kebenaran

Vampire Series 5256

setelah diberikan bilik untuk berehat, kushina hanya merenung ke luar jendela bilik nya dengan beribu persolan tiba tiba dia terkejut apabila melihat rayyan mengetuk jendela nya dari luar dengan senyuman lalu melambaikan tangan untuk kushina keluar dari bilik nya dan datang kepadanya, pada mula nya kushina menolak namun sebaik terlintas sesuatu dia terus keluar dan mendapati rayyan yang sudah menunggu nya
sebaik sahaja di luar,
" mana ibu?" Tanya kushina sebaik mengambil tempat di sebelah rayyan di hadapan unggun api
" rasa nya dah tidur kot..papa pon dah terlelap tadi time aku lalu depan bilik dia.." kata rayyan
" mmm..rayyan boleh aku tahu sesuatu?" Tanya kushina
" macam mana aku kenal ibu kan?" Tanya rayyan
" macam mana kau tahu?" Tanya kushina dengan terkejut
" dengan reaksi kau masa jumpa ibu kau aku dah tahu " kata rayyan
" macam mana kau kenal ibu?" Tanya kushina lagi
" okay lah..macam nie..masa aku umur 7 tahun nafsu darah mak aku membuak buak jadi nyawa papa dan aku sekali teracam jadi papa ambil keputusan untuk melarikan diri, sampai satu hari tu aku tak tahu macam mana aku boleh terjumpa seorang manusia biasa, jadi dia putus kan untuk aku dan papa tinggal kat rumah dia dulu untuk beberapa hari..tapi..papa hanya duduk sehari je lepastu papa kata, papa nak selesai kan kerja so dia mohon ibu jaga kan aku buat sementara waktu..ibu pun setuju, aku sempat jumpa ayah kau sebab tu aku kenal ayah kau..tapi ayah kau buat aku tak wujud mungkin sebab aku seorang vampire, tapi lepas aje aku berumur 10 aku keluar dari rumah tu dengan papa..dan kadang kadang aku jumpa ibu biarpun setahun sekali " kata rayyan lalu memandang kushina
" selepas sahaja kau keluar dari rumah tu, aku pon dilahirkan.. tapi kebahagian tak kekal lama
tu sebab nya hidup aku kucar kacir " kata kushina
sambil memandang ke arah langit
" kau bahagia tak kushina bila kau lari dari masalah?" tanya rayyan
" mmm..tak juga cuma aku sedikit tenang lah" kata kushina
" aku tak pernah lari dari masalah..aku cuma hadapi masalah tersebut biarpon lagi besar dari kemampuan aku sendiri " kata rayyan
" maksud kau?" tanya kushina
" maksud aku..mak aku suruh aku jadi vampire yang digeruni yes itu masalah nya sebab aku tak pernah hisap darah manusia sejak kecil sebab aku dipelihara oleh manusia tapi aku tak lari dari masalah tu..aku buat je yang aku mampu asalkan mak tak ancam nyawa aku dan papa..so bila umur aku sudah cecah 12 tahun aku jadi vampire yang mak aku inginkan " kata rayyan
" macam mana kau kenal aku waktu first time kita jumpa hari tanpa sebarang soalan kau terus nak tolong aku " kata kushina
" masa tu aku lari dari kumpulan yang diupah oleh mak aku and then aku jumpa seorang wanita, ibu selalu jugak cerita pasal anak kesayangan dia nie and masa tu kau pakai tanda nama so aku dapat detected tu kau kushina " kata rayyan lalu tersenyum
" patut lah.." kata kushina lalu membalas senyuman rayyan

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience