BAB 2

Drama Completed 323

Kembali ke masa pertemuan pertama mereka, Akihito duduk bersebelahan dengan Rise .

“ Akihito kan nama awak? Adakah awak selalu berpindah-randah?” tanya Rise .

“Ye,” jawab Akihito .

‘Gadis yang duduk di sebelah saya ni, nama dia Rise , kan?’ fikir Akihito .

“Seronoknya,” teruja Rise .

“Huh?” pelik Akihito dengan reaksi Rise .

“Pernahkah awak tinggal hampir dengan laut? Atau apa awak pernah menetap di luar negara? Ibu bapa saya kata mereka suka bandar ni. Jadi, mereka takkan berpindah dari sini. Saya pun suka bandar ni juga, tetapi berbanding dengan saya, awak mesti telah melihat pelbagai tempat dan berjumpa dengan ramai orang. Ia sangat menakjubkan. Sejujurnya saya cemburu dengan awak,” senyum lebar Rise .

‘Kata orang, berpindah dari satu tempat merupakan hal yang paling merumitkan. Jadi, ini kali pertama seseorang berkata begitu pada saya. Sejujurnya saya bertemu dengan ramai orang dalam perjalanan hidup saya ini dan inilah kali pertama saya bertemu dengan seseorang yang ingin saya kenali dengan lebih dekat.’ Merah padam muka Akihito jadinya.

“Boleh awak ceritakan pengalaman awak pada saya?” tanya Rise .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience