"Kau siapa? Apa kau buat dalam bilik adik aku?" marah Aqiff. Dia berjalan kearah Qistina.
"Sabar Encik. S-saya..."
"Kau siapa?! Jangan-jangan kau yang cuba nak bunuh adik aku!" lengan Qistina ditarik. "Kau ikut aku. Kita pergi balai. Berani kau cederakan adik aku!"
"Ahh! Encik! Saya girlfriend Thafiq!" jerit Qistina. Apa kau sudah cakap ni? Ya Allah, kenapalah dengan mulut aku ni?
"Girlfriend? Sejak bila Thafiq ada grilfriend? Kau jangan nak tipu aku! Aku kenal Thafiq. Dia tak ada girlfriend."
Kau nak buat apa ni, Qistina. Qistina tergaman. "Ya, saya girlfriend Thafiq. Dia tak bagitahu sebab saya minta rahsiakan." Ambil kau! Sepatutnya kau beritahu perkara sebenar, bukan macam ni. Aduh, mampus aku nanti.
Aqiff merenung wajah Qistina.
Qistina berasa kekok apabila direnung begitu. Dia menundukkan kepalanya.
"Sorry. I tak patut halau U sampai macam tu. I minta maaf sangat." Aqiff memohon maaf. Buat malu ajelah kau ni, Aqiff. "Duduklah." kerusi ditarik.
"Terima kasih." Qistina menghela nafas. Nasib baik dia percaya. Kalau tak...
"U nak?" pelawa Aqiff kepada Qistina air kotak anggur.
"Thanks."
"Nama U apa?"
"Qistina."
"I tak percaya Thafiq ada girlfriend. Yalah, selalu busy dengan meeting. Kalau boleh, hampir setiap hari dia tak ada dekat rumah. I terkejut bila U kata yang U girlfriend dia." merah padam muka Aqiff menahan malu.
Qistina tersenyum manis.
"Maaf kalau saya menganggu. Saya nak tanya berapa lama Thafiq macam ni? Apa yang sudah berlaku?"
Aqiff mengerut dahi. Kata girlfriend Thafiq. Takkan tak tahu apa yang berlaku?
"Saya bukan apa. Terkejut saya apabila kawan Thafiq kata dia dekat hospital. Dah lama saya call dia tapi dia tak angkat." bohong Qistina. Nasib baik aku bijak nak fikir ayat.
"Oh. I pun tak tahu perkara sebenar. Sampai sahaja tempat parkir ofis, I nampak dia terbaring lemah. Berdarah dekat perut. Doktor kata luka tikaman terlalu dalam. Sebab itu dia koma."
Untung kau Thafiq dapat girlfriend prihatin macam Qistina. Aku bila lagi?
"U...I nak minta tolong. Tolong tengokkan adik I. I ada hal yang nak diselesaikan dekat ofis." pinta Aqiff. Dia serba salah hendak meninggalkan Thafiq sendirian.
"Boleh. U pergilah."
"Thanks."
"Welcome."
Aqiff pergi dengan cepat. Orang disana sangat memerlukan dia sekarang.
Qistina memerhati kepergiaan Aqiff. "Thafiq?" panggil Qistina. Ruang bilik diperhati. Mana tahu mamat ni muncul tiba-tiba?
Thafiq muncul. Dia memandang Qistina lama.
"Dekat sini rupanya kau. Bila kau nak masuk? Masuklah. Cepatlah!"
Thafiq hanya diam.
"Aku akan masuk selepas aku dapat cari siapa pelakunya."
"Pulak! Habis kau nak join aku cari pelaku ke? Masuklah! Biar aku nak cari sendiri! Kau tak payah sibuk. Aku tak selesa nak cari dengan roh macam kau. Masuklah!" marah Qistina. Dia bukan apa. Dia lebih selesa bekerja sendirian. Lagi satu, dia tidak mahu orang lain memandang dia pelik sebab bercakap sendirian.
Thafiq terus menghilang.
"Thafiq!" jerit Qistina. Nama Thafiq dipanggil berulang kali. Tak guna punya roh, aku tak sangka ada roh yang degil macam dia ni. Haih, sabarlah duhai hati.
"Terima kasih sebab temankan Thafiq. Maafkan I sebab biarkan U jaga dia dengan lama. U mesti penat."
"It's okay. Inikan tugas seorang girlfriend Thafiq." senyuman manis dihadiahkan kepada Aqiff.
Cantik! Puji Aqiff dalam hati.
"Saya minta diri dulu ya."
"Baiklah."
Qistina berjalan keluar. Dia berpaling kearah pintu. Roh Thafiq masih disana. Mungkin tak nak balik kut. Tanpa membuang masa, Qistina terus pulang.
Aqiff merenung wajah Thafiq. "Aku rindu kau. Aku rindu nak bergelak sakan dengan kau. Bangunlah. Mummy dengan Daddy tunggu kau dekat rumah." keluh Aqiff. "Kau jahat. Kau sudah buat Mummy dengan Daddy sedih. Aku benci kau." air mata lelakinya jatuh dengan laju. "Aku rindukan kau."
Sudah 5 bulan, Thafiq masih terbaring lemah. Keluarga Thafiq masih setia menunggu kepulangannya walaupun Doktor minta untuk lepaskan. Mereka menahan. Mereka kata Thafia akan sedar tak lama lagi.
"Assalamualaikum."
"Waalaikumussalam." jawap seorang wanita, Datin Lily selaku ibu kepada Thafiq.
Qistina tergaman. Hah sudah! Ada mak mamat ni pula. Air liur pahit ditelan. Dia menuju kearah Datin Lily. Mereka bersalaman.
"Aunty dengar ni girlfriend Thafiq. Betul ke? Aqiff yang bagitahu. Aunty tak tahu pula Thafiq ada girlfriend. Rupanya dalam diam berisi juga hati Thafiq."
Mereka masih belum tahu yang aku ni girlfriend 'olok-olok" Thafiq.
Qistina tersenyum.
"Aunty balik dulu ya. Malas nak menganggu pasangan yang mahu luahkan rasa rindu. Aqiff? Tak nak ikut Mumny balik?"
"Mummy baliklah dulu. Aqiff nak singgah ofis dulu baru balik. Maaf sebab Aqiff tak boleh nak hantar Mummy balik."
"Tak apa. Mummy faham Aqiff busy semenjak Aqiff gantikan Thafiqq. Mummy balik dulu. Assalamualaikum."
"Waalaikumussalam." balas mereka berdua.
"Kenapa U still tunggu Thafiq? U tahukan dia still koma. U tak bosan ke tunggu Thafiq selama 5 bulan ni? Kalau I, I dah lama tinggalkan."
Dia ni nak uji aku ke apa? "I tak pernah bosan tunggu dia sampai dia sedar. Kerana I tahu Thafiq akan bangun."
"But why?"
"Kerana I sayangkan dia. I tak mampu hidup tanpa dia." ujar Qistina. Kolam mata berlinangan. Dia sendiri tidak pasti kenapa dia sedih. Seolah kata itu datang dari hati.
Aqiff memandang wajah Qistina yang sedang mengelap air mata. "I gembira yang Thafiq jumpa orang yang betul. I harap U terus cinta dan sayangkan dia. Dia satu-satunya adik I. I cuma nak dia bahagia."
"Untunglah Thafiq. Kau dah ada! Aku bila lagi? Gadis manalah yang mampu menetap dalam hati I ni?" Aqiff meluahkan hasratnya.
Qistina ketawa. "Insyaallah, suatu hari nanti akan ada gadis yang berjaya menetap dalam hati awak."
JANGAN LUPA FOLLOW, COMMENTS AND VOTE.
Share this novel