BAB 4

Drama Completed 323

Beberapa tahun kemudian,

“Emm..Oh..,” Akihito sedang berlatih suaranya.

‘Gementarnya saya. Sudah berapa tahun berlalu ye? Apa yang patut saya katakan bila berjumpa dengan dia?’ fikir Akihito , sedang berjalan di pejalan kaki.

“Oh? Alamak!” Akihito ternampak seorang wanita sedang mengambil buah epalnya yang terjatuh di jalan raya.

Sebuah kereta meluru ke arahnya. Akihito terus menarik wanita itu ke pejalan kaki.

“Nah, ini puan punya. Ia sangat bahaya jadi sila berhati-hati,” senyum Akihito .

“Oh, terima kasih,” selepas mengucapkan selamat tinggal, wanita itu pulang ke rumahnya.

“Saya sudah pulang,” kata wanita yang sarat mengandung itu.

“Selamat pulang. Oh? Awak keluar ke, Rise sayang?” tanya suami wanita itu.

“Saya baik-baik saja. Saya rasa hari ni hari bahagia saya. Tadi, ada seorang lelaki muda menyelamatkan saya. Lagipun, mukanya macam kekasih pertama saya,” gembira Rise .

“Adakah awak masih kata kekasih pertama awak lagi? Jika awak berjumpa dengan dia semula, jangan curang pula dengan saya,” mengeluh suaminya.

“Jangan risaulah, abang. Saya akan tunjukkan pada dia yang masih belum berjumpa dengan saya selepas lebih 10 tahun saya mencintainya,” semangat Rise sambil membuka tingkap rumahnya.

“Apa-apa jelah,” malas suaminya hendak layan isterinya.

‘Tetapi, dia masih orang yang saya sayang,’ bisik Rise dalam hatinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience