BAB 1

Drama Completed 323

Seorang jejaka sedang memegang kapal terbang kertas sambil berjalan di pejalan kaki bersebelahan dengan jalan raya yang banyak kereta.

‘Ketika itu, telefon bimbit masih belum wujud, saat di mana saya berjumpa dengan seorang gadis yang disayangi dan tidak dapat melupakannya,’

Jejaka itu ternampak seorang wanita yang sarat mengandung sedang memegang beg kertasnya yang penuh dengan buah-buahan. Namun, sebiji buahnya terjatuh dari beg kertas itu.

“Alamak!” mengeluh wanita itu apabila sukar untuknya menunduk mengambil buahnya itu.

Jejaka itu mengambil buah itu dan memberikannya pada wanita itu.

“Nah, ini puan punya. Ia sangat bahaya jadi sila berhati-hati,” senyum jejaka itu.

“Oh, terima kasih,” ucap wanita itu.

‘Saya akan bertemu dengannya. Saya rasa bertemu dengan awak adalah satu keajaiban,’ senyum lelaki itu sambil teringat kisah silamnya.

Di dalam sebuah kelas di sekolah menengah kebangsaan,

“ Akihito , semalam awak mendekati seorang wanita di depan stesen kereta api, kan? Sangat menjijikkan,” kata Rise .

“Menjijikkan?” terkejut Akihito .

“Jika awak tengok betul-betul, wanita itu sebenarnya mengandung,” sambung Rise .

“Yeah yeah, semestinya dia mengandung,” balas Akihito .

“Jika awak yang mengandung, semestinya saya akan membantu awak juga, hanya sebab saya kesiankan dengan anak awak je,” sambung Akihito .

“Apa awak cakap?!” Rise terus menekan dada Akihito yang sedang duduk di atas kerusi menyebabkan kepalanya boleh melihat di belakangnya secara terbalik.

“Whoa! Saya dapat lihat awak berdua akan begini sampai akhir hayat nanti,” tegur salah seorang pelajar lelaki di dalam kelas itu.

“Adakah pergaduhan hari ini merupakan hadiah perpisahan? Akihito , selamat berjaya untuk perpindahan awak nanti,” kata salah seorang dari rakan sekelas mereka.

“Terima kasih,” lambai Akihito walaupun dirinya masih ditekan oleh Rise . Kedua-dua rakan sekelas mereka itu mula beredar.

“Betul ke awak akan berpindah?” tanya Rise .

“Betul. Saya akan berpindah,” jawab Akihito .

Mereka saling berpandangan.

“Kenapa awak tidak beritahu alamat baru awak?” soal Rise lagi.

“Sebab berpindah ni sangat rumit. Berpindah ni tidak semestinya berjalan lancar dan kadang-kala mengambil masa sebulan baru dapat tahu rumah sebenar kami,” jawab Akihito .

‘Berada di dalam bandar yang sama selama setahun, ianya hanyalah permulaan bagi pengakhiran,’ bisik Akihito dalam hatinya.

Rise semakin kuat menekan dada Akihito .

“Argh!” menjerit Akihito .

Rise melepaskan tangannya dari dada Akihito .

“Tidak dapat berjumpa dengan awak sangat sukar bagi saya,” perlahan suara Akihito yang sedang menunduk memandang lantai.

Mata Rise mula berair.

‘Saya pasti mengingati awak akan menyebabkan saya semakin sedih. Ini adalah kali pertama saya merasai perasaan ini,’

‘Adakah ini dikatakan persahabatan?’

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience