Rate

4

Mystery & Detective Series 6575

"Haih segarnya! Dah lama tak ambil angin malam. Thanks sebab sudi teman. Tak adalah bosan sangat duduk seorang dekat luar."

Thafiq tersenyum manis.

"Tengok tu! Cantiknya bintang malam ni. Haih, rindu pulak dekat Mak Ayah."

Tatapan mata Thafiq tidak lepas memandang wajah Qistina.

"Kenapa kau tengok aku macam tu? Ada masalah ke?"

Thafiq menggeleng.

Pelik mamat ni. Selalu bising, harini diam. Aku ada buat salah ke? Fikir Qistina. Bukan kau tak tahu mulut kau macam mana. Main lepas je!

"Kalau aku nak cakap sesuatu boleh?"

"Apa dia?" Qistina menghadap Thafiq.

Malu Thafiq apabila Qistina menatap sebegitu.

"Kalau aku pergi, kau sedih tak?" tanya Thafiq dengan mata berlinangan.

"Kenapa kau tanya macam tu?" hairan Qistina dibuatnya. "Sedih? Sedih tu sedih. Tapi aku kena lepaskan kau. Kau berhak hidup." kata Qistina. Kepala ditunduk. Entah kenapa hatinya terasa sedih.

"Aku cintakan kau."

Pengakuan Thafiq mengejutkan Qistina. Tak mungkin Thafiq jatuh cinta kepadanya. Mereka baru sahaja kenal selama 5 bulan.

"Tapi, kita berbeda dunia. Maaf, aku tak boleh jatuh cinta dengan kau." pinta Qistina. "Kalau tak ada apa yang nak cakap, saya masuk tidur dulu. Bye." dengan pantas Qistina masuk ke dalam rumah.

Thafiq tersenyum melihat gelagat Qistina yang malu itu. Comel.

"Aku minta maaf. Aku terpaksa pergi. Mungkin memori aku dengan kau akan hilang. Aku berdoa akan bertemu dengan kau lagi. Maafkan aku, Qistina. Aku cintakan kau." Thafiq merenung tingkap bilik Qistina.

"Aku pergi dulu. Jaga diri." Thafiq perlahan menghilang.

Thafiq merenung kearah tubuh badannya. Wajah Aqiff yang penat juga dipandang.

Dia menghilang.

Tiba-tiba!

Mesin denyutan jantung berbunyi tanpa henti. Thafiq mengalami kekejangan.

Aqiff terkejut. Dia terus menuju kearah Thafiq. "Thafiq?!" panggil Aqiff.

"Nurse! Nurse!" jerit Aqiff kuat. Dia berlari memanggil nurse.

3 hari kemudian.

"Eh! Asal termenung jauh ni? Ada masalah ke?" tanya Aytiana. Paha Qistina ditepuk perlahan.

"Thafiq..."

"Kenapa dengan dia?" dahi dikerut.

"Dia dah tinggalkan aku. Dia sudah kembali ke badannya."

"Baguslah! Itu yang kau nak kan. Baguslah kalau dia kembali." kata Aytiana. "Sudahlah, jangan bersedih. Kau sudah berjaya hantar dia balik." Aytiana memeluk tubuh badan Qistina.

Qistina melajukan langkah kakinya. Bilik Thafiq menjadi tujuan dia. Tanpa mengetuk, Qistina terus masuk.

Kosong.

"Mana mereka pergi?"

Qistina keluar. Dia menuju kearah jururawat. "Nak tanya boleh?"

"Ye Cik?"

"Pesakit bilik 35, dia pergi mana?"

"Oh, pesakit bilik 35 sudah berangkat ke UK untuk mendapatkan rawatan yang bagus. Mereka baru sahaja bertolak pagi semalam."

Sampai hati mereka pergi tak bagitahu. Qistina tersenyum manis. "Terima kasih."

"Sama-sama."

Qistina berjalan keluar dengan perasaan yang hampa. Hampa kerana tidak dapat menegur orang yang dia sayang.

Qistina memandang langit. Thafiq, jagalah diri awak dekat sana. Saya doakan awak cepat sembuh. Semoga kita bertemu lagi. Terima kasih kerana sudi menjadi kawan saya selama 5 bulan. Saya bahagia.

JANGAN LUPA FOLLOW, COMMENTS AND VOTE

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience