Terpampang 'KAUNTER PERTANYAAN'. membuatkan raisha mengetuk kepalanya kerana tidak menyedari bangunan lama itu.
bangunan itu dipenuhi lumut lumut hijau dan agak berbau sedikit di dalam longkang. raisha hampir muntah melihat seketulan taik di tepi pintu utama.
"tak de orang jaga ke?? ". mata meliar mencari tuan rumah. saat kaki melangkah masuk ke dalam bangunan auto hilang terus bau. tetapi membuatkan raisha terpegun.
susun atur perabotnya rapi. aircon menyejukkan lagi suasana membuatkan raisha lupa 'seketul taik'.
saat dia masih dalam keadaan takjub bahunya di tepuk perlahan menyedarkan raisha .kelihatan nenek tua memandang tajam.
"kamu siapa? ".tanpa basa basi terus ditanya. dia hanya mengigit bibir. sungguh menakutkan nenek itu. dengan jaket denim hitam , seluar longgar hitam, kasut sukan pink... bertongkat besi .
raisha menganggap nenek itu sebagai ' nenek gangster abad 21'.dia ketawa lucu memikirkan gelaran itu.
disebabkan wajah garang nenek itu menatap tajam ke arahnya membuatkan dia ingin cepat pergi dari situ.
"saya nak alamat ini... "kertas putih terus diserahkan tetapi yang peliknya nenek itu tidak mengambilnya malah lebih tajam panahan matanya.
"errrr nenek... ".raisha berasa tidak selesa. "kamu datang dengan ryan kah tadi? ".terkedu dia disitu. rasanya tadi tiada manusia berada di tempat parking.
raisha mengganguk takut. "kod?? ".nenek itu berjalan pergi menuju ke rak yang penuh dengan fail biru.
kod?? dia terpaku. adakah ini perangkap kepadanya. tapi disebabkan ini sahaja cara mencari petunjuk seterusnya dia akan bersedia.
"kod bahaya ".setelah kata itu diungkapkan. nenek itu terus membuka sebuah pintu kecil.
"masuk... ". raisha terus melangkah masuk tanpa memandang nenek itu.
banyak buku disusun kemas mengikut tertib huruf. "kamu boleh lihat buku buku tu... mungkin akan dapat tolong kamu untuk mission sebenarnya.
dia tercengang. mission sebenarnya?? jadi sekarang ni mission main main? "tapi nek saya cari alamat ini.. ".nenek itu mengganguk faham.
"sekurang kurangnya kamu bacalah satu atau dua buku... dia akan dapat tolong kamu memenangi game selepas ini... ".nenek itu melangkah ke kaunter setelah mendapati ada pelanggan yang menunggu.
next game?? aku harus menang!! dia baru teringat kata kata Llora yang dia perlu memenangi ketiga tiga permainan.
buku buku yang tersusun diambil rawak.
"MAGIG CHESS ".dia menaikkan kening. setahunya ini permainan seperti menggunakan otak.
"baca jelah maybe membantu.. ".jari ligat menyelak sehelai demi sehelai mencari maklumat penting.
selak punya selak.. akhirnya dia sudah berada di muka surat terakhir. dan tanpa sedar hari sudah menginjak tengah hari.
jam tangan dikerling ,sudah pukul 14 :30 tgh hari.
lantas dia mencari nenek gangster abad ke 21 itu untuk meminta alamat. sebaik sahaja terlihat susuk tubuh tua itu terus dikejar.
"nenek... saya nak alamat... saya dah lambat ni." .tercungap cungap dia kerana baru sahaja berlari pecut. manakan tidak dia tiba tiba berasa bangunan itu semakin besar seperti perpustakaan negara.
"ni alamatnya.. tapi ingat jangan pergi waktu malam...bahaya sekurangnya waktu petang menginjak malam kamu harus pulang... disana terlalu bahaya untuk wanita seperti kamu.. ".nasihat dalam amaran itu membuatkan raisha tersenyum. dalam tegas ada sayangnya.
"baik nek... saya pergi dulu tau".dia sempat bersalaman dengan nenek gangster itu sebelum berjalan menuju ke parking kereta.
sorry sebab late :( akhirnya dapat finishkan one bab.. 3<:)
Share this novel