“TAK penting pun mesej yang masuk ni. Cepatlah kata tadi ada makanan untuk I. I nak you suap I,” kata Mirul dan menyimpan telefonnya ke dalam poket setelah mematikan telefonnya tanpa disedari oleh Jay.
Jay tiba-tiba menjadi gembira semula bila Mirul seperti ingin bermanja dengannya. “Sayang makan bubur dengan ayam goreng Mcd ni eh? I suap.” Laju saja tangan Jay menyuap Mirul.
Mirul tersenyum sambil menganga mulut.
“I love you, sayang…” ucap Jay sambil matanya dan Mirul bertentangan.
Laju saja Mirul masukkan sudu yang ada bubur dan ayam itu ke dalam mulutnya. Dan berpura-pura tersedak. “Air yang.”
Jay menghulurkan air mineral kepada Mirul. Laju saja Mirul meminumnya.
“Gelojoh sangat.” Jay mengesat mulut Mirul menggunakan jarinya. Wajah Mirul diusap perlahan.
“I sayang you tau.”
Mirul diperangkap lagi. Mirul mengangguk.
“I pun.”
“I tak bodoh Mirul,” kata Jay.
Gulp. Mirul telan air liur lagi. Kenapa dengan Jay malam ini. Mirul sendiri sudah rasa tidak selesa dengan Jay.
“Tak ada siapa kata you bodoh. Kenapa ni?” tanya Mirul konon prihatin.
Jay angkat bahu. “Banyak sangat persoalan kat kepala I ni…”
Mirul gosok kepala Jay perlahan. “Jangan overthinking okey?”
Jay pandang Mirul lama.
“Kita… kita baik-baik je kan?” tanya Jay dalam nada ragu-ragu.
Anggukan Mirul dan senyuman Mirul membuatkan Jay lega sedikit.
“Pasal umi… I tak tahu kenapa I dapat rasa umi macam dah tak suka I semenjak dua ni. You pun tak bagi I jumpa umi dah. Boleh I tahu kenapa? I ada buat salah ke?” tanya Jay polos.
“Fikiran you je sayang. Look, bagi I settle hal kerja dulu. Umi pun you tahu kan baru nak sihat. Bila semua benda dah okey, then kita tengok macam mana,” balas Mirul bersahaja.
Jay mengerutkan wajahnya. “Tengok macam mana?” Nada bertanya semula Jay.
Keluhan Mirul menjadi berat. “You terasa pasal Langkawi ke? Yang kita balik awal ni?”
Jay mula pening kerana di kepalanya terlalu banyak tanda tanya. “I kan sekarang ni banyak benda nak tanya kat you. Tapi, I tahu you akan suruh I bertenang, jangan banyak fikir. Pasal Langkawi tu…”
“Sumpah I penat sekarang ni. I fikir I dapat bermanja or tenang dengan you. Tapi lagi rumit pulak. Tak apalah I masuk dulu. Thanks sebab drive malam-malam and risaukan I. I nak you balik rumah and bila dah sampai text I,” arah Mirul bersahaja seakan-akan mengelat.
“Mirul…”
“Jay… please.”
Sungguh hati Jay memang tidak lagi dapat menahan rasa. Bagai ada sesuatu yang tidak sudah dalam hatinya.
Mirul gosok kepala Jay dan keluar dari kereta. Jay melepaskan keluhan yang berat seakan-akan mahu melepaskan beban yang memberat di pundaknya.
Kenapa aku rasa seperti aku saja dalam hubungan ini?
“JAY?” Panggilan dan ketukan pintu dari luar menyentakkan Jay yang terbaring di atas katil. Perlahan-lahan dia bangun dan membuka pintu. Terjengul dua wajah sahabatnya itu.
Sab terus mendemah dahi Jay. “Kau demamlah gila.”
Terus Jay menolak tangan Sab dan terus menuju ke sofa dan berbaring di ruang tamu itu. Ode dan Sab hanya menurut dari belakang.
“Kau dah makan belum?” tanya Ode bila melihat rumah itu kemas sahaja.
Jay hanya menggeleng. “Tak ada selera.”
“Kau sakit ni. Takkan rindu kat kitorang kut?” sakat Sab.
Jay buat muka nak muntah.
“Sihat tu…” Ode dan Sab saling berpandangan dan mengangguk.
“Siaplah, kita pergi makan. Ode nak open table,” kata Sab tanpa mendapat kata persetujuan Ode. Bulat mata Ode.
“Pergilah korang,” balas Jay.
Sab dan Ode saling berpandangan. “Sah! Tak sihat!”
“Korang ni apa hal?” Jay bersandar di sofa dan cuba mengeliat.
“Taklah. Kau kan suka pau-pau kitorang bab makanan ni. Bila kau tak nak ni aku syak kau demamlah,” tambah Ode.
“Takkan putus cinta kan macam ni?” Sab menambah lagi.
“Choi!!!” Jay baling kusyen kepada Sab.
“Dah tu. Siaplah. Kitorang call kau tak jawab, mesej tak balas,” rungut Sab.
Jay hanya diam. Ode memandang Jay seperti sedang menganalisis sesuatu. “Ada apa jadi ke kat Langkawi ni?”
Jay dan Sab terus pandang Ode dengan wajah terkejut.
“Asal pandang aku? Jay yang pergi Langkawi. Kan dia balik awal dia cakap. So aku tanya je. Yang pandang aku macam tu kenapa?” Terkejut Ode dibuatnya.
“Tak, kau dah bagi idea kenapa Jay macam ni. Ha, Jay apa hal?” tanya Sab kepada Jay yang terus mengeluh dengan kuat. Dia perlu ceritakan apa yang bermain di fikirannya kepada dua orang sahabat baiknya ini.
“ALHAMDULILLAH, terima kasih Ode. Kenyang kitorang. Murah rezeki kau,” kata Sab sambil menyambung minum air pula.
Ode menjeling Sab untuk melihat Jay yang sedang melihat telefon pintarnya.
“Dia tak call kau ke?” tanya Sab.
Jay mengeluh. “Entahlah. Aku memang nak confront dia terus. Tak sukalah macam ni. Dia macam ada sorok something dengan aku.”
“Dia ada orang lain ke?” Ode serba salah untuk menyuarakan hal ini.
Diam.
Suasana sunyi. Membiarkan Jay menghadam kata-kata tersebut.
Perlahan Jay gelengkan kepala. “Mungkin dia ada benda tak luahkan kat aku. Terutama pasal umi dia. Aku rasa umi dia ada terasa dengan aku ke kut.”
Sab dan Ode hanya mengangguk. Jay lebih kenal Mirul daripada mereka.
“Kau jelah minang dia. Kau kan wanita yang start the move first. So, better kau culik dia and kahwin lari.”
“Aku dah ajak dia dah kahwin lari masa kat Langkawi. Dia yang tak nak.” Jay tergelak kecil. “Thanks korang sebab risaukan aku. Nanti aku settlekan benda ni dengan Mirul. Esok aku ajak jumpa sebab hari ni aku memang tak larat dah. And doakan aku.”
Sab dan Ode berpandangan bagai setuju dengan apa yang mereka fikirkan.
Mirul dah tawar hati atau Mirul ada orang lain.
Maka, Jay akan single semula.
Bermakna, akan putus cinta…
TIRAI langsir disingkap perlahan dan Jay membuang pandangan di luar melihat pemandangan bandar waktu malam. Dia menarik nafas dan menghembuskannya perlahan.
Jangan jadi bodoh Jay. Kau sorang je sekarang ni tengah pertahankan apa yang ada. Mirul dah lama tak ada dalam hubungan ni. Jangan terus-menerus menafikan Jay. Hati Jay bersuara.
Air mata dikesat perlahan. Dia mahu hubungannya dengan Mirul akan bersambung sebagai suami isteri. Dia mahu hidup dan mati bersama Mirul, namun dia tidak bodoh sudah lama dia rasakan Mirul telah jauh pergi daripadanya.
Jay memegang rantai di lehernya lantas teringat peristiwa penuh bahagia dia dan Mirul.
“I love you, I love you. Tolong ingatkan I kalau I dah lupa untuk ucap ayat ni dan tolong ingatkan I yang I tak nak hilang you dari hidup I,” ucap Mirul setelah menghadiahkan rantai emas kepada Jay.
Berlinang air mata Jay. “Mahal ni sayang. I pun. I love you more than you know. Kita sama-sama ingatkan diri kita okey. Now, cari duit nak kahwin and happy kan family kita.”
Mirul kesat air mata Jay. “I hanya benarkan air mata gembira je mengalir dekat mata you. Bukan kesedihan, okey?”
Jay terus memeluk Mirul. Mirul membalasnya.
Bum!
Bunyi guruh menyentakkan lamunan Jay. Terus Jay menutup tirai langsir dan berbaring di atas katil sambil mencapai telefon pintarnya.
I news message
Mirul Baby
- Good night. Jumpa esok okey. Tidur lena sayang.
Jay tergelak kecil dalam derita kerana membaca mesej itu. Entah kenapa dia merasakan Mirul hanya sekadar membalas mesejnya kerana terpaksa. Jay mengangguk kecil. Selagi dia boleh menunda perpisahan ini dia akan tunda kerana dia tidak mahu putus cinta.
Tak nak!
“TERIMA kasih sebab selalu ada dengan saya. Percaya cakap saya, ini yang terakhir. Saya akan putus dengan dia. Kita tak perlu sorokkan hubungan ni.” Mirul memandang kekasih hatinya yang berada di dalam kereta dengannya.
Wanita itu mencapai tangan Mirul. “Untuk masa depan kita sayang. Awak kan tak sabar nak kahwin dengan saya,” ucap wanita itu dengan manja.
Tanpa serba salah Mirul mengangguk. “Saya turun dulu kang lama dia tunggu. Ini pun dah lambat sangat. Awak jangan lupa kunci pintu. Jangan pergi mana-mana tau. Saya akan tamatkan semua ni dengan cepat.”
“Ya baby…” Cepatlah nanti nak pergi birthday parti lagi.
Mirul keluar dari kereta dan memandang wanita itu dengan penuh rasa cinta. Rasa cinta yang dulu kepunyaan Jay, kini menjadi milik wanita lain. Dia juga tidak menyedari bila perasaan itu hilang.
Perlahan Mirul melangkah dan dia melihat Jay yang sedang duduk menunggunya. Jujur hatinya sedih tapi dia mahu hidup yang lebih baik. Jay bukan untuknya.
Perasaan yang ada selama ini hanya perasaan selalu ada, perasaan terbiasa bukan perasaan cinta.
Mirul berdiri di hadapan Jay dan Jay memandangnya.
“Kita putus okey?”
Berubah air muka Jay. Mungkin Jay sedang menerima dan memproses setiap ayat yang dia luahkan tadi.
“Jay? Please say something…” kata Mirul.
“You nak I cakap apa? Keputusan you dah buatkan?” balas Jay dengan muka yang menahan sebak. Siapa tidak sedih bila hubungan yang dijaga kini musnah di tengah jalan.
Mirul menunduk perlahan dan cuba mencapai tangan Jay, namun Jay mengundur ke belakang.
Jay menggeleng kepala. “Betullah selama ni you memang dah tak ada hati dengan I. You asyik tangguh je kan nak putus dengan I? Padahal sebelum ni I dah pernah tanya tapi you bina kepercayaan balik,” kata Jay cuba menjadi kuat. Dia tidak boleh nampak lemah.
Tanpa menafikan, Mirul mengangguk. “I tak nak sakitkan perasaan you.”
“Habis tu sekarang ni apa? I tengah happy ke?” tanya Jay dengan sinis.
“Jay… I minta maaf dan I hargai setiap apa yang kita lalui bersama. I happy bila dengan you…” Percakapan Mirul terhenti sebab dipotong.
“Kalau happy kita takkan putus!!!” Terjerit sedikit suara Jay.
“Happy tak semestinya cinta, Jay. Happy tak semestinya kena kahwin atau kena bersama. Betul?” Mirul juga makin menegang.
Tergeleng-geleng kepala Jay, masih tidak puas hati dengan apa yang terjadi. Semua ini berlaku dengan cepat. Sebelum Mirul ke laut 4 bulan lepas semuanya okey saja. Balik saja ke sini semuanya dah jadi lain.
“You ada orang lain kan?”
Mirul ketawa sinis. “Kalau I ada orang lain ini akan menyenangkan cara kita putus ke?”
Terkejut Jay, lelaki di hadapannya ini siapa sebenarnya? Sekelip mata berubah. Perlukah dia merayu dan meratap, tetapi jauh di lubuk hatinya. Mahukan dia terus kuat dan tidak nampak lemah. Orang dah tak sudi buat apa mahu lagi.
Kring, kring, kring.
Telefon Mirul berbunyi dan Mirul terus mengangkatnya. “Helo umi?”
Hati Jay lega sedikit bila Puan Suriani yang menelefon. Dijeling Mirul yang asyik mengangguk.
“Dah umi. Tengah bincang ni… baik umi. InsyaAllah umi. Nanti lepas ni Mirul balik rumah umi.” Terus saja Mirul putuskan panggilan selepas memberi salam.
Panahan mata Jay tepat memanah mata Mirul. “Umi kirim salam.”
Jay masih diam dan tegak berdiri memandang Mirul. Menunggu kata-kata seterusnya.
“Umi yang nak I berpisah dengan you dan umi suka tengok I dengan Tasha. Jadi kami akan disatukan dalam masa terdekat.”
Pang!
Bagaikan ditusuk belati pada dadanya. Air mata Jay akhirnya mengalir. “I ada satu soalan. Tolong jawab dengan sejujurnya. Lepas you jawab, I akan terus balik. Kita dah tak ada apa-apa. Tapi I nak tanya you soalan ni.”
Mirul merasa lega. Dia mengangguk perlahan. Dia mahukan semua ini berakhir dengan cepat.
“Apa yang jadi kat I masa kita kat Langkawi dulu? You ada buat apa-apa ke?”
Muka Mirul terus berubah.
Mirul menggeleng laju. “Tak ada apa pun jadi.”
“Jadi apa?” tanya Jay dengan garang.
Mirul hanya diam. Dia terkelu. Kejadian di Langkawi bermain di kepalanya.
“You ada buat benda tak baik dengan I kan? You letak something dalam air yang I nak minum kan? Sebab tu pagi tu you gelabah ajak I balik apa semua,” terjah Jay dengan nada yang semakin bengang.
“Tak. Stop it Jay. Tak ada apa yang jadi pun. You yang selalu fikir buruk-buruk. Pagi tu I rushing ada benda nak kena buat kat KL. Tak ada apa jadi. Percayalah,” kata Mirul tagih kepercayaan Jay.
“Percaya? Sebab percayalah I setia tunggu you. I benam setiap apa prasangka yang lalu kat kepala I, kat hati I… I cuba faham situasi you, I pendam perasaan I yang asyik terluka dengan setiap perbuatan you yang acuh tak acuh. I selalu yakinkan diri I yang you memang sayangkan I and takkan tinggalkan I…” Air mata Jay mengalir akhirnya. Sebak di dada hanya Tuhan yang tahu.
Dia mahu luahkan semuanya hari ini.
“I dah pesan kat you dulu jangan berjanji ketika gembira. I pesan kat you, jangan sekali tipu I. Kalau dah tak sayang bagitahu bukan seksa I macam ni, biarkan I tertanya-tanya dan lepas tu bom I macam ni. Hebat Mirul,” kata Jay yang matanya sudah penuh rembesan air mata.
Mirul hanya tertunduk mengaku salah.
“Rantai ni…” Jay menunjuk rantai yang dia sedang pakai.
“Ingat lagi?”
Mirul memandang dan mengangguk.
“Sial!”
Terkejut Mirul dengan sumpahan itu.
“Terkejut kenapa? Sekarang ni I tengah ingatkan you pasal kenangan rantai ni. So, apa you nak cakap dengan I?” tanya Jay dengan nafas yang tersekat.
“Please Jay. I… I dah tak boleh nak teruskan dah…”
Jay mengangguk.
Jay kesat air mata. Dan cuba bertenang. “Nak cakap apa lagi pun dah tak guna. You pun dah decide. Terima kasih sebab akhirnya jujur dengan I…”
Belum sempat Jay menghabiskan ayatnya ada seorang wanita muncul.
“Sayang?”
Mirul tersentak memandang wanita yang menghampiri mereka. Mirul berdecit. Bala lain yang akan menimpa dia nanti.
“I suruh you duduk dalam kereta kan? Kenapa keluar? Pergi sana.” Mirul dalam keadaan terdesak. Dia tidak suka situasi ini.
Jay tergelak. “Wow, dah cari lain rupanya. You memang… sorry I rasa nak mencarut je hari ni sebab you layak dapat. You memang bangsat! So, inilah Tasha?” Jay buat muka memerli dan dia tidak akan merayu lagi dengan jantan keparat ni.
Muka wanita itu berubah. “Tasha? Siapa Tasha? I, Zulaikha,” kata wanita itu.
Jay tergelak dan memandang wajah Mirul yang seperti terkantoi.
Share this novel