KISAH 4

Horror & Thriller Completed 5337

Masih di tempat yang sama. Selepas kejadian itu, Hafiz minta aku jaga tingkah laku. Aku akur dan download movie. Tiba waktu rondaan, aku memang follow Hafiz, takut!

Kira kira 20 minit, kami terpaku. Di hadapan pintu keluar. Berselerak kepala-kepala manuquien. Kepala patung dan dapat aku lihat kesemua patung dalam tu. Semuanya headless!

Cepat-cepat aku lihat Hafiz membaca ayat kursi dan terus menarik aku. Perlahan-lahan kami keluar. Tiba di bilik pengawal:

"Dah selalu aku kena. Kurator bagi tahu aku, ada sesetengah baju yang patung tu pakai memang baju zaman-zaman diorang. Siap ada yang dibasuh sebab ada kesan darah dan ada yang dijahit sebab ada kesan tusukan tombak. Salah satunya, tanjak 'sultan' tu. Itu memang penah dipakai oleh tuanku sultan melaka.." Ujar Hafiz.

Dan aku memang terkedu mendengarnya.
Dah lah aku pakai tadi sambil main-main melakonkan watak Sultan meminta ufti yang bukan-bukan. Patutlah aku dengar sesuatu!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience