Rate

2

Mystery & Detective Series 6575

"Macam mana aku nak start cari maklumat lelaki itu? Aduh susahnya!" geram Qistina dibuatnya. Otaknya liat berfikir macam mana nak cari maklumat. Satu habuk aku tak tahu pasal roh lelaki itu.

Kertas A4 dikeluarkan. Dia melukis wajah lelaki itu. Haih! Setakat muka nak buat apa. Lainlah dia anak orang kaya. Senang sikit nak cari. Tapi? Kau tak akan jumpa juga walaupun ada muka sebab kau tak tahu nama dia!

Keluhan berat dilepaskan. Qistina merenung dalam kearah komputer.

"Heh Qistina, aku tengok kau termenung komputer tu sampai nak tembus. Kau fikir apa? Ada masalah ke?" tanya Zakrul.

"Kau ni pun! Jangan buat aku terkejut boleh tak? Sakit tau bahu aku! Kau punya tangan kalau pukul orang boleh berlebam tau." bahu digosok perlahan. Sah! Berlebam bahu aku nanti.

"Alaa...sorry okay. Aku tak sengaja. Aku panggil nama kau, kau tak jawap. Sebab tu aku pukul bahu kau. Biar kau kembali ke alam nyata."

"Aku bukannya apa. Cuma duduk fikirkan sesuatu. Kau? Tak ada kerja ke? Ada dapat berita baharu? Ingat okay, Bos nak berita hangat." tanya Qistina. Mereka bekerja di sebuah syarikat pemberitaan dunia hiburan.

"Buat masa ni tak ada lagi berita hangat. Tunggulah. Tahulah aku nak jawap macam mana dekat Bos."

"Yalah."

Tanpa sengaja mata Zakrul ternampak lukisan Qistina. "Kau perminat dia ke?"

"Perminat? Dia artis ke?"

"Serius kau tak tahu siapa dia? Habistu macam mana kau boleh lukis muka dia?"

Hah sudah! Kau nak jawap apa ni? Cepat idea tolong datang. "Aku jumpa dekat internet gambar dia. Lepastu aku lukis. Aku tak tahu pula dia orang terkenal. Ingatkan model pakaian."

Inilah THAFIQ NAUFAL BIN DATO TAUFIQ. Dia adalah CEO syarikat yang paling berjaya dalam Malaysia iaitu MEGAHOLDINGS. Takkan kau tak tahu. Setahu aku, dia ni popular dalam kalangan wanita. Pakej lengkap kan, wanita mana tak jatuh cinta."

"Anak Dato rupanya. Banyak juga kau tahu pasal dia?"

"Aku perminat dia. Hehe. Aku suka cara life dia. Tapikan..."

"Tapi apa?"

"Tak silap aku, dia dalam keadaan koma sekarang."

"Koma? Maksud kau?" tanya Qistina. Jadi dia belum mati lagi? Hanya roh terkeluar daripada badan.

"Ada orang cuba bunuh dia. Dia kena tikam."

"Tapikan kenapa aku tak pernah dengar pasal dia? Tak keluar berita pun. Yalah dia kan CEO."

"Entahlah. Tapi aku dengar, Dato Taufiq yang bayar syarikat macam kita untuk tutup mulut pasal anak dia. Mungkin dia tak nak anak dia kena serbu dengan wartawan. Yalah tengah koma sekarang. Ayah mana tak risau dengan keadaan anaknya. Dia takut penjahat menyamar sebagai wartawan dan cuba bunuh anak dia."

Qistina mengangguk faham. Baru dia tahu kenapa roh itu tidak mengingati dirinya. Aku akan bantu kau cari siapa pembunuhnya dan kembalikan roh kedalam tubuh badan. Aku nekad!

"Allah!" jerit Qistina. Dada diurut perlahan. Tak guna punya hantu! Boleh pula dia muncul macam tu sahaja. Nasib baik tak ada penyakit jantung, kalau tak terus gol.

Beg kerja dicampak atas sofa. Qistina menuju kearah dapur. Dahaga pula rasa. Penat bekerja seharian membuatkan dia dahaga.

Roh itu hanya mengikut dari belakang.

"Aku sudah jumpa maklumat tentang diri kau. Kau anak orang kaya. Anak Dato Taufiq dan kau adalah CEO MEGAHOLDINGS. Umur kau 25 tahun. Kau ada seorang abang, nama dia AQIFF AMSYAR BIN DATO TAUFIQ." kata Qistina. Wajah roh itu dikelih.

Thafiq hanya diam membisu. Mukanya seakan sedang mengingati semua maklumat dirinya.

"Kau sudah ingat?"

Gelengan sebagai jawapan.

"Tak apa. Aku akan bantu kau ingat. Esok aku akan pergi cari hospital mana kau tinggal sekarang."

Thafiq tersenyum memandang Qistina.

Thafiq duduk termenung. Dia memandang langit malam.

Sesekali dia berfikir mengingati siapa dirinya. Tetapi tidak boleh.

Tingkap bilik Qistina dipandang. Tanpa sengaja mulutnya tersenyum kecil.

"Hospital mana lagi aku nak cari ni?" senarai kertas hospital dikeluarkan. "Okay...mari kita tengok tinggal hospital apa lagi?" matanya meneliti melihat senarai nama hospital termahal di Kuala Lumpur. "Prince Court. Nampaknya inilah hospital yang last." Qistina memandang keliling. Matanya meliar mencari roh lelaki itu. Mana pula mamat ni pergi? Boleh pula dia hilang macam tu je. Bukan nak tolong aku ke apa? Rungut Qistina.

"Hish! Kau ni. Selalu buat aku terkejut!"

Thafiq hanya tersenyum. Dia menunjuk kearah bilik sebelah Qistina.

"Kau sudah jumpa?"

Thafiq mengangguk laju. Dia terus hilang dari pandangan Qistina.

"Heh tunggulah!" Qistina masuk kedalam bilik itu. Besarnya! Sempat lagi matanya melihat ruang bilik mewah. Dah nama kan hospital mahal. Mestilah mewah. Tubuh terbaring lemah dipandang. Dia berjalan dengan perlahan.

"Thafiq..." wajah roh itu dipandang. "Tunggu apa lagi? Masuklah."

Bruk. Pintu bilik dibuka.

Thafiq sekali lagi menghilang. Qistina terkejut. Dia berpusing melihat siapa gerangan yang datang?

"Kau siapa?"

JANGAN LUPA FOLLOW, COMMENTS AND VOTE.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience