KISAH 5

Horror & Thriller Completed 5337

Malam tu aku download movie lagi. Nak cakap serik, tak jugak. Dah memang minat aku download. Padahal malam tu aku tiada keje pun dalam muzium.

Malam tu aku bawakan Hafiz makanan sebagai tanda terima kasih bagi aku lepak situ memalam.

"Bagusla kau datang. Takla aku sunyi,” ujar Hafiz.
Habis je makan, macam biasa aku teman dia meronda. Seram, tetapi kami buat tak tau je.

Sampai di bailarung istana tu, terkejut!

Kesemua patung-patung kepalanya mengadap ke belakang! Badan mengadap kami. Aku diam, rasa nak lari. Dan Hafiz suruh aku suruh betulkan balik. Katanya, ini kerje aku untuk jaga harta muzium dan pameran.

Adui! Perlahan aku melangkah tali keselamatan DILARANG MASUK. Aku terus ke patung 'Hang Tuah'.

Perlahan-lahan aku pegang kepalanya dan semasa nak pusing. Memang ketat. Dan tiba tiba, mata ni menangkap sesuatu.
Seakan-akan bibirnya senyum dan matanya ke arah aku!

Arghhhh! Lari!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience