Prolog

Romance Series 3139

FUHHH!

Jay meniup rambut depannya menandakan dia sudah menunggu lama orang yang baru tiba di hadapannya. Kebelakangan ini dia merasakan sangat terasa dengan sikap kekasihnya, Mirul.

“Kita putus, okey?”

Terbeliak biji mata Jay dengan ucapan Mirul. Tak ada angin, tak ada ribut tiba-tiba mahu putuskan hubungan pula. Jantung Jay bagaikan terhenti. Dia tidak mahu hubungan ni berakhir begitu saja. Sudah dia canangkan kepada keluarga di kampung yang kekasihnya seorang kapten kapal.

Masihkah dengan janjimu apapun jadi akulah pilihanmu
Engkau sanggup hapusi cinta yang lalu
Ku angankan pelamin indah untuk kita berdua singgah
Sayangnya semua musnah…

Lagu Pelamin Anganku Musnah bermain di corong telinga khayalannya.

“Jay? Please say something…” kata Mirul.

“You nak I cakap apa? Keputusan you dah buatkan?” balas Jay dengan muka yang menahan sebak. Siapa tidak sedih bila hubungan yang dijaga kini musnah di tengah jalan.

Mirul menunduk perlahan dan cuba mencapai tangan Jay, namun Jay mengundur ke belakang.

Jay menggeleng kepala. “Betullah selama ni you memang dah tak ada hati dengan I. You asyik tangguh je kan nak putus dengan I? Padahal sebelum ni I dah pernah tanya tapi you bina kepercayaan balik,” kata Jay cuba menjadi kuat. Dia tidak boleh nampak lemah.

Tanpa menafikan, Mirul mengangguk. “I tak nak sakitkan perasaan you.”

“Habis tu sekarang ni apa? I tengah happy ke?” tanya Jay dengan sinis.

“Jay… I minta maaf dan I hargai setiap apa yang kita lalui bersama. I happy bila dengan you…” Percakapan Mirul terhenti sebab dipotong.

“Kalau happy kita takkan putus!!!” Terjerit sedikit suara Jay.

“Happy tak semestinya cinta, Jay. Happy tak semestinya kena kahwin atau kena bersama. Betul?” Mirul juga makin menegang.

Tergeleng-geleng kepala Jay, masih tidak puas hati dengan apa yang terjadi. Semua ini berlaku dengan cepat. Sebelum Mirul ke laut 4 bulan lepas semuanya okey saja. Balik saja ke sini semuanya dah jadi lain.

“You ada orang lain kan?”

Mirul ketawa sinis. “Kalau I ada orang lain ini akan menyenangkan cara kita putus ke?”

Terkejut Jay, lelaki di hadapannya ini siapa sebenarnya? Sekelip mata berubah. Perlukah dia merayu dan meratap, tetapi jauh di lubuk hatinya. Mahukan dia terus kuat dan tidak nampak lemah. Orang dah tak sudi buat apa mahu lagi.

Kring, kring, kring.

Telefon Mirul berbunyi dan Mirul terus mengangkatnya. “Helo umi?”

Hati Jay lega sedikit bila Puan Suriani yang menelefon. Dijeling Mirul yang asyik mengangguk.

“Dah umi. Tengah bincang ni… baik umi. InsyaAllah umi. Nanti lepas ni Mirul balik rumah umi.” Terus saja Mirul putuskan panggilan selepas memberi salam.

Panahan mata Jay tepat memanah mata Mirul. “Umi kirim salam.”

Jay masih diam dan tegak berdiri memandang Mirul. Menunggu kata-kata seterusnya.

“Umi yang nak I berpisah dengan you dan umi suka tengok I dengan Tasha. Jadi kami akan disatukan dalam masa terdekat.”

Pang!

Bagaikan ditusuk belati pada dadanya. Air mata Jay akhirnya mengalir. “I ada satu soalan. Tolong jawab dengan sejujurnya. Lepas you jawab, I akan terus balik. Kita dah tak ada apa-apa. Tapi I nak tanya you soalan ni.”

Mirul merasa lega. Dia mengangguk perlahan. Dia mahukan semua ini berakhir dengan cepat.

“Apa yang jadi kat I masa kita kat Langkawi dulu? You ada buat apa-apa ke?”

Muka Mirul terus berubah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience