KISAH 3

Horror & Thriller Completed 5337

Hobi aku download movie dan jual pada teman pejabat. Kadang-kadang siap ambil job downlodkan cerita Korea untuk kakak-kakak di opis. Hasil boleh dikatakan lumayan. Aku maksimakan kepandaian aku dalam bab komputer.

Aku suka melepak dengan kawan aku yang menjadi pengawal keselmatan di salah satu istana.

Malam tu, Hafiz, kawan aku tu ajak jalan-jalan dan ronda muzium. Aku malas, tengah download dan kira-kira 5 minit, aku jadi bosan. Jadinya aku pun mencari Hafiz.

Kami berborak dan Hafiz ajak masuk dalam. Tiba di dalam, aku ni dari dulu nak pergi ke bailarung istana. Nak duduk kat kerusi sultan. Haha! Ada patung-patung sedang mengadap sultan konon-konon nak bagi ufti. Dah malam, aku masuk dan terus naik ke kerusi sultan.

Adi hanya senyum dan malam itu, aku sangat cabul. Aku usap-usap rambut 'sultan' dan siap bertitah kononnya dengan delegasi dari Arab. Sambil aku memakai tanjaknya. Ketat, sudah dijahit mati.

"Beta tak nak matawang buaya kamu pak aji. Beta mahu Ipad dan telaga minyak. Hahaha," berdekah-dekah aku ketawa.

Sejurus dari itu, terasa ada angin sayup-sayup masuk ke perkarangan istana. Terus aku cuak! Dan tiba tiba ada suara seperti berbisik di cuping telinga aku

"Diperkenankan. Daulat tuanku"

Spontan aku tertolak mannequin 'sultan' dan terjatuh! Dan tanjak sempat aku buang. Terus aku lari memanggil Hafiz. Dan sempat aku pandang ke belakang.

Perlahan-lahan 'Sultan' itu bangkit dengan sendiri. Seperti di bangunkan oleh tangan ghaib.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience