sedang menyuap kek sedari tadi menarik nafas dalam. Rimas mendengar ibunya bercakap dari tadi. Nak       makan pun tak senang. Sudahnya mereka bangun serentak.

“Eh, Ami,, Saif! Nak pergi mana tu?” Tanya Arina kuat.

Ramai betul nama Ami dan Saif. Kerana hampir semua yang berada di dalam café itu memandang Arina.

“Keluar. Kitorang bosan dengar ibu dengan pak long borak. Kitorang nak pergi taman,” kata Shahmi yang berusia lapan tahun.

“Ha, keluarlah…. Jauhlah dari ibu dengan pak long. Kena culik dengan Del TheReaper baru tahu.”

Kuat kata-kata wanita itu membuatkan  seseorang terkaku. Tubuhnya mengeras serta-merta. Telinganya cuba mendengar perbualan si wanita dan anak-anaknya.

“Betul ke ada Del The Reaper, ibu?” Tanya Saif mula duduk semula di tempatnya tadi.

Arina mengangguk bersungguh-sungguh. Wajahnya mula serius memandang anak-anaknya.

“Yalah. Saif tahu tak Del The Reaper tu siapa?” Tanya Arina sengaja menduga ingatan si bongsu.

“Tahu, tahu. Orang jahat kan, ibu?”

“Ha, tahu pun. Dia akan bunuh budak-budak yang tak dengar cakap macam Ami dengan Saif nilah. Budak-budak yang jauh dari ibu dengan abi pun dia akan tangkap dan bunuh, tahu?”

“Eee! Takutnya ibu,”

Shahmi mula berhimpit dengan ibu dan pak longnya. Takut kena tangkap dengan Del The Reaper.

“So nak keluar pergi taman jugak ke?” Tanya Arina lagi.

Kedua-dua anak itu menggeleng tak mahu.

“Kalau macam tu… duduk sini. Makan kek bagi habis dulu. Lepas ni ibu bawak Ami dengan Saif pergi taman, okey?” lembut pula wanita itu memujuk anak-anaknya.

Mereka mengangguk lagi. Patuh dengan kata-kata sang ibu.

“Kau ni dik… suka-suka hati aje guna nama Del The Reaper tu. Orang tu tahu, dia bunuh kau baru tahu,” ujar si abang memberi amaran.
“Alaaa. Del The Reaper tu bukannya wujud pun. Tu kan mitos aje. Polis pun tak jumpalah identity dia,” ujar Arina menyangkal kata-kata si abang.

Seseorang yang mencuri mendengar perbualan Arina sedari tadi tersenyum sinis. Mitos, ya? Menarik. Dia mengambil airnya lalu menuju ke tempat duduknya semula. Terbit satu senyuman bermakna di bibir orang itu.

“Aku… Del The Reaper,” ujar dia sendiri dengan bangga.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience