KISAH 1

Horror & Thriller Completed 5337

Kejadian ini berlaku di salah satu muzium di negeri Melaka. Muzium ini berbentuk kapal, pada masa itu aku kena tinggal di pejabat muzium untuk menyiapkan apa-apa yang perlu sebelum datang bekerja seperti biasa pada keesokan pagi. Sudah tiga hari bahagian atas di tutup. Nak memperbaiki and nak ubah letak cara patung-patung dan membetulkan pencahayaan.

Aku sebagai staf yang bertugas mahu atau tidak kene tunggu kontraktor selesaikan kerja.

Jam 10 malam, Melaka lengang. Maklumlah, hari berkerja. Masa tu aku nak turun bawah. Nak keluar.
Dekat luar muzium, ala-ala macam tempat dek kapal aku pusing nak ambil kasut dan pakai. Tiba-tiba ada orang memanjat tangga.

Berpakaian segak, bertanjak, bertengolok dan bersongket! Naik dan lihat aku. Dan terus masuk dalam muzium!

Aku terus cabut! Tak tutup pintu. Tau dek bos, mati aku.

Pagi esok, aku sampai paling awal. Terkejut tengok patung mannequin Panglima Awang dan Ferdinand Magellan di luar muzium sedang melihat lautan! Maksud aku mengadap. Tangan Magelan menunjuk arah sungai Melaka. Cepat-cepat aku bawa masuk ke dalam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience