makanan yang disaji langsung tidak dihiraukan oleh mereka berdua. siapa lagi kalau bukan ryan dan raisha.
mata sentiasa berlawan menatap tajam. entah siapa yang akan memenangi mata paling tajam. ummi yang tadi makan hilang terus seleranya melihat panahan mata dari mereka berdua.
"ummi bila minah besbol ni balik keluar.. ".raisha yang tadi membasuh tangan sengaja memercikkan sedikit air basuhan ke tangan ryan.
ryan menatap lebih tajam. lebih kepada bermaksud kau sengaja kan???!.
"raisha kamu kata nak pergi cari alamat kan... ryan.. apa kata kamu tolong tunjukkan raisha jalan ke kaunter pertayaan mak Esah sana.. ".ummi mengingatkan dia tujuan sebenar keberadaan dia disitu.
aku tak boleh lalai. nyawa mama akan bahaya.
mengingatkan itu membuatkan semangat lebih berkobar untuk menyelesaikan permainan itu.
"ryan baru nak berehat... ".tangan ummi pantas mencubit tangan ryan. ryan terus mengaduh.
"bukan jauh pun dalam hutan belakang.
tersedak terus raisha. hutan??!!!!.
"takutlah tu dengar pasal hutan. ".ryan terus menerus mengejek tanpa mempedulikan jelingan maha tajam dari ibunya.
"kamu tak perlu takut.. hutan tu bukannya luas pun kamu bawa je kereta laju sikit.. dah sampai.. hutan tu ramai je yang lalu... ".ummi memujuk raisha agar tidak takut.
ryan hanya mencebik. raisha yang tadi terdiam tersenyum manis memandang ryan. "kalau abang ryan tinggalkan raisha macam mana ..ummi? ".
terbeliak besar mata ryan mendengar perkataan 'abang'. dari riak wajah ryan raisha tahu perasaannya betapa jijiknya mendengar itu.
apa ryan fikir raisha tak jijik ingin menyebut abang ryan?. ummi yang tadi ingin diam terus ketawa berdekah dekah.
"ummi pernah dengar jangan benci orang sangat lama lama nanti jatuh cinta.. ".suara ketawanya semakin kuat kendengaran.
terpaku diorang mendengar lawak tak berapa nak lawak dari mulut wanita separuh umur itu.
::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
"tuan... game sudah siap...".suara disana terus menyapa. ryan hanya mengganguk seperti orang disana melihat anggukan.
"bagus lepas ni buat mesyuarat kumpulkan semua orang penting.. ". dengar sahaja derap kaki terus dia matikan panggilan.
ryan memandang dengan pandangan jijik. sebenarnya siapa anak kandung ummi khataria.
"ni anak ummi yang betul kat sini bukan situ... ".ryan merentap lembut tangan ummi dari berpegangan dengan raisha.
"ummi.. abang ryan cemburu... ".wajah ryan terus memerah menahan marah. "kena kau dalam kereta nanti.. " .amaran itu langsung tidak ditakuti oleh raisha. buat apa nak takut ngadu sahajalah dengan ummi.
kereta audi dinaiki sopan oleh raisha. jarang dia dapat naik kereta mahal seperti ini.
" aku tahu kau jakun tapi janganlah tunjuk sangat... ".senyuman sinis tidak lekang dari bibir.
manakan tidak raisha berkaki ayam masuk ke dalam kereta dengan adab salam sopannya. tidak termasuk dengan kasut yang ditanggalkan di luar pintu kereta.
raisha hanya tersengih malu. jarinya menggaruk kepala yang tidak gatal. "ooppss" ...
i hope reader tak kan bosan dengan novel i.. tapi update akan lambat untuk minggu ni.. :( i think lah 3<
Share this novel