BAB 2

Romance Series 10049

FAHIM menolak pintu bilik yang tertutup rapat. Dia selamba masuk dan menutup pintu semula. Tak peduli dengan wajah pemilik bilik yang seperti hendak menelannya saja.

“Tak reti nak ketuk pintu ke?” Tanya dia sinis.

Fahim sekadar sengih. Dah biasa kena sembur dengan perempuan seorang ini. Fahim menarik kerusi di hadapan perempuan itu. Dia duduk lalu meletakkan sebuah fail di atas meja.

Gadis itu melihat sekilas fail yang diletakkan oleh Fahim tadi. Bosan dia hendak melihatnya. Sudahnya dia abaikan saja fail di atas meja.

Fahim pelik dengan keadaan gadis itu. Nampak seperti ke laut dalam saja moodnya.

“Kau kenapa, Del? Datang bulan?” Tanya Fahim menduga. Selalu orang perempuan bila datang bulan saja perangainya aneh-aneh.

“Kepala otak kau! Banyaklah kau punya datang bulan,”

Fahim gelak lepas. Dia suka benar mengusik ketenangan di wajah kawan merangkap bosnya. Ketat saja muka tu. Macamlah kalau dia senyum muka tu akan kembali hodoh.

“Tu, kes baru,” kata Fahim lalu menunding jarinya ke arah fail di atas meja.

Del menarik nafas dalam. Lambat-lambat dia membuka fail dan melihatnya sekilas.

“Ni data peribadi dia. Gambar dan semua yang kau perlukan ada dalam tu dah. Mana yang tak cukup kau bagitahu aku,” ujar Fahim lagi.

“So…”

Belum sempat Del hendak berkata lebih lanjut, laju pula Fahim mengangguk.

“A’ah. Kau kena bunuh dia,” selamba saja kata-kata itu keluar dari bibir Fahim.

Entah mengapa Del tak senang dengan kata-kata Fahim. Meskipun benar kenyataannya… hatinya tiba-tiba rasa tak selesa.

“Sebab apa?”

“Orang tu tahu rahsia lelaki yang upah kita ni.”

“Maksud kau?” dia mengerutkan dahi. Tanda tak faham dengan kenyataan Fahim.

“Macam ni. Lelaki yang nak kau bunuh ni tahu banyak benda yang mana… orang tak suka keadaan tu. So, orang nak dia mati supaya segala rahsia yang ada dengan dia hilang terus. Yang lain, aku malas nak ambik tahu.”

Del mengangguk faham. Dia melihat maklumat di hadapannya semula. Kali ini dia kusyuk merenung wajah lelaki di dalam gambar yang sedang dia pegang.

“Muhammad Redza.” Del seru di dalam hati.

Entah mengapa dia rasa tak sabar untuk menemui lelaki ini.

“Satu lagi aku lupa.”

Del sedikit tersentak. Lupa pula Fahim masih ada di dalam biliknya lagi. Dia mengangkat kening bertanya.

“Bos kata ni job kau yang terakhir. Kalau kau Berjaya… kau boleh bebas,” terang Fahim dan terus bangun keluar dari bilik.

Del memejamkan matanya. Wajah mangsanya bermain-main di fikirannya. Serta-merta dia membuka kembali matanya.

“Tak sangka kita jumpa lagi, Muhammad Redza. Ternyata di café bukanlah pertemuan kita yang pertama,” ujarnya teruja.

“Please don’t run, I will find you.” Hatinya berkata-kata lagi.

Del mencapai jaket hoodienya lalu memakainya pantas. Tak lupa juga dengan topi dan sarung tangannya. Setelah lengkap sempurna, dia keluar dari bilik pejabatnya. Semua anak buah yang sedang berlatih berlawan menunduk hormat setelah ternampak Del keluar.

Del sekadar angguk. Wajahnya masih serius. Dia terus keluar mendapatkan motornya. Laju saja pemanduannya kali ini. Dia pun tak tahu mengapa dia teruja benar dengan misi kali ini. Mungkin kerana ketuanya sudah berjanji yang dia akan membebaskannya daripada kumpulan mereka ini? Atau ada sesuatu yang sedang menunggunya? Entah, dia tak tahu.

Motornya laju mendekati kereta yang sedang bergerak sederhana perlahan. Sengaja dia meletakkan motornya di sebelah kereta itu.

Redza melihat sekilas wajahnya di cermin di dalam keretanya. Puas hati dengan penampilannya. Hari ini dia ada jamuan semperna annual dinner syarikat arwah ayahnya. Memandangkan adiknya tak dapat hadir, jadinya dialah yang terpaksa menunjukkan mukanya. Kalau tak memang bernanah telinganya dibebel oleh ibu tercinta.

Redza membuka pintu kereta  sedikit tergesa-gesa. Dia sudah lewat.

“Aduh!”

Tergamam. Mulalah lelaki itu menggelabah apabila pintu keretanya terkena seseorang. Cepat-cepat dia keluar dari kereta lalu mendekati orang itu.

Kelihatan seorang perempuan sedang meraba-raba dahinya. Redza menggaru kepalanya. Dia jadi tak tahu hendak memberi reaksi apa. Apa yang dia kena buat sekarang?

“Err… sorry, sorry.”

Redza memandang wajah perempuan di hadapannya. Dia terpaku seketika. Cantiknya gadis ini. Nampak lembut saja wajahnya walaupun gadis itu Cuma memakai hoodie dan mengenakan topi.

“Ehem! Tak apa. Boleh tolong tepi sikit tak? Aku nak lalu ni,” ujar gadis itu selamba.

Redza seperti tersedar dari lamunannya. Cepat-cepat dia menahan gadis itu.

“Kejap-kejap. Bibir awak tu…”

Del menyapu bibirnya sedikit. Berdarah rupanya. Tetapi wajahnya tetap bersahaja. Redza mengerutkan dahi memandang gadis itu. Tak sakit ke dia?

“Aku nak lalu. Boleh tepi sikit tak?” sekali lagi Del bersuara.

Mahu tak mahu, Redza mengalihkan tubuhnya juga. Walaupun berat sebenarnya hendak melepaskan gadis itu. Entah mengapa, dia rasa sebegini. Bukannya dia tak pernah jumpa dengan perempuan-perempuan lain selama ini. Tapi Tak adalah pula dia berperasaan pelik-pelik.

Del berlalu dari situ sambil mencuri pandang wajah mangsanya. Nampak seperti orang baik-baik saja. Dah kenapalah orang yang baik-baik ni harus dibunuh. Sudahlah stok lelaki suci ini makin lupus.

Del ada prinsip. Dia akan membunuh jika seseorang itu tak berguna pada negara. Antaranya penagih dadah, perompak, perogol dan sebagainya. Kalau orang baik-baik seperti Redza ini… susah sikit dia hendak membunuh. Mungkin masih awal untuk dia berfikir yang baik-baik, kan? Ada juga muka baik, lembut, jambu. Tapi rupa-rupanya dialah penyangak besar dekat KL ni. Siapa tahu, kan?

Dalam diam, dia mengekori lelaki itu hingga masuk ke dalam ballroom hotel. Del melabuhkan duduk jauh sedikit dari lelaki itu. Tetapi matanya tak lepas dari mengawasi si lelaki.

Bosan pula dia apabila mendengar ramai yang berucap. Bila hendak makan, dia pun tak tahu. Sudahlah perutnya berkeroncong minta diisi. Kalau dia tahu nak jadi macam ni, sebelum datang  tadi dia dah makan dulu. Sudahlah dia ada gastrik yang melampau. Aduhai! Ini semua salah si Fahim. Kalaulah dia bagi fail si Redza itu awal-awal, dapatlah Del merancang strategi dari awal.

Del bangun dari duduknya. Sungguh dia perlukan udara segar sekarang. Kelihatan Redza juga turut bangun lalu keluar. Pergi mana, Dia tak tahu. Del berjalan keluar. Dia hendak menuju ke bilik air terlebih dahulu. Langkahnya terhenti apabila terdengar sesuatu. Seperti orang sedang bergaduh. Pantas dia menyembunyikan diri terlebih dahulu.

“Aku tak buat!” tekan lelaki itu. Cuba sedaya-upaya menghalang diri dari menjerit.

“Kau jangan tipulah, Redza. Aku tahu kau yang gelapkan duit syarikat, kan?” lelaki itu cuba mengprovok Redza.

“Dah berapa kali aku cakap, aku... tak... buat!” ucap Redza satu demi satu.

Terasa tercabar dengan kata-kata Redza yang lantang, pantas kolar baju Redza direntap kasar oleh lelaki asing itu. Baru Redza hendak melayangkan penumbuk pada wajah lelaki itu kerana sesuka hati saja merentap kolar bajunya. Ada tangan lain laju menghadiahkan tumbukan padu pada wajah lelaki asing itu. Spontan kolar baju Redza terlepas dari genggamannya. Baru saja lelaki itu hendak melihat siapa yang menumbuknya tadi, satu lagi tendangan hinggap di belakang badan lelaki itu. Terus lelaki asing itu jatuh meniarap. Tak boleh  hendak bangun lagi.

Del tersenyum melihat hasil tangannya. Bangga apabila lelaki tadi meraung sakit. Dia memandang Redza dengan wajah bekunya.

“Kau okey?

“ tanya Del sambil mengetapkan bibirnya. Tak puas hati kerana lelaki asing itu telah menganggu mangsanya.

Redza mengangguk laju. Terkejut kerana gadis tadi yang membantunya.

Del mendekatkan bibirnya pada telinga lelaki asing itu. Dengan nada dingin dia berkata...

“Jangan ganggu dia... jangan ganggu kerja aku. Kau yang upah aku untuk bunuh dia. Biar aku yang uruskan. Sekali lagi kalau kau ganggu kerja aku... kau yang akan aku bunuh!”

Wajah lelaki itu berubah pucat apabila mendengar amaran

Del. Luas matanya apabila terfikirkan sesuatu.

“Kau... deli...”

Buk! Satu tumbukan pada wajah lelaki itu terus membuatkan lelaki itu terkulai pengsan. Del lepaskan tubuh lelaki itu kasar. Pandangannya kembali ke arah Redza yang masih memandangnya.

“Awak buat apa dekat sini?” tanya Redza ingin tahu.

“Aku sengaja ikut kau dari tadi,” ujar gadis itu senada. Dia harus bawa lelaki itu jauh dari sini. Inilah masanya untuk dia menjalankan tugasnya.

“Maksud awak? Kenapa awak ikut saya?” tanya Redza sambil memandang lama wajah si penyelamatnya. Tanpa Redza tahu, gadis itu akan menjadi mimpi ngerinya tak lama lagi.

“Aku sebenarnya datang untuk ha...”

Belum sempat Del hendak menghabiskan kata-katanya, muncul pekerja Redza memanggilnya agar masuk semula. Katanya ada sesuatu yang ibu Redza hendak katakan.

Del lihat wajah Redza pula. Kelihatan resah entah mengapa.

“Awak, ikut saya.”

Seolah-olah hilang peti suara, Del hanya mampu  mengikut saja ke mana Redza menariknya. Mereka berhenti tepat-tepat di hadapan seorang wanita anggun. Walaupun wajahnya sedikit berusia. Tapi langsung tak menjejaskan apa-apa. Wanita itu sangat cantik pada pandangan Del.

“Sayang, nilah Mommy saya.”

Luas mata Del memandang Redza. Okey, sekarang dia rasa nak bunuh Redza di hadapan semua orang. Berani-beraninya lelaki itu memanggilnya sayang? Matanya memancarkan aura dingin.

Redza tak peduli dengan pandangan membunuh Del. Dia mengelipkan mata sekali. Tanda meminta tolong dari Del. Sungguh, kemunculan Del hari ini telah memberikannya harapan baru. Selama ini, jenuhlah dia memikirkan bagaimana cara hendak menolak cadangan sang ibu untuk menjodohkan dia dan Nadirah itu. Tiba-tiba Allah hantar Del saat-saat begini. Memang tepat pada masanya.

Del tiba-tiba jadi salah tingkah. Sekejap dia betulkan jaket hoodienya, sekejap dia membetulkan topinya. Untuk apa dia buat begitu, dia pun tak tahu.

“Ni girlfriend Red?” suara Datin Dahlia membuatkan Del kembali memandang ke arah wanita itu.

Ada seorang wanita muda bersamanya. Siapa agaknya? Bakal isteri? Tunang? Girlfriend?

“Ya, mommy. Ni girlfriend Red. Red tak nak kahwin dengan Nadirah. Red tak cintakan dia. Red cintakan girlfriend Red.”

Dupdap dupdap jantung Del mendengar pengakuan sang lelaki. Dah kenapa dengan hatinya ini perasan semacam?

Kelihatan wajah Nadirah muram saja. Mana taknya, kena reject terang-terangan, kan?

Datin Dahlia hilang kata. Sebenarnya dia dah rancang untuk umumkan pertunangan anaknya dan Nadirah ini. Tapi, anak dia buat hallah pula. Dia pandang wajah si gadis di hadapan. Tak seperti Nadirah. Pakai pun macam lelaki. Raut wajah gadis ini pun kaku saja. Tak mesra. Perempuan macam ni ke nak jadi menantu dia? Lambat lagi dia nak restu. Tapi bergaduh di khalayak ramai akan menjatuhkan imejnya. Sudahlah dia ahli perniagaan terkenal. Tambahan pula ramai wartawan yang sedang mengambil gambar dia dan Redza sekarang ini.

Del tak selesa menjadi tumpuan ramai orang. Dia datang ke sini Cuma hendak berkenalan dengan mangsanya terlebih dahulu sebelum menjalankan tugasnya. Tapi... apa yang dah jadi ni? Rancangannya jadi sebaliknya. Selama ini dia tak pernah gagal meranccang apa-apa. Ini tak boleh jadi.

“Guys, kenalkan... ni girlfriend saya.”

Pengumuman yang Redza buat secara tiba-tiba membuatkan wajah Del dan puan Dahlia berubah. Puan Dahlia tahu, anaknya mengambil kesempatan yang ada.

“Red sengaja, kan? Red tahu mommy takkan boleh tunangkan Red dan Nadirah lepas ni. Semua dah tahu Red dah ada girlfriend.”

Puan Dahlia cuba sedaya-upaya menahan kemarahannya. Dia menghulurkan senyuman manis pada wartawan dan kawan-kawan yang menyapanya. Tak putus-putus mereka mengucapkan tahniah padanya dan Redza.

“Manakala Del... tak tahu hendak bereaksi bagaimana. Berpusu-pusu wartawan mengambil gambarnya.. Sungguh dia rasa macam nak bunuh orang!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience