perang

Vampire Series 5256

kushina terus masuk ke bilik ayah nya tanpa meminta keizinan sesiapa ,
di bilik ayah nya kelihatan ayah dan ibu nya sahaja, kelihatan ibu sedang berehat di sofa sambil membaca buku manakala ayah nya sedang menyiapkan laporan pesakit ,
" kenapa kushina masuk tanpa keizinan " tanya bahar sambil meletakkan pen nya di atas meja
" maaf ayah kushina cuma nak jumpa ayah sebagai seorang anak bukan sebagai pekerja" kata kushina yang sedang berdiri tegak di hadapan ayah nya
" apa yang kushina nak bincang kan " tanya bahar
" kushina cuma kecewa atas kebohongan ibu tempoh hari dan itu cukup membuatkan kushina sedih..lagi satu kushina nak tahu apa yang ayah cakap dengan rayyan tempoh hari" kata kushina dengan nada yang bergitu serius
" apa yang kushina cakap kan nie?" tanya ariana sambil berjalan ke arah kushina
" ibu..kenapa ibu bohong kushina pasal apa yang terjadi..kenapa ibu sanggup me-reka cerita?" tanya kushina
" ibu hanya ikut kehendak ayah kamu.." kata ariana lalu duduk di atas kerusi empuk di hadapan bahar
" nampak nya ibu dah termakan dengan kata kata ayah tentang rayyan kan? ibu, ayah boleh menciptakan berjuta kebohongan tapi kita yang memilih untuk ikut atau tidak lagi pun ibu jaga rayyan sejak dia kecil kan?" tanya kushina
" kushina kamu jangan melampau" kata bahar yang berang akan tindakan anak tunggal nya itu
" ayah sendiri yang ajar untuk saya bercakap jujur kan" kata kushina lalu berjalan ke pintu
" kamu nak kemana? kamu jangan cuba untuk lari rumah sekali lagi' kata bahar memberi amaran
" ayah tak pernah dengar kata kata kushina jadi apa salah nya kalau kushina tidak dengar kata ayah buat kali ini" kata kushina tanpa memandang ayah nya
" ayah cakap dengan rayyan yang rayyan harus tinggal kan kushina demi kebaikan jadi rayyan pun ikut apa yang ayah inginkan " kata ariana

kushina terus melangkah dan keluar tanpa kata,
sebaik sahaja keluar kushina pergi ke meja nya dan mengambil beg kecemasan nya lalu membuka kod putih di badan nya dan terus berjalan keluar, dia sudah tidak tahan hidup begini dia harus keluar

kushina berjalan tanpa arah tuju dia tidak tahu mana arah untuk dia pergi akhirnya dia berhenti untuk berehat di sebuah lorong, tempat di mana kushina dan rayyan bertemu suatu ketika dahulu.
akhirnya kushina menangis, menangis sepuasnya. tiba tiba ada suatu suara yang menegur nya
" asal kau nangis kushina? sesat ke?" tanya rayyan sambil mengambil tempat di sebelah kushina,kushina terkaku
" ra..rayyan?" kata kushina sambil menggosok kan mata nya
" yup..aku dah lama tunggu kau kat sini akhirnya kau muncul juga " kata rayyan sambil melihat bintang di dada langit yang luas terbentang
" kau tunggu aku kat sini?" tanya kushina sambil memadang rayyan
" yelah..aku rasa aku dah pesan kat ibu pasal tu..tapi tak pe lah yang penting kau kat sini" kata rayyan
" ibu tipu lagi.." kata kushina lalu menundukkan wajah nya
" ala..jangan macam tu kushina.." kata rayyan namun tiba tiba sahaja rayyan memandang tepat ke arah leher kushina senyuman nya hilang serta merta , kushina hairan melihat muka rayyan yang tiba tiba sahaja berubah

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience