kejutan

Vampire Series 5256

hampir 30 minit duduk dalam keadaan begini akhirnya darah itu sudah siap di alirkan ke tubuh papa rayyan, ketika kushina sedang merawat rayyan yang sudah terkena suntikan yang di berikan daripada zack. akhirnya rayyan membaringkan diri untuk berehat badan nya benar benar kesakitan.Selepas kushina memberi nya buah buah untuk nya agar tidak kelaparan dan akhirnya rayyan melelap kan mata di sisi papa nya..
suasana yang sunyi ini membuatkan kushina mendapat idea dan peluang untuk membuat sedikit penyelidikan apa yang ada dengan cecair di dalan suntikan milik maria,
dia mengeluarkan buku nota nya dan memakai sarung tangan putih, dia juga mengeluarkan tabung uji yang mempunyai penutup yang mempunyai cecair yang sama milik maria ,yang dicuri nya ketika mereka berada di rumah rayyan sebelum rayyan diserang.
Dia mengambil daun yang segar dan hijau lalu menitis kan beberapa titis cecair tersebut .

TIBA TIBA
daun itu berlubang
" asid?" kata kushina sendirian seterusnya dia menitiskan beberapa titik lagi di atas baki darah yang berada di dalam plastik darah tadi,
seperti sangkaan nya darah itu kering
" jadi ini asid dan dadah.." kata kushina
tiba tiba papa rayyan mula sedar kan diri kushina menghampiri papa rayyan,
" pak cik okay?" tanya kushina setelah berada di sisi papa rayyan
" saya okay mana rayyan ?" tanya papa rayyan lagi
" sebelah pakcik aje..mmm..pak cik ada pening pening or rasa gatal kat tangan?" tanya kushina
" tak ada,kenapa?" tanya pak cik itu lagi
" syukur lah darah saya sama dengan pak cik, kalau tidak lagi susah." kata kushina
" kamu nie anak kepada doktor bahar ye?" tanya papa rayyan
" ye..macam mana pak cik kenal?"tanya kushina lalu duduk di hadapan papa rayyan
" nama pakcik amran takkan kamu tak ingat" kata pak cik amran selaku papa rayyan
" pak cik amran ooo kawan baik ayah dulu, dia selalu jugak cerita pasal pak cik mula mulanya saya keliru tapi lama lama saya baru faham kisah nya " kata kushina teruja mana kan tidak pak cik ini pernah menjadi idola buat kushina kerana ketabahan dan kekuatan nya..amran tersenyum melihat kushina tiba tiba rayyan sedar kan diri dan mendengar perbualan daripada kushina dan papa nya,
" macam mana semua nie berlaku pak cik?" tanya kushina
" masa tu pak cik sedang baca buku, tiba tiba pak cik dengar bunyi kaca pecah jadi pak cik turun lah ke tingkat satu , lepastu suasana dekat tingkat satu bersepah sepah dan tiba tiba maria datang dan mencengkam pak cik dan membawa pakcik ke satu tempat, pak cik pun belum pasti apa tempat tu lepas tu pak cik jumpa kamu " kata amran lalu rayyan mencelah
" mak dah melampau " kata rayyan yang duduk di hadapan papa nya
" rayyan papa kan dah selalu pesan, jangan buat perkara bukan bukan dekat mak " kata amran membuatkan rayyan tertunduk dan membalas
" ye papa, " kata rayyan lalu berdiri
" jom terus kan perjalanan " kata rayyan lagi
" nak ke mana?" tanya amran hairan
" cari ibu kushina " balas rayyan
" macam mana kau tahu nama aku rayyan " kata kushina hairan kerana kushina belum pernah memberitahu nama nya kepada rayyan lagi
" lain kali aku pesan letak buku elok elok , hari tu sempat aku baca tag nama kau kat buku tu yang aku tahu nama kau " kata rayyan, kushina tergamam
" dah, tak yah fikir jom gerak.." kata rayyan lalu amran dan kushina pun berdiri

masa berlalu dan tetap berlalu ,
kaki kushina sudah kepenatan lalu mengambil keputusan untuk berehat,
" rayyan.." panggil kushina yang sedang kepenatan
" ye..asal?" tanya rayyan lalu amran memandang kushina
" aku penat.." kata kushina lalu terduduk
" kita rehat dulu lah ye..rayyan " kata amran lalu rayyan pun tersenyum
" yelah..kau rehat lah dulu kushina, mmm papa nak pergi sana tak?" tanya rayyan lalu merundingkan jari nye ke sungai yang berdekatan dengan kawasan mereka berehat
" jom..kushina rehat kat sini ye.." pinta amran
" ye pak cik.." kata kushina lalu melelap kan mata nya kerana terlalu penat...
baru 20 minit berlalu tiba tiba

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience