FLASH BACK ..................
raid terus memandu laju menuju ke LAPANGAN TERBANG.
senyuman tidak pudar dari tadi. manakan tidak sudah tiga tahun berpisah tanpa pertemuan. hanya berhubung di dalam talian sahaja tidak cukup baginya.
Ummi Khatarina hanya menjeling. " tahulah suka..tapi tak perlu kot nak pecut macam nak berlumba.. " .wanita itu terus merengus kemarahan.
pemanduan melebihi had sungguh menakutkan dia. rasanya seperti ingin terbang menuju ke syurga sana.
" kau mana tahu... yelah kan satu tempat kerja jadi senang nak jumpa lainlah macam aku ni... berjauhan... ".sempat dia berdrama di situ.
dramatik itu membuatkan ummi ingin memberi lempangan indah kepada bakal abang ipar.
keinginan terbatal saat kereta berhenti. dia tersedar yang sudah 30 minit dia bergaduh dengan pemandu gila disebelahnya sebelum sampai ke LAPANGAN TERBANG.
bayangan kakaknya di cari sepantas yang mungkin. raid juga tidak mengambil masa yang lama untuk mengecam tunangnya.
lantas dia keluar menyambut wanita anggun yang sejak tadi tercongok di pintu gerbang. raid dengan selamba tersenyum manis menatap mata indah tanpa menyedari ada mata yang lebih tajam dari pisau sedang memandang.
ummi yang sejak tadi memegang beg tangan terus dilempar ke kepala raid. " itu kakak aku... " .
badan raid ditepis kuat sehingga lelaki itu tidak dapat mengimbangi badannya lalu jatuh seperti buah durian gugur.
AURA zaharina ketawa melihat tingkah mereka yang layaknya dipangggil kanak kanak ribena.
" aduh.... korang ni dah macam budak budak asyik bergaduh je.. ".akhirnya aura meleraikan pergaduhan ribena dihadapannya. walaupun pergaduhan yang comel dimataya tapi agak malu kerana mereka berada di tengah tengah pusat.
raid dan ummi berpandangan serentak. lebih tepat pandangan menjijikkan. mereka terus melangkah ke kereta untuk pulang ke rumah
::::::::::::::::::::::
" tak lama lagi akak akan kawin kan... ".ummi memeluk bantal peluk sambil mengiring menghadap aura yang membaca majalah.
" haah... adik rasa kan abang raid baik tak...? " .dia menghentikan bacaannya lantas menghadap satu satunya adik yang dimiliki.
" abang?? ".ummi mencebik sedikit. patutkah dia memanggil musuhnya ' abang '.walaupun begitu si raid adalah match maker pada awalnya. tanpanya mungkin dia tidak akan bertemu AMIR ASYRAF.. yang sekarang adalah teman lelaki.
mereka sudah bercinta hampir 5 tahun sejak belajar di pengajian tinggi. itulah penyebab kenapa dia tak mampu nak rasis si raid menjengkelkan. kerana dia 'MATCH MAKER TAK BERTAULIAH '.
aura menggapai sesuatu di bawah katil. terkeluarlah satu kotak kayu berukir cantik. ukiran itu membuatkan ummi terpaku.
" ni abang raid buatkan untuk kakak.. "kerana dia tahu type barang yang disukai oleh adiknya , dia menunjukkan sesuatu barang berharga.tangan ummi gatal menyentuh alur ukiran itu perlahan.
" cantik.. ".tanpa sedar dia mengungkap kata kata.
" adik suka... ?" .aura bertanya. tanpa ragu ragu ummi mengangguk.anggukan itu membuatkan senyuman aura melebar dari yang tadi.
" kalau kakak tak sempat jadi pengantin ...ummi yang ganti akak boleh... ".
kata kata itu membuatkan ummi terkesima.manakan tidak dia diminta untuk mengganti kakaknya.
" kakak dah gila ker.... ummi kan dah rancang untuk kahwin dengan amar lepas kakak kahwin.".dia menolak mentah mentah permintaan itu.
disebabkan enggan bergaduh hal hal yang tidak berguna dia mengambil keputusan untuk terus tidur. lampu di tepi katil ditutup.
aura tahu adiknya malas nak bercakap. siapa yang tidak ingin menjadi pengantin kepada orang yang dicintai.tetapi baginya .akan ada hal yang buruk berlaku kepadanya.
:::::::::::::::::::::::::::::::
perbincangan terakhir antara dia dan kakaknya terngiang ngiang di telinga. suaranya, senyuman kakaknta masih dia diingati.
sudah 15 tahun dia pergi meninggalkan segalanya. manakan tidak kerananya dia telah berkahwin dengan musuhnya.. dan mempunyai anak..
dia lebih berharap kehidupan ryan tidak akan berantakan seperti kehidupan ibu bapanya. dia mengeluh penat apabila otaknya mula berpikir tentang projek mission.
" raisha... ".nama yang indah. itulah yang dipikirkan saat mendengar nama itu. melihat perangainya.. dia yakin raisha akan lebih sesuai menjadi menantu bukanlah menjadi patner berkerja untuk anaknya.
" haish... awal lagi untuk aku berharap.... ".dia berasa lebih bersemangat memikirkan cara untuk ryan memikat raisha.
:::::::::::::::::::::::::::::::::::BERSAMBUNG ##
i tak tahu nak fokus kepada raid atau ryan... jadi i hope reader tak pening pikir pasal pov.. sebab lepas ni saya akan tulis ni pov siapa... okay i hope reader enjoy 3<:
Share this novel