BAB 4

Romance Series 10049

FAHIM menyerahkan sebuah fail lagi kepada Del. Del menarik nafas dalam. Sesak kepalanya dengan macam-macam hal.

“Fahim, kan aku dah cakap. Redza job aku yang terakhir,” tegas dia mengingatkan orang kanan merangkap kawannya ini.

“Tapi ni lain, babe.”

“Apa yang lain?” tanya Del kasar.

Fahim mengambil gambar di dalam fail lalu hulurkan kepada Del.

“Dia ni... scammer. Dah berkali-kali masuk keluar penjara. Tapi masih buat kerja tak berfaedah tu,” terang Fahim agar Del faham.

“Apa yang dia buat?”

“Rogol perempuan, tipu orang sana sini. Kes terbaru, lelaki ni janji nak bantu orang kampung pergi haji. Kos haji tu rm5000. Kononnyalah. Lepas tu lepas ambik duit orang terus lenyap.”

Del senyum senget. Ini memang makanannya. Manusia spesis ini memang tak layak hidup di dunia ini.

“Tak ada orang buat report tentang malaun sorang ni ke?” tanya Del lagi.

“Report? Dah beribu report yang orang buat. Tapi dia tetap bebas. Sebab ada yang jaga dia.”

“Maksudnya... dia bagi rasuah?” tanya Del lagi.

“Orang politik ramai jaga dia.”

“Okey.”

Del terus bangun hendak menjalankan tugasnya. Membunuh malaun perosak macam tu memang dia suka. Dia tahu mengapa ada yang mengupahnya membunuh. Kerana ramai yang berdendam dengan sasarannya ini. Tak ada guna melaporkan pada pihak polis. Kerana seperti yang Fahim katakanlah. Ramai yang membantu bersihkan kegiatan malaun ini.

Del sampai di pusat karaoke terkenal. Dia senyum sinis memandang persekitarannya entah mengapa. Laju langkahnya berjalan mencari sasarannya sambil cuba mengelak keberadaan CCTV di luar.

Sesampai saja di bilik bernombor 242 dengan pantas Del menolak pintu. Sekali lagi dia tersenyum melihat kelakuan sumbang di dalam. Sasarannya dikelilingi dua gadis berlainan bangsa. Keadaannya... tak usahlah dia cerita. Mengaibkan.

Selamba gadis itu masuk. Tak peduli langsung dengan tiga pasang mata yang memandangnya.

“Hey! Kau siapa?” tempik lelaki itu geram.

Del selamba menarik dua gadis itu dari tubuh sasarannya lalu dengan selamba menolak mereka ke arah pintu.

“Get out!” katanya dingin.

Dua perempuan itu tahu ada yang tak kena. Mereka pun terus berlalu meninggalkan Del bersama lelaki itu. Baru saja dia hendak bangun membelasah Del, Del terlebih dahulu menumbuk wajahnya sekali. Sasarannya terus hilang imbangan badan lalu jatuh terduduk.
Dengan tawa besar dia mendekati lelaki itu. Tubuh sasarannya dia telentangkan. Selamba Del meletakkan lututnya pada alat sulit lelaki itu.
“Aww! Sakit... sakit...” melolong lelaki itu tak keruan.

Del tergelak suka. Tahu pun sakit. Rosakkan perempuan bukan main seronok lagi. Kalau ikutkan hatinya yang panas, nak saja dia menghapuskan terus harta lelaki itu. Tapi dia sabarkan dirinya. Sudahnya Del melepaskan harta si lelaki tak guna. Tapi wajah lelaki di hadapannya tak pula Del lepaskan.

“Amri... Amri... tak adalah kuat mana pun, kan? Dengan perempuan pun lemah. Opssss! Sepatutnya aku kena panggil kau... Dato Amrilah, kan?” tanya gadis itu sinis.

“Kau nak apa, ha? Siapa kau!”
Del senyum saja. Tak terkesan pun dengan tempikan yang hampir memekakkan telinganya.

“Erm... aku, ya? Selalunya aku takkan bagitahu siapa aku. Seboleh-bolehnya aku akan rahsiakan siapa aku. Tapi... kau... hati aku terbuka pulak untuk berterus-terang.”
Gadis itu melepaskan Amri. Dia tahu Amri tak mampu melarikan diri. Beranilah lelaki itu larikan diri. Dengan pantas dia akan hancurkan alat sulit lelaki itu.

“Kau nak apa daripada aku?” tanya Amri lagi.
Del buat-buat menguap pula lalu duduk di atas sofa. Lagaknya santai macam orang kaya yang angkuh dan sonbong.

“Aku nak nyawa kau. Aku datang ni untuk bunuh kau.”
Sekali lagi Amri bangun hendak menyerang. Tapi dengan sekali tendangan, Amri jatuh kembali. Del mencebik. Lemah betul lawannya ini. Tak menarik pula rasanya.

“Lemah rupanya kau ni, kan? Tapi tipu orang sana sini bukan main lagi. Apa kau buat dengan duit yang kau ambik tu? Bagi makan anak bini kau?”

Del mula keluarkan pistolnya. Bulat mata Amri memandang. Kalut dia hendak bangun melarikan diri. Tapi laju juga Del memukul kepala Amri dengan pistol di tangan. Pening Amri rasakan.

“Sebelum tu aku nak kau ingat nama aku. I am Delisha. Pencabut nyawa kau.”

Banggg! Tepat peluru mengena jantung sasarannya. Dia harus tinggalkan tempat ini serta-merta. Tapi sempat lagi dia mengukir sesuatu di dahi si mati.
DEL. Dan setelah itu, dia menghilangkan diri. Takkan ada yang mampu menjejakinya kerana... dia, Delisha, Del the reaper.

Gadis itu bergegas pulang ke rumah. Segala topi, baju, hoodie, sarung tangan dia campak ke dalam satu bakul. Barang-barang ini dia akan lupuskan. Tak akan ada sesiapa pun yang tahu dia Del The Reaper. Del senyum sendiri. Ingatan lampau membuatkan dia tercampak di sini.

“Aku nak kau kerja untuk dia.”
Terkebil-kebil anak yang berusia tujuh tahun itu memandang ayahnya. Tak faham apa maksud si ayah.

“Dura nak buat apa, ayah? Dura tak nak ikut dia... Dura takut.” Terketar-ketar anak kecil itu cuba untuk bangun.
Tapi laju juga tangan si ayah menariknya agar duduk semula.

“Mak kau dah tinggalkan kau dekat aku. Jadi kau kena dengar cakap aku!” tempik si ayah geram.

Del menggenggamerat jari-jemarinya. Kenangan itu... memang dia tak akan lupa dari ingatannya.

MALAM itu, Syaffiyah menemani Zatul berniaga seperti biasa. Kelihatan pelanggan berpusu-pusu menuju ke gerai burger milik sahabatnya ini. Sehinggakan nak berehat pun tak sempat. Setelah kelihatan pelanggan makin berkurangan, barulah Zatul duduk melepaskan penat. Nasib baik Syaffiyah ada untuk membantu. Kalau tak, tak tahulah.

“Fuhhh! Luar biasa eh malam ni?” kata Syaffiyah turut duduk bersama.

“Tulah. Tak sangka betul aku. Kenapa tiba-tiba jadi macam tu eh?”

“Aku rasa kan Zet, entah-entah ada orang viralkan gerai kau ni.”

Tergelak Zatul mendengar andaian Syaffiyah. Mungkinlah. Zaman sekarang zaman internet. Sekali saja upload video, ramai yang pakat-pakat share.

“Kau tahu, dekat balai tadi kecoh bercerita pasal Dato Amri tu.”

Zatul mengangguk. Dia pun turut ada bersama saat semua kecoh berkata perihal Amri yang dibunuh di pusat karaoke terkemuka.

“Macam mana boleh jadi macam tu eh? Siapa yang buat?” tanya Syaffiyah benar-benar ingin tahu.

“Entah. Tapi dekat dahi dia memang ada tulis Del,” ujar Zatul pula.

Baru Syaffiyah hendak membalas kata, sebuah motorsikal berhenti betul-betul di hadapan gerai. Mereka berpandangan sesama sendiri.

“Eh, tu bukan pelanggan semalam ke? Ahhhh! Dia datang lagi,” rungut Syaffiyah tak senang.

“Hisy! Kau ni. Biarlah dia, Tu tandanya burger aku sedap.”

Syaffiyah meneliti gadis yang baru turun dari motor itu. Jaket hoodienya tak pernah lepas dari tubuh. Syaffiyah mencebik entah mengapa.
Del perasan saja dengan cebikan Syafiyah itu. Tapi dia buat tak peduli. Selamba dia berdiri di hadapan kedua-dua gadis ini.

“Zet, burger daging extra cheese dengan mayo satu,” kata Del senada. Riak wajahnya tetap serius.

“Okey noted. Nak air tak?” tanya Zatul lalu bangun dari kerusi.

“Aku...” Del diam pula. Dia berfikir seketika.

“Air sodalah. Aku malas nak minum air minral malam ni.”

Zatul angguk faham. Del tak berniat hendak berlama di gerai burger ini. Tubuhnya keletihan. Kalau boleh dia nak terus pulang dan tidur. Tapi memikirkan di rumahnya tu tak ada stok makanan untuk dimakan, terpaksalah dia merempit ke sini.

“Kau memang macam ni eh?” tanya Syaffiyah belum sempat Del berlalu.

“Macam ni... macam mana?” tanya Del tak faham dengan soalan yang diajukan.

“Muka kau beku sepanjang masa. Apa... urat saraf senyum kau dah putus ke?”
Hampir terlepas gelak Zatul mendengar komen Syaffiyah. Kawannya ini pun... tak agak-agak nak mengomen.

“Kalau ya pun saraf senyum aku putus, apa kena-mengena dengan kau?” tanya Del pula.

“Sakit sikitlah mata aku tengok kau,” ujar Syaffiyah lagi tanpa bersalah. Sengaja dia berkata begitu sebenarnya. Dia hanya ingin Del selesa dengan dia dan Zatul.

Syaffiyah menarik kerusi buat Del. Del angguk semata lalu duduk.

“Aku Pia.” Syaffiyah tiba-tiba perkenalkan diri.
Del diam seketika. Tangan yang Syaffiyah hulurkan pun tak bersambut.

“Aku Del. Sorry, aku tak salam orang.”

Terangkat kening Syaffiyah dan Zatul mendengar ayat yang keluar dari Del.

“Kenapa? Bukan haram pun,” luah Zatul pula.

“Saja. Style aku,” jawab Del lagi.

“Siapa nama kau sekali lagi?” tanya Syaffiyah. Tak perasan pula nama gadis di sebelahnya ini. Matanya fokus memandang wajah Del.

“Aku Del.”

“Del? Macam Delisha Del the reaper tu je,” komen Syaffiyah selamba. Pandangannya masih melekat di wajah Del.

“Kalau ya pun kenapa?” penuh selamba wajah Del bertanya.

Syaffiyah dan Zatul berpandangan agak lama. Mereka mula mengesyaki sesuatu. Masing-masing tiba-tiba jadi kelu. Tak tahu hendak memberi reaksi apa. Wajah Del sangat selamba. Tak tahu sama ada Del sengaja mengiakan atau sebaliknya.

Buat pertama kalinya Del tergelak bersungguh-sungguh. Lucu wajah dua perempuan ini apabila dia mengaku namanya Delisha si Del the reaper. Sengaja Del hendak permainkan dua gadis itu.

“Korang ni kelakarlah. Tahniahlah dah berjaya buat aku gelak. Nama aku memang Delisha. Tapi bukan Delisha Del the reaper tu. Nama aku Delisha Durani.”

Selamba Syaffiyah memukul bahu Del. Geram kerana dipermainkan oleh gadis itu. Tapi... mengapa dia rasa kata-kata Del tadi bukan satu jenaka?

Zatul menyerahkan burger dan tin minuman pada Del. Pada mulanya Del hendak pulang saja setelah selesai mendapat burgernya. Tapi apabila memikirkan dia keseorangan di rumah, lebih baik dia melepak dengan dua perempuan ini. Del membuka pembalut burger lalu menggigitnya. Terpejam-pejam mata Del menikmati burger di dalam mulutnya.

“Amboi, sedap sangat ke tu sampai terpejam-pejam mata tu?” tegur Zatul. Terhibur melihat gelagat pelanggannya yang ini.

“Erm... sedap. Aku lapar. Dari tengah hari tak makan.”

Zatul dan Syaffiyah mengangguk faham. Sememangnya mereka dapat melihat keletihan pada wajah Del.

“Kau kerja apa?” tanya Zatul berminat ingin tahu.

Del diam. Berfikir kata-kata yang sesuai untuk diperdengarkan kepada kedua gadis ini. Kalau dia jujur memberitahu mereka yang dia pembunuh upahan, bimbang meninggal pula akibat terkejut.

“Aku kerja freelance je. Semua aku buat.”

Kedua-duanya angguk faham.

Sedang mereka berborak menjalinkan hubungan persahabatan, muncul sasaran si Del yang membuatkan wajah Del berubah. Zatul dan Syaffiyah perasan dengan keadaan itu. Cepat-cepat mereka menghalau Del.

“Pergilah. Aku rasa lelaki semalam tu tunggu kaulah,” halau Zatul selamba.

“Ahhh! Aku bunuh jugak lelaki ni sekarang,” rungut Del perlahan. Tapi mampu didengari oleh dua sekawan itu. Sekali lagi mereka berpandangan berdua. Otak mereka seperti berhubung sesama sendiri. Mereka tahu, Del bukan bercakap kosong. Tingkah-laku dan riak wajahnya pun membuatkan mereka mengesyaki sesuatu. Delisha Durani ialah Delisha Del The Reaper.
Start your content...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience