BAB 6

Drama Completed 323

“Ye, saya sangat cemas. Tetapi, akhirnya, saya tidak dapat beritahu awak apa-apa,” kata Akihito yang berdiri di sebuah pokok bersebelahan dengan rumah Rise .

Akihito melihat Rise sedang ketawa dengan suaminya.

“Tetapi, tidak mengapa. Tidak lama kemudian, kita akan bertemu semula,” kata Akihito sambil menerbangkan kapal terbang kertas itu.

Akihito hilang menjadi cahaya, menuju ke perut Rise . Rise mengusap perutnya sambil tersenyum.

ULASAN CERITA INI

Cerita ini mengisahkan seorang pelajar lelaki yang bernama Akihito berjanji dengan rakan baiknya, Rise untuk berjumpa dengannya suatu hari nanti.

Selepas 2 tahun berlalu, Akihito berasa gementar untuk bertemu semula dengan Rise . Semasa dalam perjalanannya, Akihito menyelamatkan seorang kanak-kanak yang menyerupai dengan rakan baiknya daripada dilanggar oleh sebuah van. Namun, dia pula yang dilanggar dan mati di tempat kejadian.

Selepas beberapa tahun berlalu, Akihito masih gementar untuk bertemu dengan Rise . Akihito terkejut melihat Rise yang sarat mengandung hampir dilanggar oleh sebuah lori dan berjaya menyelamatkannya.

Namun, Akihito masih tidak berani untuk meluahkan apa yang ingin diberitahu pada Rise . Sangkaannya, Rise sudah melupakannya namun Rise masih mengingatinya dan sentiasa mencintainya walaupun sudah lebih 10 tahun berlalu.

Roh Akihito berasa gembira kerana melihat Rise bahagia bersama dengan suami dan bakal anaknya. Selepas itu, roh tersebut menjadi cahaya menuju ke perut Rise .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience