Series
377
setiap detik yang berlalu membuatkan aku sedar bahawa aku semakin jauh dari kampung halaman ku. aneh rasanya, kerana ini adalah pertama kali aku keluar kota tanpa ayah aku.
aku ingat semasa umur ku 12 tahun, aku dan ayah pergi ke kampung ayah kerana atuk aku yang sedang sakit dan ingat lagi dulunya gembiranya aku ke sini kerana ingin sekali melihat tempat baru. tapi sekarang perasaannya berbeda kerana ke sini lagi tapi kali ini bersendirian, tanpa ayah.
mataku menoleh ke arah rehan yang sedang tidur.
aku hampir terlupa yang aku bukan sendiri dan ada seorang lelaki yang dibayar oleh ayah untuk menghantar aku ke utara.
rehan memberitahuku ayah memintanya untuk menghantarku ke rumah pak mokthar di utara setelah dia dengar yang pegawai kerajaan akan membawaku ke kota besar dan pada awalnya dia sendiri ingin ke rumah dan jelaskan semua ini kepadaku tapi semuanya terhalang saat pegawai kerajaan mempercepat pengambilanku.
berkali kali aku membaca surat yang diberi kerana surat ini adalah satu satunya yang menandakan ayah masih hidup.
kami sampai setelah 8 jam perjalanan, saat sampai rehan menghilang dan aku turun terlebih dahulu dari kereta api, dan saat turun seorang lelaki menahan ku di hadapan orang ramai dan menanyakan jika aku adalah anak si pelarian yang sedang di buru kerajaan sekarang.
aku terkaku di tempat.
suara rehan terdengar dari belakangku dan bertanya apa yang terjadi. lelaki yang sama bertanya kembali dan rehan pantas membentaknya kerana kurang ajar. aku yang merasa semua mata mula memandangku terus berjalan pergi dari situ.
buat pertama kali dalam perjalanan ini aku merasa semua memandangku dengan aneh dan pertama kali aku merasakan yang aku memerlukan ayahku dan aku tidak boleh lakukan semua ini sendiri.
rehan memanggil dan menawarkan untuk membawa beg beg ku. tanpa mengatakan apa apa aku pun memberikan begku kepadanya dan terus berjalan pergi kerana aku perlukan masa untuk bersendirian pada saat ini.
belum sempat aku mengambil langkah tangannya mengapai dan menghentikan aku.
buat sesaat kemarahanku hilang kerana ke dekatan kami saat aku menoleh ke arahnya. dia pun bertanya aku ingin ke mana. pantas aku menarik tanganku dari pegangannya dan menoleh ke arah lain, jauh dari pandangannya.
"aku lapar, aku nak cari makanan untuk dimakan. "
"jangan risau, aku boleh belikan-"
aku menolak pantas dan berjalan pergi tapi rehan masih menawarkan untuk belikan makanan dan memintaku untuk jangan ke mana mana menunggunya di sini.
"boleh kau tinggalkan aku sendirian? "
"kau nak aku tinggalkan kau sendirian? " tanyanya untuk kepastian, "tinggalkan kau sendirian di tempat yang kau tidak pernah kunjungi dan- "
"ini bukan pertama kali aku-"
"sendirian di malam hari? "
aku terdiam, kali terakhir aku ke sini adalah saat umurku kecil dan pada masa itu aku berharap semuanya dengan ayah. aku tidak tahu apa apa tentang tempat ini dan sangat memerlukan bantuan rehan, tapi dia tidak perlu tahu semua itu.
sekali lagi aku memintanya untuk tinggalkan aku sendirian dan aku hanya ingin beli makanan dan aku janji aku berjumpa dengannya kembali di stesen nanti.
dia pun bersetuju dan aku terus bergerak pergi. tapi saat mencari aku tidak dapat makanan yang aku inginkan, semua makanan yang ada cuma makanan yang aku tidak pernah lihat dan dengari.
aku yang berniat pergi kembali ke rehan terhenti saat seorang lelaki melanggarku. aku meminta maaf dan berlalu pergi tapi lelaki itu masih dia mengekoriku dengan lama dan bertanya jika aku bersendirian.
"tidak, aku dengan seseorang-"
"jangan berbohong, aku tahu semua perempuan berkata sebegitu untuk membuat lelaki tidak menganggu mereka bukan? "
"aku tidak berbohong-"
dia terus menarikku dan tangannya mulai merabaiku dengan kasar. aku menolaknya dengan kasar dan menamparnya.
raut wajah lelaki itu terus berubah dan dia mengangkat tangan untuk membalas tapi terhalang oleh rehan yang muncul dengan tiba tiba. rehan terus menamparinya dan bertanya jika dia seorang lelaki sanggup memukuli seorang perempuan.
lelaki tadi yang begitu berani terus berubah saat berhadapan dengan rehan, dia terus meminta maaf. sekali lagi rehan menamparnya dan memberitahu lelaki itu untuk meminta maaf padaku bukan kepada rehan. lelaki itu pun meminta maaf. sebelum melepaskan dia rehan meminta lelaki itu untuk berjanji untuk tidak menganggui sesiapa lagi.
selepas semua itu rehan menoleh ke arah ku dengan senyuman.
"selamat datang ke utara cik noora, " katanya dengan senyuman, aku hanya mengelengkan kepala, "tiada ucapan terima kasih? "
"untuk? "
aku pun bergerak pergi, "untuk baru saja menyelamatkan dirimu? "
selepas itu rehan pun membayar kereta kuda dan kami bergerak pergi dari stesen kereta api ke perjalanan kami seterusnya. dia pun menyuruhku untuk tidur kerana perjalanan kami masih jauh.
pada awalnya aku susah untuk tidur kerana tidak selesa tapi mataku tertutup dengan sendiriannya dan bangun saja rehan pun memberitahu yang tidak lama lagi kami akan sampai.
saat melihat keluar aku terpegun melihat pemandangan yang tidak pernah terlihat di kota besar yang penuh dengan bangunan bangunan. di sini terbentang luas pepohon dan udara yang segar terasa.
aku pun meminta untuk keluar dan duduk bersama rehan.
"sekarang baru aku ingat, " katanya tiba tiba.
"maksud mu? "
"aku pernah melihat mu sebelum ini. "
"maksud mu melihatku di lembaran gambar yang sedang tersebar sekarang? " kataku, teringat akan lembaran gambar yang tersebar setelah pelarian ayah diumumkan.
"bukan, " dia terus mengelengksn kepala dan berpikir kembali, "di sini. di utara. kau pernah ke sini dulu bukan? "
aku pun memberitahu yang aku pernah ke sini dulu bersama ayahku dulu, tapi sudah lama sekitar sepuluu tahun yang lalu. aku bertanya lagi bagaimana dia masih ingat wajahku.
"wajahmu bukanlah wajah yang senang untuk dilupakan-"
aku tidak dapat menahan diri dari tersenyum.
"kau nak cakap yang aku cantik? "
"aku tak cakap, kau yang cakap sendiri. " jawabnya dan aku pun bertanya kembali jika aku jelek jika dia tidak menjawab pertanyaan pertamaku, "sekali lagi, kau sendiri cakap begitu dan bukan aku. "
katanya sambil tersenyum, dia pun menghentikan kereta kuda dan berkata yang kami sudah pun sampai.
penjaga rumah pun keluar dan setelah memerhati kami berdua dia terus menegur rehan dengan namanya sendiri dan bertanya apa keperluan kami ke sini.
aku pun bertanya jika rehan pernah ke sini sebelum ini dan dia hanya mengangguk ia.
rehan memberitahu yang aku di hantar untuk berjumpa dengan pak mokthar. si penjaga pun masuk untuk memastikan hal tersebut. tidak lama kemudian pak mokthar sendiri keluar dan aku sedar yang beliau lah yang selalu datang ke rumah sebelum ini.
dia menyuruh si penjaga untuk membuka pintu dan menyuruhku masuk.
aku menoleh dan bertanya rehan jika dia ingin masuk ke dalam bersama dan dia menolak dan berkata dia punya kerja di sini sudah pun selesai.
"terima kasih. " kataku.
dia terus tersenyum, "untuk? "
"untuk semuanya. "
"sama sama. " jawabnya dan terus menaiki kereta kuda dan bergerak pergi.
saat di dalam pak mokthar menerima ku dengan tangan terbuka dan dia sangat bersyukur yang aku sampai ke sini dengan selamat.
banyak benda dia ingin katakan berkenaan ayahku tapi dia menyuruhku untuk berehat terlebih dahulu kerana perjalanan ku ke sini sudah cukup pun memenatkan dan meminta pembantu rumahnya untuk menghantarku ke bilik untuk berehat.
Share this novel