"Macam mana kau boleh accident ni? Kau jalan mata letak dekat mana? Hish, kau selalu buat aku risau. Nasib baik kau tak apa-apa. Kalau tak, macam mana aku nak jawap dekat ayah kau." marah Aytiana.
Bukan aku yang jalan tak guna mata. Salah roh tu sebab kacau aku masa aku nak lintas jalan. Sebab dia, aku accident. Lepas tu, blah macam tu je. Nampak sangat roh tu nak sakitkan aku." lengan baju ditarik. Haih luka lagi. Sampai bila aku nak dapat parut disebabkan hantu?
Aytiana menghela nafas berat. "Haih, berani pula roh tu nak sakitkan kau. Kau ni pun satu! Buat tak nampak sudahlah. Tak payah pergi layan dia. Itulah, aku suruh tutup mata batin kau tu, kau tak nak!"
"Bukan aku tak nak tutup. Tapi, kalau tutup pun, ia akan terbuka balik. Allah dah bagi kelebihan. So buat apa aku nak tutup? Lagipun aku dah biasa. Bukan aku nak layan roh tu tadi. Dia yang kacau aku sampai aku naik rimas!" Qistina menyumpah. Mulutnya berkumat kamit. Entah jampi apa dibaca.
"Sudahlah. Jom kita balik. Tak ada guna kita bergaduh pasal roh tu. Dia tetap akan kacau kau juga sebab kau ada kelebihan tu." pinta Aytiana menghentikan Qistina daripada menyumpah. Tak ada gunanya kau menyumpah dekat mahkluk kasat mata.
"Asal ni? Kenapa berhenti?" pelik Aytiana melihat Qistina tiba-tiba sahaja stop di koridor hospital.
"Ada roh ikut kita."
"Mana?"
Mulut dimuncung.
Aytiana berpaling kearah bilik mayat. "Kenapa kita ambil jalan ni? Aduh, masalah betullah! Dia nak serang kau ke?"
"Aku tak pasti. Dia nampak macam carikan sesuatu. Muka dia nampak macam sedih. Haahlah! Kenapa kita lalu jalan ni?" rungut Qistina. Kau ni pun satu! Jalan lain banyak lagi. Tapi kau nak lalu jalan ni juga. Aku tahulah tempat parkir tu dekat. Aku rela ambil jalan jauh asalkan aku jauhkan diri daripada roh.
"Carikan sesuatu?"
"Haah. Jomlah kita pergi cepat." lengan Aytiana ditarik kuat.
"Thanks!" jerit Qistina. Kereta Aytiana kian menjauh dilambai.
Penatnya! Nampaknya aku boleh tidur awal malam ni. Tak ada satu pun mahluk yang ikut aku sampai balik.
"Tolong saya..."
Suara itu menghentikan langkah Qistina. Aduh! Ada yang ikut aku sampai balik! Qistina tidak layan. Sebaliknya langkah dicepatkan.
"Argh!" jerit Qistina. Roh itu tiba-tiba muncul sahaja dihadapannya.
"Kau nak apa?! Jangan ikut aku!" marah Qistina. Dia melarikan anak mata daripada terus menatap mata roh itu.
"Tolong saya..."
"Kau dah mati! Tak ada gunanya kau minta tolong dekat aku! Pergi sana! Kalau tak aku baling garam dekat kau!" bekas garam dikeluarkan.
"Roh itu terus menghilang. "Aik? Tahu pun takut! Pandai juga kau tipu roh tu!" puji Qistina. Dengan cepat dia masuk kedalam rumah. Takut roh itu muncul pula.
"Tolong saya..."
"Hish! Kau nak apa lagi? Boleh tak bagi aku tidur?! Aku mengantuk lah!" sekali lagi Qistina mengamuk. Bantal dibaling dihujung katil.
"Tolong saya..."
Nafas berat dihembus. Dia bangun dari pembaringan. "Boleh tak kau pergi? Please. Aku perlukan rehat yang secukupnya untuk bekerja esok. Please."
"Tolong saya..." seru roh itu. Hanya itu yang dia mampu katakan sekarang. Hanya Qistina sahaja mampu menyelesaikan masalah dia.
Wajah roh itu dijerling. Dia ni mati dalam keadaan elok ke? Tak hancur pun muka dia. Banyak hantu yang aku jumpa tapi tak macam dia. Nasib baik hensem. Boleh aku hilangkan rasa takut.
"Kau nak aku buat apa supaya kau pergi jauh dari aku?"
"Tolong saya..."
"Baiklah. Aku akan tolong kau asalkan kau pergi jauhkan diri daripada aku lepas kau dapat apa yang kau nak." wajah roh itu direnung. "Kenapa kau dekat sini? Kau tak boleh nak pergi dekat alam sana? Ada sesuatu yang buat kau kekal diatas bumi ni?"
Roh itu merenung kearah pisau kertas. Lama pisau kertas ditenung.
Qistina mengikut. "Pisau kertas? Kau kena bunuh ke?" Jahatnya. Siapa yang buat macam ni dekat dia? Ini mesti kes cemburu.
"Aku kena bunuh. Tapi..."
"Tapi?"
"Aku tak jumpa mayat aku dekat mana? Aku juga tak ingat siapa diri aku dan orang yang bunuh aku?"
Hah sudah! Nampaknya kau akan ada kerja yang sangat busy nanti. Kerja carikan maklumat lelaki ini dan pembunuhnya.
"Asal kau datang rumah aku pagi-pagi ni?"
"Aku bawakkan nasi lemak. Aku beli dekat simpang sana. Bosanlah nak makan sorang. Sebab tu aku datang rumah kau."
"Nasi lemak? Wah dah lama aku tak makan. Sejak akhir-akhir ni aku susah nak makan dan tidur. Selalu kena ganggu."
"Kau ni pun. Kalau kena ganggu kau ajaklah aku tidur rumah kau. Boleh aku temankan kau sampai kau tertidur."
"Malaslah aku nak ajak kau tidur sini. Kau pun sama bising dengan hantu. Nanti tak tertidur aku dibuatnya."
"Hehe. Sorry time aku tidur rumah kau tu, aku syok duduk layan cerita Korea sampai ganggu kau tidur. Aku tak boleh tengok part sedih. Nanti air mata aku jatuh dengan laju."
Qistina menjerling. Dia memandang rumahnya itu. Mana pulak roh tu pergi?
"Kau tengok apa tu?" tanya Aytiana. Dia juga ikut melihat rumah Qistina.
"Kenapa? Ada roh dalam rumah kau?"
"Ada." jawap Qistina.
"Ada?! Mana?!" tanya Aytiana ketakutan. Matanya meliar melihat ruang rumah.
"Ye. Ada tapi malam semalam. Pagi ni tak ada. Mana pula dia pergi?"
"Kau boleh pula tanya mana dia pergi? Kau dah gila ke? Buat apa kau cari roh yang dah lama mati?"
"Aku bukan apa. Tapi roh tu macam pelik sikit."
Kening Aytiana dijongket. "Pelik?"
"Muka dia tak hancur langsung. Sempurna lagi muka dia. Tapi kesian, dia kena bunuh." Pasu direnung. "Yang lagi pelik, mayat dia tak jumpa. Dia pun tak ingat siapa dia dan pembunuh dia. Aku rasakan ni mesti kes cemburu. Orang tu bunuh dia sebab cemburu. Itulah manusia, tak boleh nak tengok orang bahagia sikit. Asal bahagia, santau. Tak pun, sanggup membunuh asalkan dia puas."
"Sudahlah Qistina. Aku sarankan kau jangan nak libatkan diri dalam perkara macam ni. Aku sayang kau. Aku tak nak kehilangan kau. Kau jangan berani nak lawan cakap aku."
"Tapi...aku sudah berjanji dengan dia yang aku akan tolong dia. Aku akan hantar dia pergi dengan tenang."
"Qistina..."
"Aku nekad. Aku tetap akan bantu dia."
Aytiana menarik nafas panjang. "Ikut suka hati kau lah. Aku akan sentiasa doakan kau berjaya lakukan. Tapi, jangan sampai kau sakit. Aku takut tengok kau sakit. Kau dah macam adik aku." wajah Qistina direnung.
"Thanks. Aku akan pastikan yang aku tak akan buat kau sedih."
JANGAN LUPA FOLLOW, COMMENTS AND VOTE.
Share this novel