kejutan

Vampire Series 5256

jam sudah mencecah pukul 6 pagi kushina dan rayyan meneruskan perjalanan terus ke dalam hutan, dengan tiba tiba kushina ternampak sebuah bandar yang gelap dan menyeramkan di depan mata nya, kushina mula merasa takut
" aku takut lah rayyan " kata kushina lalu memegang baju rayyan
" jangan risau aku ada dah jom arah sini.." kata rayyan tiba di sebuah lorong gelap lalu dia masuk ke dalam satu pagar besi yang begitu besar dan gah
kushina terpengun melihat rumah yang besar lagi kan gah itu di hadapan nya
" jom masuk sebelum terlambat" kata rayyan lalu membuka pintu rumah nya kushina hanya mengekori namun mereka berdua terkejut dengan suasana di dalam rumah yang kelihatan sudah tidak tersusun lagi malahan bersepah rayyan pantas memanggil
" PAPA..PAPA..MANA PAPA??" laung rayyan di sekeliling rumah nya,

ada sesuatu yang menarik perhatian kushina pantas kushina mendekati sebuah balang kaca berukuran tabung uji yang bertaburan dan juga jarum suntikan yang begitu banyak,
" rayyan tengok sini.." panggil kushina lalu rayyan mendekati kushina , dia terkejut lalu segera berdiri
" papa dalam bahaya mari kita pergi sebelum terlambat.." kata rayyan lalu menarik tangan kushina
" kita nak ke mana rayyan?" tanya kushina yang masih lagi berlari bersama rayyan
" selamatkan papa.." balas rayyan dengan nada yang bergitu serius

sesampainya di suatu kawasan kushina dapat melihat sebuah gudang yang besar lalu mengekori jejak langkah rayyan,
rayyan pantas menendang pintu gudang tersebut lalu masuk tanpa dipelawa oleh sesiapa ..

dia berjalan mendekati seseorang yang sedang duduk di sebuah kerusi yang berukuran lebih besar dari manusia,
" MANA PAPA??" laung rayyan sebaik sampai di hadapan sesorang itu, kushina amat takut dengan jeritan rayyan yang amat menggerunkan
" mana hormat seorang anak kepada seorang mak ? hahahhaha" kata maria orang yang duduk di kerusi megah itu, dengan bibir nya dipenuhi darah yang merah menyala ,
kelihatan rayyan seperti hilang kesabaran
" MAK RAYYAN TANYA MANA PAPA? APA MAMA BUAT DEKAT PAPA??" tanya rayyan yang sudah berdiri yang jarak yang amat dekat dengan mak nya
" mak??" kata kushina sendirian
" KAMU NAK SANGAT JUMPA PAPA KAMU YE..WOI ZACK CAMPAK BANGKAI TU " kata maria kepada kuncu nya zack,
dengan senyuman zack mengangkat dan melempar seorang tubuh yang amat dikenali rayyan,
"PAPA!!!!" laung rayyan namun pergerakan nya ditahan oleh mak nya, kushina pantas berlari ke arah tubuh manusia itu kelihatan tubuh itu masih bernyawa pasti dia kehilangan banyak darah..aku harus membantu nya, dengan penuh ketakutan kushina berlari je arah papa rayyan namun jarak nya bergitu jauh membuat kan kushina lambat untuk sampai
"MAK DAH SALAH GUNAKAN UBAT TU...APA SEMUA NIE MAK, MAK KATA, MAK CINTAKAN PAPA SEPENUH HATI MAK" jeritan rayyan tidak diperdulikan maria
" mak buat semua benda nie demi kebaikan mak juga, dah dah jangan jadi bodoh..zack..sila kan" kata maria lalu zack terus memberi suntikan kepada rayyan membuatkan taring di gigi rayyan semakin panjang dan tajam, mata nya pula kelihatan lebih merah dah biasa nya..rayyan memegang kepala nya ahhh dia tidak mampu berlawan pantas dia berlari dan terus mencengkam kushina yang kelihatan enak di depan mata nya...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience