BAB 15

Romance Series 2758

" what!!!!!!! " raisha mula gelabah padahal ryan hanya membuat jelek terhadapnya.

" ramai yang datang pagi tadi and then ada bilik yang belum dibaik pulih lagi cik... ".lelaki tua itu berkata dengan serba salah apabila melihat ketidakpuashatian raisha.

" kenapa nak bukak homestay tapi tak baik pulih...?".suara sarkastik itu membuatkan lelaki tua itu sedih.

" maaf cik.. tapi sebab bilik tu dah jarang guna jadi baik pulihnya pun lambat... ". raisha terus mengehentak kakinya ke lantai beberapa kali.

sudahlah lobi homestay itu kayu. tak lama lagi runtuh jugak homestay itu dek hentakan kaki gergasi raisha .ryan yang tadi berdiam terus menjentik dahi raisha sekuatnya.

" kau ni... kira bersyukur pak cik ni nak bagi sewa bilik... lepastu kau ni kurang ajar sangat dah kenapa... kau seumur dengan dia kah...?? " mata ryan sempat menilik pakaian raisha yang agak gelebeh sedikit.

" patutlah... kau sama umur dengan pak cik.. ".
wajah putih itu mula kemerahan sama ada sedang marah atau sedang menahan malu.

pak cik itu hanya ketawa sedikit melihat tingkah mereka. " encik dan cik kan suami isteri jadi kalau tak keberatan apa kata kalau kamu berdua tinggal je duduk dekat rumah belakang pak cik.. dekat dengan pantai. ".pak cik itu mengukir senyuman manis.

mereka yang mendengar perkataan 'suami isteri ' terdiam daripada pergaduhan. baru sahaja ryan ingin membetulkan pernyataan.

" boleh...saya terima kalau yang itu... ".terbeliak mata ryan melihat muka fake manis raisha.
lebih tepat wajah yang menyatakan ' kau diam.. '
akhirnya hanya keluhan sahaja dapat diungkap.

raisha terus bergerak mengambil beg pakaian.
kaki yang melompat lompat keriangan.

" saya mintak maaf atas salah laku dia tadi...".pak cik itu hanya ketawa. " biasalah nak... isteri pak cik itu pun sama... ".senyuman pahit diukir.
'saya bukan suami dia pak cik.'

:::::::::::::::::::::::::::::::::::

" wahhh gempaklah bilik ni !!!! " .mata raisha tak lepas dari memandang pemandangan dari sisi pantai.

rumah terletak cantik di persisiran pantai .sesuai dengan keinginanan hati wanitanya yang menginginkan bercuti sambil melihat pantai bersama orang tercinta. memikirkan orang yang dincintai membuatkan raisha teringat elusan halus di kepalanya tadi.

pipi ditepuk berkali kali agar sedar itu hanyalah khayalan dia semata mata. ryan yang tadi masukkan barangnya ke dalam bilik itu menjeling sahaja.

" kerja kau asyik jeling orang heh... " .raisha mengungkap ketidakpuashatian.apa lagi si ryan ini asyik menjeling menolak dirinya sejauh jauhnya.

" kita kan suami isteri... ".kata kata itu berjaya membuat wajah ryan memerah. dia sedar yang ryan malu akan itu.

kakinya terus melangkah masuk ke dalam bilik air untuk membersihkan badannya. ryan memberi laluan untuknya masuk ke bilik air.

:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

ryan merebahkan badannya ke katil sambil menunggu raisha habis mandian.

" kenapa lah aku boleh terjebak dengan minah besbol ni. " .matanya meliar melihat perhiasan bilik itu. sah ini bilik pengantin. manakan tidak ada helaian kuntum bunga di katil dicampur bauan ros. cadar pula dipasang merah kemerahan diisi corak bungan rose.setiap hujung dinding di susun cantik lilin pewangi.

si minah ni tak perasan ke pura pura tak tahu ni.?
tapi ini bukanlah yang menggangu pikirannya. homestay ini jalan utama lanun untuk masuk ke perkampungan. jadi mereka harus bersembunyi seboleh bolehnya. ini kerana pihak lanun tidak suka pendatang sepertinya.

" raisha nanti jangan nak keluar sembarangan..."
dia sempat memberi nasihat kepada minah besbol.

kakinya terus melangkah keluar. ada hal yang lebih penting daripada memikirkan masalah lanun itu.

disebabkan parking keretanya jauh daripada kediaman. dia membuat keputusan untuk meminjam kereta tuan rumah untuk menuju ke jeti lanun.

sekurang kurangnya dia harus tahu lanun itu tiba pada waktu bila. setelah berbincang dengan pemilik jeti. dia berasa yakin yang lanun tidak akan menemui mereka.

kini dia tersedar bukankah dia mengatakan lanun itu bukan masalah yang penting tetapi kenapabdia berada di jeti. semakin lama dia berasa aneh apabila memikirkan hal yang berkaitan dengan minah di bilik itu.

dia tidak boleh jatuh cinta kepada bakal mangsa kerana dia tahu akibatnya. sakit akan rindu. sakit akan cinta. itu lah perkataan yang sering bapanya menceritakan.

kini dia tahu kenapa ummi mengatakan benci akan bapanya RAID FARISH .bukan sebab kemalangan yang menyebabkan kematian.... kerana dia yakin itu bukanlah kesalahan bapanya tetapi kecuaian umminya sendiri tanpa sedar.. tetapi cinta ....ya.. perasaan cinta penyebab segalanya...

I hope reader dapat faham pov mereka sendiri... ada pov raisha ada pov ryan. reader yang masih keliru boleh bayangkan diri anda di watak itu... enjoy ye dalam membaca novel ini. 3<:

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience